Gelombang ketiga harapan masyarakat Islam di selatan Filipina untuk menentukan hala tuju mereka sendiri akhirnya tercapai pada 15 Oktober 2012 bila empat pemimpin yang terbabit dengan wilayah selatan Filipina bertemu mata dan meluahkan harapan di Istana Malacanang iaitu Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Murad Ebrahim, Penasihat Presiden mengenai proses perdamaian Teresita Quintos-Deles, Presiden Benigno Aquino III dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.
Bermulanya azam yang membara dari masyarakat Islam di Selatan adalah selepas berlakunya peristiwa pembunuhan 200 pelatih tentera Islam oleh tentera Filipina di zaman Presiden Marcos hingga mengundang suara OIC yang mengiktiraf wilayah selatan Filipina yang mana Presiden Libya Muammar Gaddafi telah mengetengah dan memberi perlindungan dan sokongan kepada perjuangan Bangsamoro. sebagaimana diimbas semula dengan sebak oleh Penasihat Presiden yang berbunyi
"Kami menyanjung lelaki (bangsamoro) yang terpaksa mengumpul ahli keluarga di khemah- khemah pelarian dan membisikkan jaminan bahawa hari esok akan lebih baik, esok yang lebih baik, esok yang lebih baik .....walaupun pada hari- hari yang kegelapan dalam putus asa.."
Rasa ada kekurangan bila orang yang pertama memimpin penentangan di Selatan Filipina dengan teratur adalah seorang profesor dari Universiti Filipina iaitu Nur Misuari, beliau tidak mengiktiraf perjanjian ini. Nur Misuari menubuhkan Barisan Kebangsaan Bangsa Moro (MNLF) dan mengangkat senjata melawan tentera kerajaan sehingga beliau terpaksa mengarahkan tenteranya yang pernah mencapai 30,000 anggota dari Tripoli, Libya untuk meneruskan perjuangan. Nama Nur Misuari begitu harum dan menjadi inspirasi seluruh masyarakat Islam di Mindanao sehinggakan bapa saya menamakan adik saya dengan nama yang sama berkebetulan irasnya seakan sama tetapi sayangnya menjelang usia 20 tahun adik saya yang juga bernama Nur Misuari terlebih dulu menjadi arwah kerana kemalangan 15 tahun lalu, Perjuangan Nur Misuari mencapai kejayaan bila beliau dan parti politik MNLF nya diiktiraf oleh kerajaan Filipina dalam gencatan senjata yang berjaya membentuk Wilayah Ekonomi Islam Mindanao dan Nur Misuari dilantik sebagai Gabenor Wilayah yang baru dibentuk. Sayangnya perjanjian dan keamanan yang dibina sering saling diengkar menyebabkan Nur Misuari kembali menjadi pelarian dan akhirnya ditangkap oleh kerajaan Malaysia kerana masuk ke perairan Sabah tanpa kebenaran, walaupun Filipina menuntut penyerahan Nur Misuari tetapi kerajaan Malaysia tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut. MNLF enggan meneruskan perjuangan bersenjata menyebabkan ia terpecah kepada tiga kumpulan dan salah satunya adalah MILF yang mana pengerusinya memulakan ucapan dalam pertemuan di Istana Malacanang dengan dimulai ucapan Assalamualaikum dan disambung
"Saya mengaku ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke Istana Malacanang, tidak pernah saya impikan sejak kecil atau sejak menyertai perjuangan Bangsamoro lebih 40 tahun lalu bahawa kelak saya akan melihat Istana ini yang dulunya kediaman bekas gabenor Sepanyol dan Amerika kini presiden Filipina.... Hari ini saya di sini bukan sebagai pelancong, mahupun seorang ahli politik yang memohon bantuan politik daripada presiden Filipina, tetapi saya adalah pengerusi MILF yang merendah diri, mendapat mandat oleh masyarakat".
Sebagai anak Malaya yang bertemu jodoh dengan ethnik Sabah, saya juga turut merasai perjuangan dan pelarian panjang Bangsamoro di mana keluarga sebelah isteri yang beragama kristian bertemu jodoh dengan lelaki asal kepulauan Filipina Selatan, walaupun berkahwin dan berjaya megIslamkan Isteri dan melahirkan zuriat muslim tetapi dia tidak punya apa- apa dokumen hingga anak- anaknya di bin dan binti kan orang lain, sesuai dengan ucapan Perdana Menteri Najib Razak yang menjadi pihak ketiga atau pengantara penting dalam perjanjian lebih kukuh unntuk gelombang ketiga ini iaitu berbunyi
"Sejak beberapa dekad lalu Malaysia menjadi rumah kepada beribu- ribu penduduk mencari perlindungan daripada pergolakan itu. Generasi mereka berkembang di negara kami, jauh dari tanah pusaka mereka... menjadi harapan kami perjanjian ini memulangkan semula tanah air mereka.... selepas empat dekad keamanan semakin hampir, mari kita sama- sama mengenggamnya dengan kedua- dua tangan dan jangan benarkan ia terlepas"
Setelah 40 tahun pergolakan yang menelan korban 120,000 nyawa, Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) yang wujud era presiden Carazon Aquino itu, kini anaknya iaitu presiden Beningno Aquino III menghidupkan semula harapan Bangsamoro dengan menggantikannya dengan pelan lebih jelas dan melibatkan 'Big Brother' Bangsamoro iaitu Malaysia, kita yakin sekiranya bukan Aquino yang menjadi presiden mungkin Pelan Pembentukan Entiti Autonomi Bangsamoro tidak akan digerakkan sebagaimana ucapan Presiden Beningno Aquino III
"Saya faham perasaan masyarakat di Mindanao. Ramai orang kehilangan ahli keluarga di sana. Saya juga kehilangan bapa saya (Beningno Aquino Jr yang dibunuh oleh rejim Marcos 1983) berikutan sistem yang tidak responsif kepada rakyat"
Pelan yang dijangka akan selesai pada 2016 iaitu penghujung penggal pentadbiran Aquino itu.. bersama- samalah kita doakan kejayaannya.. Malaysia menjadi pihak penting untuk menggerakkan perlucutan senjata tentera MILF dan menjamin peluang kerja sebagai orang awam. Sememangnya Malaysialah atau tepatnya Johor adalah salsilah asal Kesultanan Sulu dan Kesultanan Maguindanao, ia lebih memudahkan proses keamanan pengiktirafan itu dizahirkan melalui sambutan permaidani merah untuk PM kita di Manila. Kita berharap keamanan ini boleh digerakkan ke seluruh nusantara dengan peranan Malaysia yang juga begitu rapat dengan sejarah dan perjuangan Melayu Selatan Thailand pula.
No comments:
Post a Comment