Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.
Hari ini 31 Januari 2018 adalah fenomena yang sama telah berlaku 152 tahun yang lalu iaitu pada 31 Mac 1866 yang mana pada tarikh itu adalah bermulanya campurtangan Inggris di negeri Pahang, mungkin pada zaman itu orang orang Melayu khasnya masih mempercayai mitos tentang gerhana bulan, ada yang beranggapan sebagai tanda kelahiran atau kematian orang kenamaan dan ramai juga yang membuat bising kerana dikatakan naga hendak telan bulan malah sehingga kini masih ada yang berkata 'bulan sakit'.
Dalam zaman yang sangat mudah mendapatkan maklumat kali ini kita diperkenalkan dengan fenomena "Super Blue Blood Moon" yang kebetulan berlaku dalam waktu Insyak, kesempatan ini memberikan pengalaman untuk kita sebagai Umat Islam mengadakan solat sunat gerhana dan mendengar khutbah oleh Imam di malam hari. Amalan sunat ini hukumnya sunat muakad.
No comments:
Post a Comment