Sunday, May 13, 2012

13 Mei... hari berdarah, hari ibu.

Untuk kedua kalinya kita menaip tentang hari ibu yang mana sebelum ini kita sudah berkongsi fesyen untuk hari ibu tetapi bila tiba 13 Mei perkara pertama yang terfikir oleh kita bukannya hari ibu tetapi peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 yang mana peristiwa tersebut menjadi detik hitam yang mencetuskan MAGERAN yang mana parlimen negara digantung. 
Sebagai rakyat yang sentiasa mesti mengingati sejarah kita sudah bernasib baik ianya berlaku pada tahun 1969 dan sekiranya ia berlaku pada tahun 1967 mungkin kemerdekaan negara ditarik balik yang mana mengikut perjanjian dengan Inggris kemerdekaan negara akan ditarik balik jika kekacauan berlaku dalam masa 10 tahun selepas merdeka.. jika itu terjadi mungkin kita hanya dibebaskan oleh British pada tahun 1984 sebagaimana negara Brunei. Dan 13 Mei seharusnya di popularkan sebagai hari perpaduan barulah Hari Ibu yang berkongsi tarikh yang sama menjadi serasi dan sepadu.


Hari ini rakan- rakan bertanyakan kepada siapa saya nak ucapkan 'Selamat Hari Ibu'.. inilah yang paling payah nak dijawab, bukan saya tidak menyokong dan bukan juga tidak menghargai para ibu, tetapi saya sendiri sudah tidak mempunyai ruang untuk ucapkan kepada ibu anak saya.. saya juga tidak terikat dengan ucapan kepada ibu sendiri kerana bagi saya tidak perlu untuk berlakon dengan meraikan satu hari sahaja dalam setahun sedangkan hari lain kita tiada masa kerana sibuk dengan tugas, melayan isteri cantik dan mengikut telunjuk mertua yang berada. Saya tidak perlu memberi hadiah pada hari khusus kerana saya tidak mahu kekok jika perlu memberi sesuatu kepada ibu tanpa terikat dengan hari khusus. Sebagai keluarga yang didedah dengan tradisi tanpa keramaian saya suka memberi dengan ikhlas hati pada masa mampu atau mendapat rezeki lebih daripada keperluan asas sendiri.. Ibu memahami kita dan cukuplah jika kita sentiasa ada berhampiran ibu yang mana ibu boleh berbincang dan melihat kita yang sentiasa tinggal berdekatan dengan kita, kita berbangga jika dapat membantu menguruskan keperluan ibu, berkongsi bebanannya dan lebih penting menjaga solat, lakukan suruhan agama kerana apa saja pemberian kita tidak ada nilainya jika ibu dan bapa sudah meninggal dunia.. ibu hanya perlukan doa dan amalan baik kita untuk bekalannya di kemudian hari..... 

No comments:

Post a Comment