Sejak menjadi pengembala ini rasanya tubuh menjadi lebih sihat, peluh sentiasa keluar,. selain kambing dan biri biri yang membuatkan badan kena aktif terutama waktu petang dan pagi, dari memberi makan pellet, rumput, menggunting bulu, mengasingkan ibu bersama anak, melayan karenah kambing jantan, membaiki pondok serta pelbagai kerja yang berkaitan, pendek kata ia adalah kerja sepenuh masa. Selain itu ada pula beberapa ekor lembu yang perlu diuruskan dan yang paling gembira apabila membawa ternakan keluar dan pulang dari padang ragut. Keluar dengan seronok dan pulang dengan kenyang.
Selain kambing yang dikatakan haiwan berkat peliharaan nabi dan rasul, lembu juga ada diceritakan dalam Al- Quran dalam surah Al- Baqarah (Lembu Betina) dan satunya kisah di zaman nabi Musa a.s berkenaan seorang sepupu yang membunuh sepupunya untuk mendapatkan harta kerana dialah satu satunya waris yang ada, setelah membunuh dia berpura pura untuk membalas dendam dan hal ini diajukan kepada nabi Musa, dia meminta agar nabi Musa berdoa kepada Allah agar ditunjukkan siapa pembunuh yang sebenar.
Nabi Musa menyuruh mencari lembu betina mengikut ciri ciri khusus untuk disembelih. Atas perancangan Allah lembu yang dijumpai adalah milik seorang anak yatim yang solih dan berbakti kepada ibunya. Lembu itu dibeli dengan harga emas sepenuh kulit lembu tersebut sebagaimana disarankan oleh malaikat. disingkatkan cerita selepas lembu disembelih, nabi Musa menyuruh mayat orang mati dipukul dengan bahagian lembu yang disembelih, mayat tersebut hidup semula memberitahu siapa yang membunuhnya, bila sudah jelas mayat itu kembali mati. Dengan bukti itu sepupu yang membunuhnya tidak mendapat harta kekayaan yang diharapkan.
Lembu juga mengingatkan saya kepada arwah datuk, mengikut panggilan orang Kelantan ia dipanggil 'Chek'. Chek memberi saya seekor lembu untuk dipelihara, masa tu saya masih kecil dan saya masih ingat bagaimana lembu itu saya ikat di batang kelapa pada waktu malam.
Balik dari sekolah bergegas ke tempat lembu jantan.. bagi minum air dan bawa ke tempat lebih teduh, selang beberapa lama chek datang ke rumah, dilihat lembu yang saya pelihara sedikit kurus, maklumlah setakat mana penjagaan seorang budak sekolah rendah, chek mengambil semula lembunya.. seingat saya selepas itu saya tidak memelihara lembu sehinggalah beberapa tahun lalu saya memelihara semula tiga ekor lembu, tetapi kerana saya tidak cukup belanja untuk mencari anak saya yang terpisah dan sangat saya rindu, saya menjual lembu itu dan berangkat ke Sabah. Kini saya memiliki semula lembu..

No comments:
Post a Comment