Ramai juga rakan- rakan tanyakan macam mana nak trade-in kereta lama mereka. maksudnya nak tolak kereta lama untuk dapatkan kereta baru. Ohh.. ikut cara orang berniagalah ni, macam tauke- tauke, sekejap tukar sekejap tukar kereta tapi hakikatnya sambung- sambung hutang. Tapi adalah kebaikannya, kereta baru jimat tenaga, kurang selenggara dan yang penting tetap bergaya. Untuk itu saya cadangkan agar lihat dan kunjungi blog ini ..Trade In Kereta diharap ia akan memberi idea dan jawapan kepada rakan- rakan.
Jumaat, 14 Februari 2014
Rabu, 4 Disember 2013
"Cinta Bukan Memiliki" tetapi..
Manusia tak dapat dipisahkan oleh perasaan kasih sayang.. kasih sayang itulah yang membuahkan rasa cinta.. Sekiranya Bollywood menghasilkan sebuah filem cinta ia begitu terkesan dan dekat di hati orang Melayu.. kerana cintalah yang melahirkan seniman teragung dan penakluk yang hebat di seluruh dunia. kerana cinta juga melahirkan pemberontak paling berani dan kerana cinta ramai yang tewas tersungkur di jalanan.. Ketika ini saya bukan sahaja mendengar cerita daripada saudagar cinta dengan keluh kesah mereka tetapi akhirnya saya juga turut merasai bahawa cinta itu tidak semestinya hidup bersama... dan pengorbanan adalah teman paling akrab dengan cinta.. saya mengakui terlalu ramai orang yang jiwanya tidak tenteram dan kecewa kerana cinta. Mungkin cinta mereka lebih hebat daripada kisah ini : Sewaktu di sekolah menengah saya mencintai seorang pelajar yang setahun lebih tua daripada saya dan cinta pertama ini tidak pernah berbalas hinggalah saya bekerja di KL dan terpikat dengan seorang dramatis disebabkan selalu bermain dan menjaga lima orang anaknya, ibunya yang sepuluh tahun lebih tua menjadi cinta saya hinggalah seorang perempuan yang empat tahun lebih muda berjaya mengalih pandangan saya dan kami berkahwin hingga berpisah setelah lapan tahun dan memiliki dua orang anak. Selepas itu seorang anak sekolahan telah memenangi hati saya waktu itu beza kami 16 tahun, walaupun sokongan keluarganya amat kuat tapi akhirnya saya kecewa biarpun kami dikatakan mengikat perjanjian.. perkahwinan tidak berlaku kerana saya terjebak dengan cinta yang lain memandangkan anak sekolahan itu tidak lagi berminat dengan saya, cinta itu memang buta selepas 6 tahun hubungan kami yang penuh kisah keceriaan akhirnya terputus setelah saya meluahkan hasrat ingin memilikinya secara mutlak... entah mengapa, atas percaturan apa dia menerima orang lain selang beberapa hari hasrat saya dilafazkan.... tetapi hingga kini kami masih tidak berupaya membuang perasaan antara kami, cerita saya mungkin tidaklah tragis dan melodrama sepertimana yang dihasilkan oleh sutradara Hindi.. Tapi hingga waktu ini saya masih sayang dan saya percaya cinta terakhir saya juga sangat kecewa kerana kami jadi mangsa dan tewas kepada keadaan... tapi saya bertuah dalam derai air mata kerana berkesempatan menikmati apa yang dikatakan "Cinta Bukan Memiliki" tetapi ia adalah pengorbanan..
Sebenarnya Cinta..
Khamis, 5 September 2013
Pelan Pembangunan Pendidikan : Kampus Tingkatan Enam di setiap Parlimen.. ?
Pada Jumaat 6 September 2013, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 akan dilancarkan Insyallah oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Sejak laporan demi laporan dibentangkan, akan bermulalah wajah baru dalam pendidikan negara merangkumi 8 pelan utama iaitu Konteks dan Pendekatan, Visi dan Inspirasi, Prestasi Semasa, Pembelajaran Murid, Guru dan Pemimpin Sekolah, Transformasi Kementerian, Struktur Sistem dan Pelaksanaan Pelan Tindakan. Di dalam pelan tersebut boleh dikatakan apa sahaja yang menjadi harapan dan persoalan dalam pendidikan sudah termasuk dalam pelan tersebut, termasuklah apa yang ingin di perkatakan di ruang ini.
