Sunday, November 15, 2015

Tidak perlu terlalu simpati kepada Paris

Serangan mengejut di Paris yang mengorbankan hampir 150 orang mengejutkan dunia dan seharusnya ia patut menjadi kejutan yang mana dunia seakan tidur lena terutama dunia barat, dan sekiranya ada kejutan kejutan lagi ia sememangnya kejutan yang tidak sedikit pun merubah kekejaman yang setiap hari berlaku di Palestin. beberapa bulan yang lalu dunia seakan menutup mata lebih lebih lagi dunia yang memusuhi dan membenci kepada dunia Islam. Tiada kata sepakat global yang mengutuk kezaliman kepada ethnik Islam Rohingya di Rakhaine, Myanmar kecuali Turki yang secara berani melawat Myanmar melalui Isteri Perdana Menteri dan menteri luarnya di Rakhaine. 
Beribu ribu orang dibunuh tanpa belas kasihan dengan sokongan sami sami Buddha dan dalang- dalang Yangon. Siapa peduli malahan OIC tidak mampu pun meraih simpati dan campur tangan berkesan PBB. Sebagaimana rakyat Syria yang menjadi pelarian kerana perang saudara, Ethnik Rohingya bukan sahaja melarikan diri kerana di zalimi tetapi juga hilang kerakyatan dan tidak diakui malahan semua kemudahan Pelajaran, Kesihatan juga Keselamatan tidak berhak dinikmati oleh Rohingya. Cemuhan kepada mereka bukan setakat kerana agama tetapi juga kerana warna kulit, bangsa dan budaya...

Tidak perlu terlalu simpati kepada Paris... simpatilah kepada keluarga, saudara seagama dan mereka yang dizalimi sepanjang hayat bukanlah bersedih kepada Paris dan barat yang diserang kerana tangan tangan mereka dan senjata merekalah yang menghancurkan imej dan orang Islam di seluruh dunia.

Tuesday, October 20, 2015

Mulakan Blog anda di sini...

Apakah blog ? apa yang dimaksud dengan blog, pengertian, definisi, makna blog atau seumpamanya.. mungkin kini sudah ramai yang tahu akan makna blog tetapi masih ada yang baru nak bermesra dengan dunia internet ingin tahu dan tertanya tanya apakah blog tetapi segan untuk bertanya secara terbuka. Mengikut tafsiran penulis, blog adalah sebuah diari atas talian yang dikendalikan oleh individu untuk menyatakan idea, kreatif, pendapat serta memerihalkan pengalaman serta pengamatan. Ia bukan bersifat terikat serta mempunyai tarikan untuk dikongsi.

Mengapa dikatakan diari adalah disebabkan pengisian serta penulisan yang digunakan adalah muat naik bahan yang telah berlaku yang mengikut gaya tulisan di dalam sesebuah diari dan ia mempunyai halaman serta tarikh tulisan yang dibuat.

Kini blog bukan lagi hanya berfungsi sebagai diari, ramai penulis blog memanfaatkannya sebagai bahan untuk perniagaan seterusnya menjadikan blog sebagai kedai atas talian. Pun begitu banyak blog yang tidak mencapai impian dan di gemari serta di lawati sebagaimana wordpress, multiply serta bloggers 

Dengan pertambahan pengguna internet yang mencari imformasi dengan tujuan peribadi atau perniagaan saya sarankan anda memiliki blog sendiri yang mudah di simplesite bagaimana ? jom berblog dan alami sendiri keseronokan dan perkonsian diri anda dengan orang lain.





Tuesday, October 6, 2015

TPPA bukan benda baru...

Isu Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) menjadi bualan dan dibincangkan dalam forum- forum tertentu, membicarakan topik sama dari perspektif berlainan yang bersangkutan dengan pengertian TPPA dan implikasinya terhadap perdagangan serantau dan antarabangsa yang melibatkan negara kita Malaysia.


