Sunday, September 23, 2012

Cyrus dan semangat Islam..

Dalam suasana dunia yang mengagungkan demokrasi.. kita rasa terpanggil untuk mendakwa bahawa sistem kemanusiaan yang hampir sempurna itu sebenarnya bukanlah berasal dari barat iaitu Rom yang selama ini kita disogokkan dengan versi mereka yang tidak senang dengan pencapaian pemikiran bangsa dari timur terutama orang Islam. Sehingga hari ini pelbagai tohmahan dan pernyataan jahat oleh Yahudi dan Nasrani ke atas orang Islam, mereka tidak teragak- agak untuk mencemarkan Nabi saw sedangkan pada waktu yang sama orang Islam sangat menghormati nabi- nabi mereka seperti Isa, Musa, Yaakub dan deretan kenabian dari bangsa Israel.. Orang Islam yang berpegang kepada ajaran rasululllah saw di ajar dan diterangkan dengan jelas sama ada melalui Al= Quran dan hadis bahawa semua nabi sebelum Muhammad saw adalah juga mesti diterima oleh orang Islam sebagai utusan yang benar daripada Allah swt dan tiada alasan untuk orang Islam mengutuk nabi- nabi agama orang Kristian mahupun Yahudi dan jika ada seluruh agama langit itu terangkum dalam agama Islam.. 
Berbalik kepada demokrasi yang dikatakan berasal dari Rom, sebagai orang yang kenal dan ingin mencari kebenaran percayalah manusia pertama yang memperkenalkan demokrasi dengan pernyataan bertulis adalah Cyrus iaitu seorang raja yang mempunyai empayar yang luas di Parsi. Raja agung ini dikatakan tidak pernah membunuh walau seorang pun manusia di negeri yang ditaklukinya. dalam penyelidikan pelbagai pihak hingga hari ini, Cyrus agung lebih mirip kepada Iskandar Zulkarnain yang di sebut dalam Al-Quran. Dan keyakinan ini sebaiknya lebih memihak kepada Cyrus daripada kepercayaan barat yang menyamakan Zulkarnaian adalah Alexander The Greek. Kisah perkaitan kerajaan yang luas dari Tasriq ke Maghrib dan pembinaan benteng konkrit mengekang kaum Yajuj dan Makjuj hingga kini menjadi persoalan dan hal yang belum dapat di buktikan dengan jelas oleh ahli sejarah walaupun sebagai orang Islam kita mesti menyakininya sebagaimana banyak benda yang selama ini dikatakan mustahil dalam Al- Quran akhirnya menjadi benar seperti kisah kapal nabi Nuh as, kesan kerajaan Balqis dan Sulaiman as mahupun manusia berdada 7 hasta di zaman lampau.
kalau benarlah Cyrus itu adalah Zulkarnain dan dia yang memulakan peristiharan amalan demokrasi seperti mana yang tertulis di selinder Cyrus yang replikanya juga terdapat di bangunan Pertubuhan Bangsa- Bangsa, New York.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Silinder_Cyrus Silinder Cyrus merupakan sebuah artifak dari zaman Empayar Parsi yang mengandungi perisytiharan Cyrus Agung yang ditulis dalam tulisan pepaku Babylon (bahasa Akkadia) pada silinder tanah liat. Ketika menawan Babylon, Cyrus Agung membuat perisyhtiharan ini yang mengandungi kisah mengenai pencapaiannya, akta-akta hak kemanusiaan, serta salasilah keluarga dirajanya.
Shah Mohammad Reza Pahlavi mendakwa bahawa perisytiharan tersebut merupakan titik permulaan sejarah perjuangan hak kemanusiaan. Ini disokong oleh peristyiharan tersebut yang memberikan hak untuk mendirikan semula patung dewa yang telah diharamkan oleh raja Babylon, serta juga kebebasan beragama.
Silinder Cyrus ditemui oleh Hormuzd Rassam, seorang ahli arkeologi Assyria-British, pada tahun 1879 di asas candi Esagila, iaitu candi untuk dewa Marduk di Babylon, dan kini tersimpan di Muzium British di London[1]
Cyrus juga telah membina bandar Persepolis yang dikatakan menjadi tempat pertemuan ketua- ketua kerajaan pada waktu itu sebagaimana PBB sekarang..

No comments:

Post a Comment