Pada mulanya kita menjangkakan bahawa dalam pelan tersebut, kemungkinan para perancang akan terlepas pandang kepada pelajar Tingkatan Enam, nyata sekali sangkaan itu tidak betul dan dalam pelan struktur, dimana Tingkatan Enam akan dijenamakan semula yang mana ia adalah setanding dengan program pra universiti di institusi swasta, penyediaan pelbagai inisiatif bagi sekolah yang menawarkan tingkatan enam, kelonggaran syarat pakaian seragam dan mengadakan program kendiri atau berpasukan dalam program tertentu.
Hebat... seperti ada perubahan yang baru. Tetapi dapatkah kita menerima dengan teruja akan pelan tersebut ? . Pada pandangan kita apa yang ditawarkan itu sebenarnya seperti pelengkap kepada lonjakan menyeluruh pembangunan pendidikan tetapi sebagaimana yang diketahui ramai, selama ini pun Tingkatan Enam memanglah dikatakan setanding dengan pra universiti malah sijil STPM pun sentiasa sebaris dengan diploma dalam ruangan iklan jawatan kosong, manakala inisiatif, kelonggaran pakaian seragam dan program kendiri pula bukan sahaja tidak asing kepada pelajar Tingkatan Enam tetapi juga tidak asing kepada semua pelajar sekolah malahan sekolah Tabika juga memupuk pembelajaran seperti itu.
Jika terus begitu sehingga 2025, Tingkatan Enam tidak ke mana dan mungkin ia dilihat sebagai satu pembelajaran yang sia- sia dan merugikan masa. Tingkatan enam sepatutnya diberikan taraf pendidikan yang khusus dan tersendiri sebagaimana peluang pelajar yang memasuki sekolah aliran Kemahiran dan Vokasional yang kini telah dinaik taraf kepada kolej. Tingkatan Enam sepatutnya mempunyai Kampus sendiri yang mana mereka mempunyai standard dan piawaian tersendiri yang menjadikan lulusan Tingkatan Enam punya kebangaan dan pasaran tersendiri. Tingkatan Enam tidak boleh lagi menjadi tangga hanya untuk masuk Universiti semata. Barangkali mereka yang berada di kementerian termasuk menteri adalah dikalangan mereka yang tidak memijakkan kaki di Tingkatan Enam, mereka terus ke Universiti dengan menggunakan SPM sahaja dan memperolehi diploma atau Ijazah dan seterusnya mendapat kedoktoran, dengan itu alam mereka tidak merasai rakan- rakan yang terpaksa melalui saringan di Tingkatan Enam sebelum bersaing pula memasuki Universiti.
Walaupun pelajar tingkatan enam lebih beruntung jika berjaya ke Universiti tetapi Tingkatan Enam itu sendiri perlu mempunyai Institusi berbeza dengan sekolah menengah. Pelajar Tingkatan enam sudah tidak mempunyai pemikiran Tingkatan Lima, mereka belajar dan bercampur dalam kalangan mereka sahaja, punya pandangan dan emosi diluar daripada kebiasaan pelajar di sekolah menengah. Alangkah baiknya jika Tingkatan enam mempunyai satu Kampus di setiap Parlimen, punyai tenaga pengajar khusus dan terlatih, lepasan Tingkatan Enam mempunyai mutu tersendiri dan Tingkatan Enam boleh menjadi pesaing yang benar- benar di pandang setaraf dengan pemegang diploma.
Rabu, 7 Ogos 2013
Malam akhir menjelang hari raya....
