Isnin, 7 Januari 2013

Negara Monarki Mutlak



Mengikut Wikipedia Dalam zaman moden, ini hanya terdapat enam negara di bawah monarki mutlak iaitu:
Di Jordan dan Maghribi, rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagai monarki yang mutlak. Manakala di Liechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranya Putera Hans-Adam II.

Isnin, 3 Disember 2012

Dasar PIBG perlu diubah

Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau PIBG atau orang Sabahan memanggilnya PIBAGU seperti mana lain- lain persatuan memperuntukkan mesyuarat dan pemilihan dalam mesyuarat agongnya. PIBG adalah pertemuan terbesar warga sekolah bersama ibu- bapa kepada murid dan pelajar sekolah. PIBG digunakan dengan secara meluas untuk menghubungkan persekitaran sekolah dengan masyarakat luar. Sekiranya PIBG bergerak aktif dan kreatif menggunakan persatuan ia boleh menjadi satu sumber kewangan untuk tabung sekolah bagi manfaat murid- murid dan kakitangan sekolah. Terdapat PIBG yang begitu berjaya menganjurkan program yang besar seperti karnival, makan malam perdana malahan lawatan ke luar negara.
Sungguhpun begitu dalam pemerhatian kita PIBG secara meluasnya digunakan dalam agenda siasah yang mana tempat terbaik untuk pertemuan dengan ibu- bapa secara menyeluruh.
PIBG adalah persatuan yang sangat berkesan untuk menyebar luaskan maklumat dan aspirasi kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran, banyak manfaat dan kebaikan yang diperolehi melalui hubungan secara langsung antara pemimpin dan PIBG. 
Cuma satu yang dilihat perlu diperbetul dan perlu diterima secara adil dan saksama iaitu pemilihan Yang Dipertuanya yang mana ia dilihat langsung tidak munasabah yang mungkin melucukan bagi pemahaman sesetengah orang kepada PIBG. PIBG walaupun dalam klausanya membenarkan orang tertentu menjadi YDP tetapi jika difikir secara logik kepada warga ibu- bapa dan guru ia sangatlah tidak adil dan hampir diperbodohkan oleh dasar yang mempunyai maksud tersirat tersebut. Jika ditanya mengapa kebanyakan  PIBG mencalonkan wakil rakyat atau orang tertentu terutamanya penjawat parti menjadi YDP kita dengan pantas boleh menjawab bahawa itulah agenda kerajaan, menguasai PIBG untuk politik dan pengaruh tokoh tersebut.
Sebagai orang yang sentiasa ingin bercakap tentang kebenaran, saya tidak bersetuju dengan dasar tersebut, walaupun sekiranya YDP PIBG tidak dipegang oleh orang politik tetapi yang menyenlenggara program dan menjemput orang kenamaan biasanya adalah pihak sekolah yang sudah tentunya pengurusan PIBG atau mastermine nya adalah guru besar atau pengetua sekolah berkenaan, YDP hanyalah sebagai simbol dan alat yang selalunya tidak perlu berfikir tentang arah tuju dan matlamat sekolah dan kecemerlangan pelajar. Jarang sekali YDP PIBG memikirkan untuk murid sekolah apa yang menjadi tujuan utama adalah mempopularkan diri dikalangan ibu- bapa untuk sokongan moral dalam perebutan jawatan parti atau calon pilihanraya. Sekiranya begitu apa rasionalnya YDP dikuasai oleh VIP.
Kita amat kesal kerana Ibu- Bapa yang anaknya belajar disekolah berkenaan tidak berpeluang ataupun tertutup peluangnya untuk diangkat sebagai YDP atau hanya sebagai Ahli Jawatankuasa kerana telah dibayangi calon- calon yang ada nama, punyai kelebihan kewangan dan dikenali oleh pihak sekolah. 
Tidak mengapa jika calon- calon VIP tersebut mempunyai anak yang belajar di sekolah berkenaan atau calon tersebut adalah kakitangan sekolah tetapi amat dikesal adalah YDP PIBG tidak pun mempunyai anak yang belajar di sekolah berkenaan lebih tertipu lagi YDP berkenaan tidak tinggal di daerah berdekatan. 
Memanglah pemilihan adalah secara demokrasi dan dipersetujui dalam mesyuarat, namun cara mesyuarat dijalankan, cara memperkenalkan calon dan perancangan awal oleh pihak sekolah seolah- olah hanya membuka ruang kepada individu tertentu.
Sekiranya PIBG ingin dilihat sebenar- benar mewakili Ibu Bapa dan Guru, peraturan PIBG mestilah diperbetulkan dan dirombak semula agar hanya mereka yang mempunyai anak- anak atau menjadi kakitangan sekolah berkenaan sahaja diberi peluang menjawat jawatan dalam PIBG kerana itulah erti sebenar Persatuan Ibu Bapa dan Guru, jika tidak bersetuju ubahlah PIBG menjadi Persatuan Sokongan Ibu-Bapa dan Guru atau PSIBG sahaja.

