Hari pekerja yang disambut pada awal Mei tiap- tiap tahun pada mulanya di gerakkan oleh pekerja di Australia pada tahun 1856 hingga memberi kesan yang besar kepada kumpulan proletariat, sambutan yang mencetuskan pemberontakan baru ini disambut pada 21 April dan berusaha menganjurkan pada tiap- tiap tahun. Perjuangan dan keberanian pekerja dalam memperjuangkan waktu bekerja selama lapan jam sehari ini mula mendapat perhatian bila ia diingati tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada. Di Amerika Syarikat ia dikuatkuasakan pada 1 mei 1886 ini dan mengakibatkan mogok umum dan mogok Hymarket dan merebak hingga ke pejabat - pejabat selama lapan jam.
Pekerja atau buruh mempunyai pengaruh yang paling besar kepada lanskap politik pada zaman sebelum perang. Kejayaan revolusi Bolshevik dan revolusi demi revolusi adalah hasil daripada kebangkitan kaum buruh yang disokong kuat oleh para petani. kejayaan ideologi komunis adalah cermin kejayaan golongan ini. Kebanyakan parti yang cenderung kepada sosialis adalah dimulai dengan perjuangan untuk golongan pekerja. Parti Buruh ada diserata dunia dan mereka bergilir memerintah sesebuah negara seperti Britain, Kanada dan Australia
Pada hari ini Parti Buruh sebenarnya tidak lagi ditunjangi oleh pihak yang secara langsung berasal daripada golongan pekerja dan tidak keterlaluan jika dikatakan parti buruh lebih cenderung membawa sentimen pekerja semata tetapi mereka sebenarnya tidak berupaya merubah apa yang berlaku kepada pekerja.1 Mei juga diambil kesempatan oleh segelintir mereka yang berkepentingan untuk mengukuhkan persatuan, mereka mengadakan mogok dan demonstrasi atas nama memperjuangkan golongan pekerja. Semangat 1 Mei pada mulanya adalah golongan yang benar- benar bekerja seperti pelombong dan pekerja binaan tetapi hari ini setiap orang yang bekerja turut menyambut hari buruh.
Jika diambil kira semua yang berkerjaya mereka sebenarnya sudah ada hari- hari besar seperti hari Pahlawan, Hari Polis, Hari Setiausaha, Hari Kastam dan bermacam- macam hari lagi yang jika disambut oleh seluruh rakyat maka akan berlakulah satu waktu yang perlu disambut sebagai 'hari - hari untuk bekerja'. Sebagai hari pekerja yang disambut seluruh dunia eloklah kita menukarkan hari 1 mei sebagai hari untuk keluarga dan menghabiskan hari tersebut untuk menjadi hari berkeluarga 1 Malaysia..