Malam akhir ramadhan syukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah swt untuk mendirikan solat sunat terawih berjemaah di masjid Ar- Rahman, tahun hadapan belum tentu berpeluang solat terawih sekali lagi.. dan seperti malam- malam sebelumnya, di malam ini ustaz Othman membacakan kisah di pagi Aidil Fitri yang mana beliau berseru agar semua orang kampung keluar beramai- ramai untuk solat sunat hari raya puasa. Salah satu sunah nabi adalah madi sunat di pagi hari, Ustaz Othman juga bercerita bahawa arwah ayahnya dulu akan bawa semua anak- anak mandi sungai waktu dini hari di pagi raya, beliau juga menyeru agar amalan itu diteruskan kerana di pagi tersebut para malaikat turun ke bumi dan berana di seluruh jalan jalan menuju masjid sambil menyeru dan mengatakan bahawa pagi itu Allah akan memberi ganjaran atas apa yang telah dikerjakan pada bulan ramadhan. Seruan malaikat yang berbaris sepanjang jalan ke tempat sembahyang hari raya ini boleh didengari oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin.
Di zaman Rasulullah saw dahulu, sembahyang hari raya dilakukan di tengah padang yang luas kerana ramainya orang Islam yang keluar untuk solat sunat tersebut dan sunah- sunah nabi inilah yang mesti dihidupkan kembali agar ia menjadi amalan setiap orang yang mencintai agama dan rasulnya.
Ahad, 28 Julai 2013
Golongan membaca Al- Quran
Selepas berbuka dan menunggu waktu solat insyak pada bulan puasa ini adalah waktu amat berharga kepada orang yang berpuasa, yang mana waktu inilah semua mahu cepat dan segera.. bagi yang hatinya melekat di masjid sudah tentu solat maghrib dapat melupakan makanan dan minuman yang masih berbaki, bagi yang sembahyang maghrib di rumah pula mereka masih punya kesempatan untuk makan dan mencicip lagi makanan hingga kadangkala sampai sendawa dan akhirnya solat maghrib dihujung waktu. Selepas mengerjakan solat maghrib jika tidak beriktikaf menunggu insya di masjid mereka akan kembali ke rumah dan makan lagi.. disudahi dengan merokok sekiranya mereka penghisap rokok. Mereka yang terlebih kenyang barangkali akan lewat atau tidak sampai ke masjid untuk solat Insya dan seterusnya berjemaah mengerjakan sunat terawih. Dikebanyakan masjid dan surau yang sederhana mereka biasanya hanya melakukan solat terawih lapan rakaat sahaja dan disambung dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat pula.. Solat yang sekejap itu tetap menuntut kekuatan semangat dan tumpuan jika tidak pasti ada yang keluar saf sebelum selesai. Seperti kebanyakan masjid lazimnya selepas empat rakaat, Imam memberi tazkirah sekejap.. sebelum meneruskan solat, ada satu pelajaran yang baik yang dapat dikutip antaranya Imam tempat saya yang bernama Ustaz Ismail, seorang pensyarah yang lama menetap di Madinah beliau berkata...
Anas ibn Malih dari Abu Musa al-Asy'ari berkata :
Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran bagaikan buah Utrujah (sejenis buah di tanah Arab) rasanya enak dan baunya wangi. Orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran bagaikan buah kurma rasanya enak tetapi tidak berbau, Orang munafik yakni orang yang menunjuk- nunjuk membaca Al-Quran bagai buah Raihanah baunya wangi tapi rasanya pahit, Manakala perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran pula bagaikan buah Hanzalah, rasanya pahit dan baunya tidak enak.
Melalui perumpamaan di atas kita dapat mengenal golongan yang manakah kita berada. Begitulah setiap malam makmun dan hadirin diberikan pelajaran dan bimbingan di bulan ramadhan penuh berkat ini, semoga kita terutamanya saya akan tergolong dalam kalangan orang- orang yang mencintai masjid dan terhindar dari nafsu berlebihan dalam menikmati juadah berbuka puasa hingga menghalang kita dari mendapat ganjaran di bulan mulia.