Ahad, 21 Oktober 2012

Malaysia sebagai 'Big Brother' Pelan Pembentukan Entiti Autonomi Bangsamoro

Gelombang ketiga harapan masyarakat Islam di selatan Filipina untuk menentukan hala tuju mereka sendiri  akhirnya tercapai pada  15 Oktober 2012 bila empat pemimpin yang terbabit dengan wilayah selatan Filipina bertemu mata dan meluahkan harapan di Istana Malacanang iaitu  Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Murad Ebrahim, Penasihat Presiden mengenai proses perdamaian Teresita Quintos-Deles, Presiden Benigno Aquino III dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.
Bermulanya azam yang membara dari masyarakat Islam di Selatan adalah selepas berlakunya peristiwa pembunuhan 200 pelatih tentera Islam oleh tentera Filipina di zaman Presiden Marcos hingga mengundang suara OIC yang mengiktiraf wilayah selatan Filipina yang mana Presiden Libya Muammar Gaddafi telah mengetengah dan memberi perlindungan dan sokongan kepada perjuangan Bangsamoro. sebagaimana diimbas semula dengan sebak oleh Penasihat Presiden yang berbunyi
"Kami menyanjung lelaki (bangsamoro) yang terpaksa mengumpul ahli keluarga di khemah- khemah pelarian dan membisikkan jaminan bahawa hari esok akan lebih baik, esok yang lebih baik, esok yang lebih baik .....walaupun pada hari- hari yang kegelapan dalam putus asa.."
Rasa ada kekurangan bila orang yang pertama memimpin penentangan di Selatan Filipina dengan teratur adalah seorang profesor dari Universiti Filipina iaitu Nur Misuari, beliau tidak mengiktiraf perjanjian ini. Nur Misuari menubuhkan Barisan Kebangsaan Bangsa Moro (MNLF) dan mengangkat senjata melawan tentera kerajaan sehingga beliau terpaksa mengarahkan tenteranya yang pernah mencapai 30,000 anggota dari Tripoli, Libya untuk meneruskan perjuangan. Nama Nur Misuari begitu harum dan menjadi inspirasi seluruh masyarakat Islam di Mindanao sehinggakan bapa saya menamakan adik saya dengan nama yang sama berkebetulan irasnya seakan sama tetapi sayangnya menjelang usia 20 tahun adik saya yang juga bernama Nur Misuari terlebih dulu menjadi arwah kerana kemalangan 15 tahun lalu, Perjuangan Nur Misuari mencapai kejayaan bila beliau dan parti politik MNLF nya diiktiraf oleh kerajaan Filipina dalam gencatan senjata yang berjaya membentuk Wilayah Ekonomi Islam Mindanao dan Nur Misuari dilantik sebagai Gabenor Wilayah yang baru dibentuk. Sayangnya perjanjian dan keamanan yang dibina sering saling diengkar menyebabkan Nur Misuari kembali menjadi pelarian dan akhirnya ditangkap oleh kerajaan Malaysia kerana masuk ke perairan Sabah tanpa kebenaran, walaupun Filipina menuntut penyerahan Nur Misuari tetapi kerajaan Malaysia tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut. MNLF enggan meneruskan perjuangan bersenjata menyebabkan ia terpecah kepada tiga kumpulan dan salah satunya adalah MILF yang mana pengerusinya  memulakan ucapan dalam pertemuan di Istana Malacanang dengan dimulai ucapan Assalamualaikum dan disambung
"Saya mengaku ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke Istana Malacanang, tidak pernah saya impikan sejak kecil atau sejak menyertai  perjuangan Bangsamoro lebih 40 tahun lalu bahawa kelak saya akan melihat Istana ini yang dulunya kediaman bekas gabenor Sepanyol dan Amerika kini presiden Filipina.... Hari ini saya di sini bukan sebagai pelancong, mahupun seorang ahli politik yang memohon bantuan politik daripada presiden Filipina, tetapi saya adalah pengerusi MILF yang merendah diri, mendapat mandat oleh masyarakat".
Sebagai anak Malaya yang bertemu jodoh dengan ethnik Sabah, saya juga turut merasai perjuangan dan pelarian panjang Bangsamoro di mana keluarga sebelah isteri yang beragama kristian bertemu jodoh dengan lelaki asal kepulauan Filipina Selatan, walaupun berkahwin dan berjaya megIslamkan Isteri dan melahirkan zuriat muslim tetapi dia tidak punya apa- apa dokumen hingga anak- anaknya di bin dan binti kan orang lain, sesuai dengan ucapan Perdana Menteri Najib Razak yang menjadi pihak ketiga atau pengantara penting dalam perjanjian lebih kukuh unntuk gelombang ketiga ini iaitu berbunyi
"Sejak beberapa dekad lalu Malaysia menjadi rumah kepada beribu- ribu penduduk mencari perlindungan daripada pergolakan itu. Generasi mereka berkembang di negara kami, jauh dari tanah pusaka mereka... menjadi harapan kami perjanjian ini memulangkan semula tanah air mereka.... selepas empat dekad keamanan semakin hampir, mari kita sama- sama mengenggamnya dengan kedua- dua tangan dan jangan benarkan ia terlepas" 
Setelah 40 tahun pergolakan yang menelan korban 120,000 nyawa, Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) yang wujud era presiden Carazon Aquino itu, kini anaknya iaitu presiden Beningno Aquino III menghidupkan semula harapan Bangsamoro dengan menggantikannya dengan pelan lebih jelas dan melibatkan 'Big Brother' Bangsamoro iaitu Malaysia, kita yakin sekiranya bukan Aquino yang menjadi presiden mungkin Pelan Pembentukan Entiti Autonomi Bangsamoro tidak akan digerakkan sebagaimana ucapan Presiden Beningno Aquino III
"Saya faham perasaan masyarakat di Mindanao. Ramai orang kehilangan ahli keluarga di sana. Saya juga kehilangan bapa saya (Beningno Aquino Jr yang dibunuh oleh rejim Marcos 1983) berikutan sistem yang tidak responsif kepada rakyat"
Pelan yang dijangka akan selesai pada 2016 iaitu penghujung penggal pentadbiran Aquino itu.. bersama- samalah kita doakan kejayaannya.. Malaysia menjadi pihak penting untuk menggerakkan perlucutan senjata tentera MILF dan menjamin peluang kerja sebagai orang awam. Sememangnya Malaysialah atau tepatnya Johor adalah salsilah asal Kesultanan Sulu dan Kesultanan Maguindanao, ia lebih memudahkan proses keamanan pengiktirafan itu dizahirkan melalui sambutan permaidani merah untuk PM kita di Manila. Kita berharap keamanan ini boleh digerakkan ke seluruh nusantara dengan peranan Malaysia yang juga begitu rapat dengan sejarah dan perjuangan Melayu Selatan Thailand pula.