Pelbagai andaian awal dimainkan rakyat terutama di media- media bebas dan sentiasa terbabas seperti Facebook, Twitter juga media yang semakin galak dan bergolak kebelakangan ini iaitu whatsapp. Belum pun menteri MITI Datuk Seri Mustapha Mohamed membuka mulut dan menjejak kaki ke tanah air, sudah tersebar pelbagai keributan. Bagi mereka yang mengambil jalan menyerahkan keputusan kepada yang pakar sebagaimana saya yang sememangnya tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dan jauh dangkal daripada menteri berkenaan, saya tidak mampu untuk mengupas apalagi membahas tentang TPPA.
AFTA


Apa yang boleh dikongsi dan dilihat mudah untuk dibandingkan dengan perjanjian perdagangan terbaru ini adalah dengan melontarkan persoalan mengapa kita tidak lagi memikirkan perjanjian- perjanjian yang hebat dan lebih meluas sebelum ini seperti WTO, APEC, AFTA, FTA dan pelbagai perjanjian dagang yang melibatkan sehala dan banyak hala, TPPA sebenarnya bermula dan berkaitan daripada perjanjian perjanjian tersebut. kita juga pernah dibimbangi dan digusarkan dengan dasar langit terbuka yang diperkenalkan oleh Tun M, tetapi kini kita bukan sahaja boleh bersaing bahkan menjadi rantau yang penting dan subur dalam penggunaan Internet. Ia bukan sahaja menjadi keperluan tetapi juga gaya hidup kepada rakyat Malaysia.
APEC





Tuesday, August 18, 2015

Perulangan Kehidupan Manusia

Minggu ini rasa diterjah oleh pemikiran tentang peradaban, teknologi dan kedudukan kita sebagai manusia.. Selepas menonton Discovery Channel akal yang terhad ini seolah menjadi ujian keyakinan untuk mempercayai atau mengabaikan satu persoalan yang sepatutnya tidak diambil pusing. 
Bermula dari mengapa umat manusia yang terselamat daripada banjir besar zaman nabi Nuh di halang dari membina Menara Babil, persoalan mengapa manusia di pecah- pecahkan bahasa pertuturan mereka dan benarkah makhluk asing telah memainkan peranan mengawal kemajuan manusia sehinggalah timbul pertanyaan adakah para malaikat dan tuhan itu sebenarnya adalah UFO yang menghalang kemajuan umat manusia daripada mencabar kuasa mereka. Malapetaka yang menimpa umat manusia adalah menjadi persoalan tentang mengapa peradaban manusia selalu diganggu dan dihancurkan, mengapa ilmu dan kemajuan di hapuskan di perpustakaan dunia Alexandria, benarkah manusia telah jauh mencapai kemajuan dalam ilmu nuklear dan penerbangan lebih maju daripada hari ini. Persoalan tentang manusia telah cukup maju tetapi mereka ditindas dan dinafikan kemajuan bukan sekali tetapi berkali- kali sehingga kesan yang ada pada hari ini hayalah menyingkap kemajuan yang paling hampir dengan zaman yang diketahui sahaja. Persoalan pembinaan bantera nabi Nuh sendiri yang maha hebat hanya disiapkan dalam 80hari terlalu sukar diterima akal tanpa sokongan dan teknik yang amat maju, begitu juga sisa Piramid yang masih misteri. Sungguhpun begitu bukti nuklearlah yang masih menjadi bukti yang membuat kita perlu akui bahawa umat manusia mengulangi perkara yang sama sejak mereka menjadi koloni di bumi ini. Untuk membaca tentang kemajuan manusia dalam penghasilan dan penggunaan nuklear, anda boleh membaca Teknologi silam . 

Thursday, July 23, 2015

Kelahiran bulan Julai

Tarikh lahir adalah suatu tarikh yang amat penting dan bagi sesetengan orang tarikh lahir boleh mencerminkan ciri ciri kehidupan dan sikap seseorang. Mungkin berkebetulan bulan Julai ini menjadi bulan kelahiran saya disamping banyak orang orang hebat yang lahir bulan ini sama ada di peringkat dunia mahupun dalam negara.
Bermula dengan Julius Ceasar yang lahir pada 13 haribulan Julai dan kalendar Gregorian yang dinamakan Julai juga berasal dari nama Julius.


Julius Ceasar (13 Julai)
Image result for julius caesar


Antara orang ternama luar negara yang lahir pada bulan Julai adalah

George W. Bush (6 Julai)



Princess Diana (1 Julai)



Arnold Schwarzenegger (30 Julai)


Jennifer Lopez (24 Julai)




Manakala antara tokoh serumpun dan dalam negara adalah

Sultan Hasanal Bolkiah (15 Julai)



Tun Dr Mahathir & Saya (10 Julai)



Najib Tun Razak (23 Julai)