Khamis, 4 Julai 2013
DEMONSTRASI membunuh DEMOKRASI
Kerana tidak stabil dan gagal mengekang demonstrasi jalanan, akhirnya kerajaan yang dipilih sendiri oleh rakyat telah tumbang. Presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya di gulingkan oleh kuasa tentera. Pemimpin dari Ikhwanul Muslimin ini tidak mampu menghalang para pendemonstrasi yang semakin hari semakin tidak terkawal. Kita menjadi hairan bagaimana sebuah parti yang sejak sebelum Presiden Hosni Mubarak lagi begitu popular dan seringkali kemenangan mereka dinafikan oleh kerajaan tetapi setelah demokrasi dibuka seluas dan setelusnya Ikhwanul Muslimin telah terbukti menjadi pilihan rakyat. Ikhwanul Muslimin adalah sebuah parti besar yang berpengaruh dan ideologinya bukan sahaja berlegar di Mesir tetapi juga pengaruhnya bertebaran ke seluruh dunia hinggalah ke negara kita. Kebangkitan parti Islam ini menjadi hancur bukan kerana partinya barangkali kesilapan Ahmad Mursi yang begitu ghairah ingin mengukuhkan kedudukan parti dan beliau sendiri ingin menurut langkah sebagaimana di era kegemilangan Hosni Mubarak. Beberapa pendekatan dilihat mengancam sebahagian golongan terutama mereka yang tidak dapat dipisahkan dengan budaya moden dan pro barat. Ahmad Morsi yang mewakili parti yang membawa semangat Islam tidak berbeza dengan penampilan dan gaya kepimpinan pemimpin sebelumnya malahan dikatakan berusaha untuk menyekat kuasa rakyat dan kuasa penentu politik Mesir iaitu tentera. Sebagai sebuah negara yang masih dikuasai pengaruh tentera Ahmad Morsi tidak berjaya memenangi sokongan tentera dan menteri pertahanan, suatu yang agak sukar untuk terus mengekalkan kuasanya.
Walaupun apa yang berlaku di Mesir seakan mempersendakan demokrasi dan merampas kuasa tetapi itulah budaya arab yang sentiasa memberontak. Melihat dari apa yang berlaku negara kita perlu mengambil iktibar di atas kejatuhan pemimpin boleh berlaku walaupun majoriti pemimpin dipilih rakyat.. demonstrasi kecil perlu dikekang daripada merebak.
Egypt’s ousted president Mohammed Mursi is currently being detained at a military facility for “preventative” measures, military and Muslim Brotherhood sources have been quoted as saying early Thursday.
Mursi was detained along with senior aides after issuing a defiant call for supporters to protect his elected “legitimacy”, in a recorded speech hours after the military announced he had been ousted Wednesday, according to AFP news agency.
A senior army official speaking to AFP Mursi “is being held preventively for final preparations,”, suggesting Mursi may face formal charges over accusations made by his opponents.
“We had to confront it at some point, this threatening rhetoric,” the military official said.
“He succeeded in creating enmity between Egyptians,” the official said.
Meanwhile, officials from the Muslim Brotherhood, from which Mursi hails, also confirmed to Reuters news agency the toppled president is being held the authorities.
Ahmed Aref, the Brotherhood spokesman, said both Mursi and Essam El-Haddad, a senior aide, were being held but he did not know where.
“He succeeded in creating enmity between Egyptians,” the official said.
Meanwhile, officials from the Muslim Brotherhood, from which Mursi hails, also confirmed to Reuters news agency the toppled president is being held the authorities.
Ahmed Aref, the Brotherhood spokesman, said both Mursi and Essam El-Haddad, a senior aide, were being held but he did not know where.
“Mursi and the entire presidential team are under house arrest in the Presidential Republican Guards Club,” Gehad El-Haddad, the son of a top Mursi aide, told AFP.
Isnin, 13 Mei 2013
Pilihan raya umum ke 13 : Popular bukan penentu jadi PM
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mengikut sumber dari WIKIPEDIA Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13) telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad.[1] Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei.[2] Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinyasecara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.[3]
Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.[4] Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman.[5] Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad.[6]
Pada awal pagi 6 Mei, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat.[7] Walau bagaimanapun, PR memenangi undian popular buat pertama kali.[8]
Malangnya ketua umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menerima kenyataan bahawa dalam sistem demokrasi undi popular tidak diambil kira untuk menentukan Perdana Menteri tetapi jumlah kerusi dan sokongan majoriti wakil parlimen akan menentukan kedudukan seseorang ketua kerajaan. Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak lupa bagaimana sekutu kuatnya suatu masa dulu iaitu Al-Gore calon Presiden Amerika Syarikat, menang undi popular ke atas George Bush pada tahun 2007 namun kalah dalam jumlah "electrol vote" dan Al-Gore gagal menjadi Presiden Amerika menggantikan Bill Clinton.Bayangkan bagaimana hebatnya campurtangan Amerika ke atas Malaysia ketika itu sekiranya Al-Gore berjaya menjadi Presiden. Itu di Amerika, di United Kingdom pula, di mana sistem demokrasinya serupa dengan di Malaysia, undi popular tidak diambil kira, yang diambil kira adalah jumlah kerusi, demikian juga di Jepun, Australia dan Kanada.
