Tuesday, October 6, 2015

TPPA bukan benda baru...

Isu Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) menjadi bualan dan dibincangkan dalam forum- forum tertentu, membicarakan topik sama dari perspektif berlainan yang bersangkutan dengan pengertian TPPA dan implikasinya terhadap perdagangan serantau dan antarabangsa yang melibatkan negara kita Malaysia.


Pelbagai andaian awal dimainkan rakyat terutama di media- media bebas dan sentiasa terbabas seperti Facebook, Twitter juga media yang semakin galak dan bergolak kebelakangan ini iaitu whatsapp. Belum pun menteri MITI Datuk Seri Mustapha Mohamed membuka mulut dan menjejak kaki ke tanah air, sudah tersebar pelbagai keributan. Bagi mereka yang mengambil jalan menyerahkan keputusan kepada yang pakar sebagaimana saya yang sememangnya tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dan jauh dangkal daripada menteri berkenaan, saya tidak mampu untuk mengupas apalagi membahas tentang TPPA.
AFTA


Apa yang boleh dikongsi dan dilihat mudah untuk dibandingkan dengan perjanjian perdagangan terbaru ini adalah dengan melontarkan persoalan mengapa kita tidak lagi memikirkan perjanjian- perjanjian yang hebat dan lebih meluas sebelum ini seperti WTO, APEC, AFTA, FTA dan pelbagai perjanjian dagang yang melibatkan sehala dan banyak hala, TPPA sebenarnya bermula dan berkaitan daripada perjanjian perjanjian tersebut. kita juga pernah dibimbangi dan digusarkan dengan dasar langit terbuka yang diperkenalkan oleh Tun M, tetapi kini kita bukan sahaja boleh bersaing bahkan menjadi rantau yang penting dan subur dalam penggunaan Internet. Ia bukan sahaja menjadi keperluan tetapi juga gaya hidup kepada rakyat Malaysia.
APEC





No comments:

Post a Comment