Antara sifat sifat orang lahir dalam bulan julai yang dinyatakan oleh pakar motivasi iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah yang juga lahir pada bulan Julai iaitu
# Sangat seronok didampingi
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tidak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam
# Berjiwa sentimental
# Jarang berdendam
# Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# Tidak suka benda remeh temeh
# Membimbing cara fizikal dan mental
# Sangat peka, prihatin, mengasihi serta penyayang
# Tinggi daya simpati
# Pemerhatian yang tajam
# Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
# Mudah dan rajin belajar
# Suka muhasabah diri
# Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
# Suka mendiamkan diri
# Suka duduk di rumah
# suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
# Tak agresif kecuali terpaksa
# Lemah dari segi kesihatan perut
# Mudah gemuk kawal atau pun tidak kawal diet
# Minta disayangi
# Mudah terluka hati dan lambat pulih
# Terlalu mengambil berat
# Rajin dalam membuat kerja


Prof Dr Fadzilah Kamsah (16 Julai)


Ustazah siti Nor Baaiyah Mahmood (7 Julai)


Kebiasaanya orang yang lahir bulan Julai dianugerahi dengan daya Kepimpinan, Pengaruh dan Pengikut setia

Wednesday, June 17, 2015

10 Fakta tentang kurma

Bila tiba bulan ramadhan, buah kurma menjadi makanan wajib dan boleh dikatakan mesti dijamah oleh setiap orang yang berpuasa sama ada waktu berbuka puasa atau bersahur. Buah kurma yang paling dicari adalah kurma nabi namun terdapat ribuan kurma lain yang khasiat dan kelebihannya sebagaimana berikut;

1. Memakan kurma setiap hari tidak akan didekati Jin
2. Ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita
3. Makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma.
4. Buah kurma lebih sihat daripada kaviar.
5. Sabut pokok kurma adalah pembersih paling baik bagi tubuh dapat melindungi penyakit kulit.
6. Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh ia dapat menggembirakan hati yang sedih.
7. Setiap 100gm kurma ada 318kalori setara 315 kalori dalam setiap 100gm madu.
8. Sebutir kurma dapat membekalkan kalori yang cukup untuk aktiviti harian dengan bersemangat.
9. Askar yang memakan kurma di medan perang adalah paling baik kerana dapat membekal kalori yang cukup, menguatkannya, menggiatkan kalenjar adrenal sehingga ia jadi berani dan tidak takut akan kematian.
10. Ada 1450 jenis kurma di seluruh dunia.

Monday, May 25, 2015

11 kek putih menawan

Putih adalah warna pilihan yang kebanyakan pasangan pengantin baru inginkan, mungkin dalam pencarian itu ada yang tercari- cari rekaan dan bentuk kek berwarna putih. Di sini dicadangkan bentuk kek yang dihajati..












Semoga 11 bentuk kek berkenan memberi ilham dan menjadi panduan untuk kek perkahwinan berasaskan warna putih di hari bahagia anda











Monday, March 9, 2015

Kepimpinan 'Abe Ase'

Datuk Hassan Harun, satu nama yang barangkali memerlukan ruang yang panjang untuk diceritakan usaha dan pencapaiannya. Apa yang dipaparkan disini hanyalah apa yang dicerita dan dibualkan sendiri bersamanya dalam majlis anjuran Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA) di Hotel Habib Kota Bharu pada jam 8.30 malam 8/3/2015 yang lalu.
Barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendapat manfaat atau perkaitan dengan usaha dan produk Datuk Hassan Harun sebut sahaja jenama makanan dan pendidikan Adabi, seragam sekolah Canggih, Universiti maya pertama di dunia Unitar, KUB, TPTN itu antara cetusan dan dipelopori oleh beliau termasuklah juga menjadi orang yang mula- mula memperkenalkan komunikasi tanpa wayar (wayarless) di negeri Kelantan yang mana antenanya di dirikan di bangunan Billion sebelum diberi kata dua oleh TELEKOM kerana TM hendak membangunkan produk Streamyx.