Sabtu, 30 Mac 2013
Kerana Sayangkan Sabah.. Lupakan simpati kepada Sulu.
Selain negara Yaman yang selalunya menarik perhatian saya, negeri Sabah adalah sebuah negeri yang unik sebagaimana Kelantan, apa yang berlaku di Sabah kebiasaanya cepat menyentuh hati saya ini kerana bukan sahaja kerana ia adalah tanah tumpah darah dua anak saya dan ibunya tetapi ia juga adalah negeri paling nyaman, paling cantik, penuh budaya warna- warni yang telah menarik perhatian saya sejak zaman bujang lagi dan sekiranya diberi pilihan saya teringin memilih Sabah sebagai tempat kediaman saya.
Serangan gerila yang dihantar oleh keluarga Kiram telah menyentak pihak keselamatan Malaysia daripada sikap tunggu dan lihat kepada waspada tahap tinggi. Toleransi kerajaan kepada pendatang dan sikap mudah simpati kepada pendatang akhirnya memberi pengajaran berguna buat kerajaan. Mana- mana kerajaan di dunia ini telah banyak mendapat pengajaran daripada sifat tolak ansur mereka kepada pendatang yang akhirnya memberi masalah kepada negara sendiri. Amerika Syarikat, Britain, Kanada dan Peru adalah antara contoh negara yang terpaksa berdepan dengan karenah pendatang yang kadangkala membawa kemusnahan. Negara -negara yang kurang memberi muka kepada orang asing seperti Russia, Jepun, Scandinavia dan suatu waktu dahulu China adalah kurang menghadapi masalah dengan pendatang yang rata- ratanya atas faktor ekonomi dan politik negara asal.
Setelah operasi yang dinamakan 'Ops Daulat' hampir selesai sepenuhnya rakyat malaysia didedahkan dengan kesan peperangan yang sungguh dahsyat yang selama ini hanya berlaku di negara bergolak dan dalam filem sahaja. Rakyat Malaysia tidak perlu melihat negara timur tengah atau keganasan di benua Afrika untuk melihat kesan perang yang dikatakan 'Kalah jadi abu, menang jadi arang' lihatlah kemusnahan di Lahad Datu.. cukup menginsafkan dan begitu mahal harga yang terpaksa dibayar dengan harta dan nyawa bila apa yang dinamakan perang berlaku. Dibandingkan dengan ancaman komunis berpuluh tahun, sudah cukup untuk menyamai kemusnahan di pantai timur Sabah hanya dalam beberapa hari sahaja kerana 'lanun kepulauan sulu' itu mempunyai pengalaman perang yang panjang dan kelengkapan senjata perang gerila yang mencukupi.
