Saturday, August 2, 2014

Di Kampung ini...

Lama juga tidak menjenguk kawan lama, kawan yang dulunya kita berkongsi cerita. kita bermalam dan makan minum dirumahnya. Masih teringat rumah kecil tepi bukit dekat rumpun buluh. Depan rumahnya ada pokok mangga, durian dan manggis. Walaupun hampir dengan pekan tetapi kerana letaknya rumah kawan ini sedikit jauh daripada kejiranan, sesiapa yang datang pasti akan rasa seperti berada jauh di pedalaman dan masa seakan terhenti, kembali ke belakang ke tahun- tahun 80an, ketika itu masih banyak rumah yang menggunakan perigi untuk kegunaan harian.. buang air ? kena kreatif dan carilah belukar dan tunggul kayu jauh di belakang rumahnya. 
Seronok dan segar melihat kawan mandi... Walaupun rasa ketinggalan tetapi kesegaran dan alam semulajadi dan perigi tanpa klorin membuatkan kita teringin... apalagi kita pun turut mandi dan menimba air yang jernih dan sejuk sampai ke tulang... woww inilah nikmat yang masih ada di kampung.



Di desa kasihku tertumpah... DJ Dave

No comments:

Post a Comment