Rabu, 3 Oktober 2012

Menteri pilihan..

Kali ini kita lontarkan pandangan rakyat Malaysia yang barangkali tidaklah mengenali secara dekat tentang Menteri- menteri kabinet di Malaysia, tetapi pandangan ini lahir dari sebahagian rakyat yang melihat ada perubahan baru sekiranya mereka mempunyai pilihan untuk menamakan menteri yang pada pandangan mereka sesuai dan lebih layak daripada yang ada sekarang.


Menteri yang tidak sesuai dengan kementerian.

1.Kementerian Dalam Negeri
   Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
   Sesuai di ganti oleh : Datuk Seri Noh Omar

2.Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
   Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
   Sesuai di ganti oleh : Datuk Ahmad Maslan

   Menteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen
   Sesuai di ganti oleh : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

4.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan    Kepenggunaan
   Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
   Sesuai diganti oleh : Datuk Dr S Subramaniam

5.Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
   Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
   Sesuai diganti oleh : Datuk Dr Awang Adek Hussin

6.Kementerian Pelajaran
   Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
  Sesuai diganti oleh : Datuk Seri Mustapa Mohamed
7.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
   Menteri: YAB DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
   Sesuai diganti oleh : Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Menteri yang sesuai dengan 

kementerian

1. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
    Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
2. Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
    Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

3. Kementerian Pertahanan
    Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Manakala 3 Kementerian yang bercelaru dan bertindih tugas sesama mereka adalah
1. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
2. Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi
3. Kementerian Tenaga, Teknologi hijau dan Air