Sedar atau tidak sebenarnya kesilapan dan kealpaan adalah juga datang dari Kerajaan Malaysia sendiri. punca terdetiknya niat Sultan Sulu adalah disebabkan kerajaan Malaysia masih lagi membayar pampasan penyerahan Borneo Utara kepada kesultanan Sulu sebanyak RM5,300 setahun, ini sudah boleh diandaikan bahawa Sultan Sulu adalah tuan asal bumi Sabah, dan kini sudah sampai masanya Sultan Sulu meminta kembali miliknya walaupun sebenarnya mereka telah dengan jelas menyerahkan tanah sendiri kepada pihak lain sebagaimana yang berlaku kepada sempadan politik diseluruh dunia sebagai contoh Iraq menuntut Kuwait sebagai haknya dan akibatnya Iraq yang musnah, begitu juga tuntutan Argentina keatas Falkland dan tuntutan yang tak pernah padam rakyat palestin kepada negara Israel, Itu semua adalah tuntutan yang berstatus kerajaan dan berdaulat bukannya tuntutan keluarga yang tak pernah diiktiraf sebagai kerajaan sebagaimana Kesultanan Sulu yang kini hanya tinggal sejarah silamnya sahaja. Kesilapan lain yang menyumbang kepada peluang keganasan di Sabah adalah kerana mengambil mudah status kerakyatan sebagaimana telah saya utarakan kerisaun pada posting yang lalu di Status kewarganegaraan pelajar asing yang mana itulah punca kepada apa yang terjadi di Sabah dan ianya mudah juga berlaku di negeri- negeri bersempadan dengan negara jiran. Faktor lain adalah kerajaan Filipina sendiri sehingga zaman Presiden Arroyo tidak pernah merujuk Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Dan satu teori yang munasabah adalah dalam apa jua pencerobohan oleh orang luar pasti didalangi oleh seseorang dalam negara tersebut, amat mustahil dalam berdekad dekad termasuklah era konfrontasi sekalipun tidak pernah ada serangan daripada Filipina apatah lagi kumpulan tentera semut dari masyarakat Sulu ke atas Sabah.. sudah terang lagi bersuluh adalah Anwar Ibrahim sudah mengetahui dari awal lagi akan tragedi bakal berlaku di Sabah. Mustahil Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu itu yang juga dikatakan antara sultan paling miskin di dunia dapat membiayai ekspedisi pencerobohan nekad tersebut tanpa bantuan pihak lain.
Walaupun begitu kerugian paling terkesan akan berlaku kepada rakyat Filipina sendiri yang mana penduduk di kepulauan selatan bergantung hampir sepenuhnya keperluan harian mereka dari Sabah. Kebiadaban dan sikap tidak mengenang budi pemimpin Islam Nur Misuari juga telah mengguris hati masyarakat dan pemimpin Islam Malaysia dan Sabah yang selama ini atas sifat kemanusiaan dan agama menjadi tempat perlindungan sewaktu diburu oleh tentera Filipina, dengan apa yang dilakukan oleh pengikut Kiram ini, perjuangan panjang gerila selatan Filipina sudah 'Check Mate' mereka sudah tersepit dan jalan terbaik adalah mengikut langkah MILF yang telah meletak senjata dan membina pentadbiran atas bimbingan Kerajaan Malaysia dan direstui oleh Manila.
Original Sabahan
Ahad, 17 Februari 2013
malaysia ke 19 negara aman..
Berada di negara yang aman adalah anugerah tuhan yang paling berharga... Merasai aman tidak bermakna berada di negara maju yang menyediakan tahap keselamatan yang baik atau kekuatan pertahanan dengan kelengkapan yang canggih dan anggota tentera yang ramai.
Melalui kaji selidik oleh Institude For Economic and Peace yang berpejabat di Sydney, Malaysia berada di tangga ke 19 daripada 152 negara yang dibuat tinjauan. walaupun ia tidak berada dalam senarai sepuluh terbaik (1. Iceland, 2. New Zealand, 3. Jepun, 4. Denmark, 5. Rep Chech, 6. Austria, 7. Finland, 8. Kanada, 9. Norway, 10. Slovenia) tetapi jika dibandingkan dengan negara jiran (Singapura ke 24, Vietnam ke 30, Laos ke 32, Indonesia ke 60, Thailand ke 107, Myanmar ke 133, Filipina ke 136) sebagai rakyat bolehlah rasa lega dan syukur dengan persekitaran negara kita. Dan kita tentunya tidak mahu menjerumuskan negara kita seperti negara ke sepuluh paling bawah (Libya ke 143, Republik Afrika Tengah ke 144, Israel ke 145, Russia ke 146, Congo ke 147, Korea Utara ke 148, Afghanistan ke 149, Sudan ke 150, Iraq ke 151 dan terkebawah adalah Somalia ke 152.
Walaupun sesetengah rakyat berbangga dengan negara lebih maju, tetapi bandingkan kedudukan United Kingdom adalah berada di tangga ke 26, dan Amerika Syarikat ke 82.. Dalam senarai ini kita tentu rasa kecewa jika tidak satu pun negara Islam berada di tahap sepuluh terbaik tetapi 6 negara Islam berada di tangga tercorot yang antaranya negara yang ghairah meruntuhkan kerajaan mereka sendiri melalui tangan ghaib dan agenda kuasa negara lain secara kekerasan.
