Minggu ini rasa diterjah oleh pemikiran tentang peradaban, teknologi dan kedudukan kita sebagai manusia.. Selepas menonton Discovery Channel akal yang terhad ini seolah menjadi ujian keyakinan untuk mempercayai atau mengabaikan satu persoalan yang sepatutnya tidak diambil pusing.
Bermula dari mengapa umat manusia yang terselamat daripada banjir besar zaman nabi Nuh di halang dari membina Menara Babil, persoalan mengapa manusia di pecah- pecahkan bahasa pertuturan mereka dan benarkah makhluk asing telah memainkan peranan mengawal kemajuan manusia sehinggalah timbul pertanyaan adakah para malaikat dan tuhan itu sebenarnya adalah UFO yang menghalang kemajuan umat manusia daripada mencabar kuasa mereka. Malapetaka yang menimpa umat manusia adalah menjadi persoalan tentang mengapa peradaban manusia selalu diganggu dan dihancurkan, mengapa ilmu dan kemajuan di hapuskan di perpustakaan dunia Alexandria, benarkah manusia telah jauh mencapai kemajuan dalam ilmu nuklear dan penerbangan lebih maju daripada hari ini. Persoalan tentang manusia telah cukup maju tetapi mereka ditindas dan dinafikan kemajuan bukan sekali tetapi berkali- kali sehingga kesan yang ada pada hari ini hayalah menyingkap kemajuan yang paling hampir dengan zaman yang diketahui sahaja. Persoalan pembinaan bantera nabi Nuh sendiri yang maha hebat hanya disiapkan dalam 80hari terlalu sukar diterima akal tanpa sokongan dan teknik yang amat maju, begitu juga sisa Piramid yang masih misteri. Sungguhpun begitu bukti nuklearlah yang masih menjadi bukti yang membuat kita perlu akui bahawa umat manusia mengulangi perkara yang sama sejak mereka menjadi koloni di bumi ini. Untuk membaca tentang kemajuan manusia dalam penghasilan dan penggunaan nuklear, anda boleh membaca Teknologi silam .
No comments:
Post a Comment