Manusia tak dapat dipisahkan oleh perasaan kasih sayang.. kasih sayang itulah yang membuahkan rasa cinta.. Sekiranya Bollywood menghasilkan sebuah filem cinta ia begitu terkesan dan dekat di hati orang Melayu.. kerana cintalah yang melahirkan seniman teragung dan penakluk yang hebat di seluruh dunia. kerana cinta juga melahirkan pemberontak paling berani dan kerana cinta ramai yang tewas tersungkur di jalanan.. Ketika ini saya bukan sahaja mendengar cerita daripada saudagar cinta dengan keluh kesah mereka tetapi akhirnya saya juga turut merasai bahawa cinta itu tidak semestinya hidup bersama... dan pengorbanan adalah teman paling akrab dengan cinta.. saya mengakui terlalu ramai orang yang jiwanya tidak tenteram dan kecewa kerana cinta. Mungkin cinta mereka lebih hebat daripada kisah ini : Sewaktu di sekolah menengah saya mencintai seorang pelajar yang setahun lebih tua daripada saya dan cinta pertama ini tidak pernah berbalas hinggalah saya bekerja di KL dan terpikat dengan seorang dramatis disebabkan selalu bermain dan menjaga lima orang anaknya, ibunya yang sepuluh tahun lebih tua menjadi cinta saya hinggalah seorang perempuan yang empat tahun lebih muda berjaya mengalih pandangan saya dan kami berkahwin hingga berpisah setelah lapan tahun dan memiliki dua orang anak. Selepas itu seorang anak sekolahan telah memenangi hati saya waktu itu beza kami 16 tahun, walaupun sokongan keluarganya amat kuat tapi akhirnya saya kecewa biarpun kami dikatakan mengikat perjanjian.. perkahwinan tidak berlaku kerana saya terjebak dengan cinta yang lain memandangkan anak sekolahan itu tidak lagi berminat dengan saya, cinta itu memang buta selepas 6 tahun hubungan kami yang penuh kisah keceriaan akhirnya terputus setelah saya meluahkan hasrat ingin memilikinya secara mutlak... entah mengapa, atas percaturan apa dia menerima orang lain selang beberapa hari hasrat saya dilafazkan.... tetapi hingga kini kami masih tidak berupaya membuang perasaan antara kami, cerita saya mungkin tidaklah tragis dan melodrama sepertimana yang dihasilkan oleh sutradara Hindi.. Tapi hingga waktu ini saya masih sayang dan saya percaya cinta terakhir saya juga sangat kecewa kerana kami jadi mangsa dan tewas kepada keadaan... tapi saya bertuah dalam derai air mata kerana berkesempatan menikmati apa yang dikatakan "Cinta Bukan Memiliki" tetapi ia adalah pengorbanan..
Sebenarnya Cinta..
No comments:
Post a Comment