Friday, March 6, 2015

Panas melampau..

Kebelakangan ini cuaca panas seakan terlalu panas dan melampau, setelah mengharungi sejuk yang jarang berlaku dan juga banjir di beberapa negeri cuaca panas pula dihadapi. Mengikut makluman Kementerian Kesihatan Malaysia cuaca panas melampau akan dihadapi sehingga bulan April 2015. Terlintas juga bagaimana anak anak akan terdedah dengan cuaca panas ini sama ada bermain selepas waktu sekolah atau aktiviti luar dan padang oleh pihak sekolah. Pendedahan yang lama boleh menyebabkan kesan fizikal dan kesihatan seperti strok haba yang bahaya. Bekalan tadahan air juga berkurang serta tumbuh -tumbuhan menjadi kering dan kebakaran hutan mungkin berlaku.
Strok haba dikatakan berlaku bila suhu badan meningkat kepada 40.5C berbanding kebiasaan cuaca panas dalam negara iaitu 38c. Perhatikan tanda- tanda strok haba seperti gambar dibawah.

Strok haba

Strok haba berlaku disebabkan kurang minum air dan pendedahan kepada cuaca panas berpanjangan.

Tanda-tanda anda dapat strok haba:


  • Sakit kepala (berdenyut)
  • Mual
  • Kurang berpeluh (walaupun dalam suhu panas)
  • Denyutan nadi pantas
  • Otot lemah / kejang
  • Muntah
  • Kulit kering / kemerahan
  • SawanPitam

Untuk menghadapi strok haba sebagaimana Kementerian Kesihatan sarankan adalah seperti berikut
  • Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar
  • Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita
  • Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan
  • Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas
  • Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
  • Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas)
  • Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
  • Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan
  • Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal

Walaupun begitu ada negara- negara lain menghadapi cuaca yang sebaliknya seperti sejuk yang melampau yang juga tidak kurang menghadapi risiko kesihatan juga.



No comments:

Post a Comment