Tuesday, February 4, 2020

PPSMI seperti Google Translate kepada pelajar

Pelaksanaan semula Pelajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggris (PPSMI) yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran yang juga Perdana Menteri ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi semula apa yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri ke 4 pada tahun 2003 dan dimansuhkan oleh pentadbiran Perdana Menteri ke 6 Dato Seri Najib Razak pada 2012 setelah dinilai dan dikenal pasti punca kemerosotan matapelajaran tersebut adalah juga berkaitan dengan bahasa yang digunakan. Sebelum PPSMI dilaksanakan subjek matematik berada di kedudukan ke 20 antara negara yang disenaraikan tetapi menjunam ke tangga 32 pada tahun 2011 perkara serupa berlaku kepada subjek sains dari kedudukan ke 19 pada tahun 1999 ke 27 pada tahun 2011 dan pulih sedikit ke kedudukan ke 22 pada 2015 setelah PPSMI dimansuhkan.


Berdasarkan rekod kegagalan itu seharusnya Perdana Menteri tidak lagi mengulangi kesilapan yang dilakukan, usah lagi jadikan pelajar- pelajar sebagai eksperimen. Tun Dr mahathir mengatakan sains dan matematik mesti diajar dengan menggunakan bahasa dari mana ilmu sains dan matematik berasal dan yang dimaksudkan adalah Inggris. Kita juga mungkin pelik jika itu alasanya, mungkin sains dan matematik mesti diajar menggunakan bahasa Arab kerana sebahagian besar ilmu sains dan matematik berasal daripada arab dan timur tengah. Kita juga hairan mengapa ilmu sains dan matematik juga begitu berjaya di Jerman, Korea, Jepun serta negara Cuba adakah negara mereka menggunakan bahasa Inggris sudah tentu tidak.


Dengan semangat guru yang sedikit terjejas setelah perubahan dasar serta tekanan yang dihadapi berbanding pada masa mula- mula PPSMI dilaksanakan dulu, mungkinkah ada peningkatan dari segi motivasi dan kesungguhan untuk menjayakan program yang ternyata telah gagal. PPSMI juga tidak dipersetujui oleh pemimpin kerajaan dari parti Amanah.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq cepat menyokong Perdana Menteri dengan mendakwa dia adalah contoh kejayaan PPSMI. Benar..ya memang ada orang seperti menteri tetapi ia adalah kelompok kecil yang biasanya terjadi kepada pelajar yang subjek Bahasa Inggris mereka lebih baik daripada Bahasa Melayu. Tetapi menteri muda yang tidak cermat itu tentu tidak tahu bahawa pelajar kita bukan semua berada seperti kedudukannya yang bernasib baik mendapat pelajaran dan menjalani kehidupan yang terdedah dengan Bahasa Inggris. Bagi yang biasa menggunakan bahasa Inggris PPSMI tidaklah sukar namun kebanyakan pelajar terutama Melayu / Bumiputera mereka terpaksa belajar bahasa Inggris pada masa pembelajaran subjek sains dan matematik dalam masa serentak, tidak kah ini menambah bebanan pelajar dan lebih sukar jika mereka bukan belajar di sekolah Inggris. Sedangkan pelajaran agama Islam pun menggunakan bahasa Melayu bukanya bahasa Arab atau tulisan jawi sepenuhnya namun ia tidaklah memberi kesukaran atau kemerosotan kepada subjek Agama Islam. 

Gunalah cara yang mudah dan biasa kerana pemahaman itu yang utama. jangan paksa otak pelajar menjadi seperti Google translate yang terjemah bahasa Melayu ke bahasa Inggris kan tidak tepat, berterabur dan tersasar maksudnya.

No comments:

Post a Comment