Datuk Hassan Harun membuka bicara dengan menceritakan alam persekolahan dan kegagalannya di Universiti, beliau menceritakan bagaimana amanah adalah perkara yang paling penting untuk menjadi seorang pemimpin, beliau menceritakan penglibatannya di kawasan Dabong diawal pembabitannya dengan parti politik dan pemimpin tertinggi negera waktu itu iaitu Tun Dr Mahathir, Datuk Hassan Harun juga dengan bangga menceritakan kisah dengan Isteri berbangsa Cina yang mana perkahwinannya yang kedua adalah atas dasar agama, kerana kejujurannya beliau boleh hidup bersama dengan dua isteri disamping mertua dan ipar- ipar yang menganut pelbagai agama. 
Hassan Harun sangat tegas dalam mencari ilmu pengetahuan, rumahnya bagaikan sebuah perpustakaan lengkap dan usaha mewujudkan pusat pengajian "Wadi Sofia" yang amat bermakna yang mana ibunya yang bernama Sofia menjadi inspirasinya walaupun ibu itu tidak tahu membaca walau sepatah perkataan.
Datuk Hassan Harun menceritakan dalam usia 18 tahun beliau sudah berucap di Padang Merdeka, Kota Bharu mewakili Tun Abdul Razak kerana kesepakan berpendapat PM itu tidak boleh berucap dengan ucapan yang meyakinkan kepada rakyat Kelantan dalam situasi politik Kelantan yang amat genting waktu itu. Dalam perjuangan asal beliau yang mempertahankan bahasa Melayu, beliau terkilan kerana tidak dengan tegas memartabatkan Bahasa Inggris, dakwa Datuk Hassan Harun yang pendidikannya adalah berkisar dalam negara tetapi beliau dengan "Gila- Gila" belajar dan menggunakan bahasa Inggris dengan baik kerana matlamat dan kepercayaanya bahawa zaman ini bahasa Inggrislah bahasa ilmu. Pun begitu beliau boleh berucap dengan baik dalam bahasa Melayu tanpa dicemari oleh bahasa slanga dan rojak sebagaimana dalam tulisan anak- anak muda sekarang.
Datuk Hassan Harun yang mesra dipanggil "Abe Ase" sudah menunjukkan idea kepimpinan dan penyelesaian masalah sejak zaman sekolah dan Universiti, hingga kini dalam usia 70an beliau masih lagi diberi tanggungjawab oleh Kerajaan terutama dalam pendidikan, beliau sangat- sangat menginginkan anak muda yang berani, tegas dan tidak takut disamping mengakui kegagalan untuk menjadi hebat, Intergriti paling diutamakan.

Dalam pertemuan yang hampir jam 12:00  tengah malam itu sesi soal jawab dan pertanyaan ternyata amat berkesan dalam diskusi bertajuk 'Kepimpinan' itu.. pelbagai ilmu dan pedoman boleh dijadikan panduan dari Institusi bergerak itu, kerana nama besar itulah saya tidak melepaskan peluang untuk bersama dalam majlis, diakhir perbualan itu saya tertarik bila beliau memberitahu beliau hanya menggunakan CR-V model lama yang berusia belasan tahun pemberian rakan dan sesekali memandu Kancil, satu cabaran dan harus difikirkan oleh pemimpin muda yang hanya melihat penyertaan dalam politik itu semata- mata bertujuan mencari kekayaan dan pangkat semata... 

Friday, March 6, 2015

Panas melampau..

Kebelakangan ini cuaca panas seakan terlalu panas dan melampau, setelah mengharungi sejuk yang jarang berlaku dan juga banjir di beberapa negeri cuaca panas pula dihadapi. Mengikut makluman Kementerian Kesihatan Malaysia cuaca panas melampau akan dihadapi sehingga bulan April 2015. Terlintas juga bagaimana anak anak akan terdedah dengan cuaca panas ini sama ada bermain selepas waktu sekolah atau aktiviti luar dan padang oleh pihak sekolah. Pendedahan yang lama boleh menyebabkan kesan fizikal dan kesihatan seperti strok haba yang bahaya. Bekalan tadahan air juga berkurang serta tumbuh -tumbuhan menjadi kering dan kebakaran hutan mungkin berlaku.
Strok haba dikatakan berlaku bila suhu badan meningkat kepada 40.5C berbanding kebiasaan cuaca panas dalam negara iaitu 38c. Perhatikan tanda- tanda strok haba seperti gambar dibawah.

Strok haba

Strok haba berlaku disebabkan kurang minum air dan pendedahan kepada cuaca panas berpanjangan.

Tanda-tanda anda dapat strok haba:


  • Sakit kepala (berdenyut)
  • Mual
  • Kurang berpeluh (walaupun dalam suhu panas)
  • Denyutan nadi pantas
  • Otot lemah / kejang
  • Muntah
  • Kulit kering / kemerahan
  • SawanPitam

Untuk menghadapi strok haba sebagaimana Kementerian Kesihatan sarankan adalah seperti berikut
  • Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar
  • Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita
  • Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan
  • Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas
  • Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
  • Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas)
  • Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
  • Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan
  • Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal

Walaupun begitu ada negara- negara lain menghadapi cuaca yang sebaliknya seperti sejuk yang melampau yang juga tidak kurang menghadapi risiko kesihatan juga.