Isnin, 7 Januari 2013
Negara Monarki Mutlak
Mengikut Wikipedia Dalam zaman moden, ini hanya terdapat enam negara di bawah monarki mutlak iaitu:
- Arab Saudi (Raja Abdullah ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud)
Kerajaan Arab Saudi
المملكة العربية السعودية
al-Mamlaka al-ʻArabiyya as-SuʻūdiyyaCogan kata: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah" (Kalimah Syahadah) Lagu: "Aash Al Maleek"
"Daulat Rajaku"Ibu negara
(dan bandar raya terbesar)Riyadh
24°39′N, 46°46′E
Bahasa rasmi Arab Demonim Saudi, Arab Saudi Kerajaan Islam Monarki mutlak - Raja Abdullah bin Abdul Aziz - Putera Mahkota Pertama Sultan bin Abdul Aziz - Putera Mahkota Kedua Nayef bin Abdul Aziz Perundangan Majlis Menteri
(Dilantik oleh Raja Arab Saudi)Penubuhan - Negara Saudi Pertamaditubuhkan 1744 - Negara Saudi Keduaditubuhkan 1824 - Negara Saudi Ketigadiisytiharkan 8 Januari 1926 - Diiktiraf 20 Mei 1927 - Kerajaan Bersatu 23 September 1932 Keluasan - Jumlah 2,149,690 km² (ke-14)
829,996 batu persegi- Air (%) sedikit Penduduk - Anggaran 2007 27,601,038[1] (ke-46) - Kepadatan 11/km² (ke-205)
29/batu persegiKDNK (PPP) Anggaran 2008 - Jumlah $593.385 bilion[2] - Per kapita $23,834[2] KDNK (nominal) Anggaran 2008 - Jumlah $481.631 bilion[2] - Per kapita $19,345[2] HDI (2004) ▲ 0.812 (high) (ke-61) Mata wang Riyal ( SAR)Zon waktu AST (UTC+3) - Musim panas (DST) (UTC+3) Internet TLD .sa, السعودية. Kod panggilan 966 1 Anggaran penduduk termasuk 5,576,076 bukan warga. - Bhutan (Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck)
Kerajaan Bhutan
འབྲུག་ རྒྱལ་ཁབ་
'Brug Rgyal-khab
Dru GäkhapBendera Lagu: Druk tsendhen Ibu negara Thimphu Bahasa rasmi Jongkha, Inggeris Demonim Bhutan Kerajaan Raja berperlembagaan - Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck - Perdana Menteri Jigme Thinley Gabungan Awal abad ke-17 - Dinasti Wangchuk 17 Disember 1907 - Air (%) < 1 (anggaran) Penduduk - Anggaran 672,425 (2005) KDNK (PPP) Anggaran 2005 - Jumlah $3.007 bilion (160) - Per kapita $1,400 (117) HDI (2004) ▲ 0.538 (sederhana) (135) Mata wang Ngultrum ( BTN)Zon waktu BTT (UTC+6:00) Internet TLD .bt Kod panggilan 975 1 Populasi Bhutan telah dianggarkan pada laporan rajah sekitar 1 juta pada 1970an apabila negara ini telah menyertai PBB dan statistik tepat telah berkekurangan[1]. Oleh yang demikian menggunakan peningkatan tahunan dari 2-3%, populasi terbanyak menganggarkan sekitar 2 juta pada tahun 2000. Bancian kebangsaan telah dilaksanakan pada 2005 dan mendapati bahawa populasi adalah 672,425 [2]. Akibatnya, Bahagian Populasi PBB telah bawah anggarkan populasi negara pada semakan 2006 [3]untuk seluruh tempoh dari 1950 ke 2050. - Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah )
Negara Brunei Darussalam
نڬارا بروني دارالسلامBendera Cogan kata: "الدائمون المحسنون بالهدى" "Sentiasa berbuat kebajikan dengan petunjuk Allah" Lagu: Allah peliharakan Sultan
Ibu negara Bandar Seri Begawan
