Saturday, August 6, 2011

Kebiasaan Bonet Sampah..

Sikap pentingkan diri dalam zaman ini semakin jelas dan tidak dapat disembunyikan walaupun orang yang melakukannya sebolehnya mahu dilihat orang yang baik dan perihatin kepada kebersihan. Mungkin ada antara kita yang pernah melihat atau ikut mengamalkan cara buang sampah yang tida pedulikan orang lain. Selain daripada membuang sampah ke halaman orang lain, mencampak daripada tingkat kediaman, membuang sampah keluar dari kereta atau satu trend lagi yang dulunya jarang dilihat tapi kebelakangan ini menjadi satu budaya iaitu meletakkan sapah di atas bonet kereta.
Memanglah semua orang tau sampah itu adalah kotor dan kadangkala berbau tetapi terfikirkah kita semua itu adalah sisa buangan kita sendiri, cebisan kotoran hasil dari kita dan keluarga kta, mengapakah kita tidak  meletakkannya di dalam bonet kereta sebelum membuangnya di tong sampah awam. Busuk sangatkah sampah kita hingga tidak sanggup meletakkan dalam bonet kereta.. kalau terlalu busuk tidakkah orang yang mengekor di belakang kita akan terhidu dan mencebik jijik kepada kita yang sedang memandu.. sudah pasti bau sampah itu bukan seperti lori pemunggut sampah, selepas ini mungkin PBT boleh keluarkan saman kepada orang awam yang amalkan mengangkut sampan secara tidak selamat dan mengotorkan..  jadi kenapa masih suka pamerkan kotoran kita kepada pengguna jalanraya yang lain.
Bukan mencebik atas kreatifnya kita membawa sampah tetapi kita kerap benar melihat sampah terjatuh atas jalanraya.. macam -macam yang terabur atas jalan dari sisa dapur hinggalah lampin pakai buang bayi dan ada juga tuala wanita tersidai atas jalanraya.. nasib baik barang kita itu tak ada nama dan alamat kalau tidak malulahh yang amat.
Mungkin kita rasa kita adalah seorang pembesih kerana rajin membuang sampah dari rumah dan ingin ia dicontohi oleh orang lain. teapi kita tidak terfikir yang sisa itu akan tersembur atau melayang ke atas kenderaan orang lain, banyak juga terjadi pemandu lupa untuk behenti di tong sampah awam dan pulang semula ke rumah selepas bekeliling bandar bersama selonggok sampah atas bonet kereta kerana terlupa untuk membuangnya.

No comments:

Post a Comment