Bandar raya terbesar Bandar Seri Begawan Bahasa rasmi Bahasa Melayu(kebangsaan)[1] Kerajaan Monarki mutlak - Sultan Hassanal Bolkiah - Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah - Perdana Menteri Hassanal Bolkiah Kemerdekaan - Negeri naungan British 1 Januari 1984 Keluasan - Jumlah 5,765 km² (172)
2,226 batu persegi- Air (%) 8.6 Penduduk - Anggaran 2007 401,890[2] (174) - Banci 2001 332,844 KDNK (PPP) Anggaran 2005 - Jumlah $9.009 bilion[3] (138) - Per kapita $24,826[3] (26) KDNK (nominal) Anggaran 2010 - Jumlah $13.022 billion[3] - Per kapita $31,238[3] HDI (2004) ▲ 0.871[4] (tinggi) (34) Mata wang Dolar Brunei ( BND)Zon waktu (UTC+8) Internet TLD .bn Kod panggilan 6731 1 Juga 080 dari Malaysia. - Oman (Raja Qaboos bin Said Al Said)
Kesultanan Oman
سلطنة عُمان
Salṭanat ʿUmānBendera Cogan kata: tiada Lagu: An Nashid al Watani al Umani Ibu negara
(dan bandar raya terbesar)Muscat
23°36′N, 58°33′E
Bahasa rasmi Bahasa Arab Kerajaan Monarki mutlak - Sultan Qaboos bin Said Al Said Kemerdekaan - Portugis dihalau 1650 - Air (%) sedikit sahaja Penduduk - Anggaran Julai 2005 2,567,0001 (140) KDNK (PPP) Anggaran 2005 - Jumlah $40.923 billion (85) - Per kapita $16,862 (41) HDI (2004) ▲ 0.810 (tinggi) (56) Mata wang Riyal Oman ( OMR)Zon waktu (UTC+4) - Musim panas (DST) (UTC+4) Internet TLD .om Kod panggilan 968 1 Anggaran populasi termasuklah 577,293 bukan-warganegara. - Swaziland (Raja Mswati III)
Kerajaan Swaziland
Umbuso weSwatiniCogan kata: "Siyinqaba" (Swati)
"Kami adalah kubu"Lagu: Nkulunkulu Mnikati wetibusiso temaSwati Ibu negara Lobamba (royal and legislative)
Mbabane (administrative; coordinates below)
26°19′S 31°8′T
Bandar raya terbesar Manzini Bahasa rasmi Bahasa Inggeris, Swati ,Perancis Demonim Swazi Kerajaan Monarki - Raja Mswati III - Indovuzaki RatuQueen Ntombi - Perdana Menteri Themba Dlamini Kemederdekaan - daripada United Kingdom 6 September 1968 - Air (%) 0.9 Penduduk - Anggaran Julai 2005 1,032,0001 (ke-154) - Banci 2001 1,173,900 KDNK (PPP) Anggaran 2005 - Jumlah $5.72 bilion (ke-146) - Per kapita $5,245 (ke-101) HDI (2004) ▲ 0.500 (sederhana) (ke-146) Mata wang Lilangeni ( SZL)Zon waktu (UTC+2) Internet TLD .sz Kod panggilan 268 - Vatican City (Paus Benedict XVI). Monarki di Vatican City agak unik sebab rajanya dipilih dan tidak mewarisi takhta seperi monarki mutlak yang lain.
Kota Vatican
Status Civitatis VaticanaeBendera Lagu: Inno e Marcia Pontificale Ibu negara
(dan bandar raya terbesar)Kota Vatican Bahasa rasmi Bahasa Latin, Itali,Perancis, Jerman Kerajaan Monarki Teokratik - Ketua Negara Paus Benedict XVI - Setiausaha Negara Tarcisio Cardinal Bertone - Gabenor Biskop Agung Giovanni Lajolo Kemerdekaan - Perjanjian Lateran 11 Februari 1929 Penduduk - Anggaran 2005 783 (ke-229) Mata wang Euro (€)2 ( EUR)Zon waktu CET3 (UTC+1) - Musim panas (DST) CEST (UTC+2) Internet TLD .va Kod panggilan 39
Di Jordan dan Maghribi, rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagai monarki yang mutlak. Manakala di Liechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranya Putera Hans-Adam II.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)




.jpg)