Friday, December 31, 2010

Ampunilah.. Kasihanilahh Tok Guru PAS.



Nik Aziz ternyata belum berjaya membawa pembangunan kepada perkembangan Islam sebagaimana negeri jirannya, beliau juga tidak dapat mengiklankan walau sebuah masjid yang moden dan lengkap yang boleh dibanggakan oleh orang Islam di Kelantan.. sebaliknya terpaksa menelan sindiran sebagai negeri Serambi Siam. Diawal kemenangan PAS di kelantan dapat dirasakan perubahan yang baru dan jelas dalam pentadbirannya, tiada satu pun kegiatan seni budaya yang melalaikan diluluskan sehinggalah memaksa penggiat seni membuat persembahan diluar Kelantan, akibat tekanan dari para pendikir akhirnya dikir barat dibenarkan tetapi tanpa penyanyi wanita, kerana itu muncullah nama baru penyanyi khunsa dan penyanyi kanak- kanak berlumba- lumba menunjukkan bakat di pentas dikir. Menora dan Puteri yang hanya dipersembahkan di balai seni turut dituntut untuk dimainkan oleh masyarakat Siam dan Cina, kerana itu ia diberi kelulusan semula olehpihak berkuasa negeri. Nasib kesenian yang lain dilihat semakin diberi nafas semula begitu juga Tomoi atau boksing yang tidak lagi perlu diadakan di wilayah sempadan negeri. Dalam mencanangkan suruhan Islam, Nik Aziz nampak konsisten dan bersungguh- sungguh dalam melaksanakannya setelah sekian lama bersengkang mata keliling negeri meniup semangat daulah Islamiah, berbagai sekatan dikenakan dalam organisasi milik kerajaan negeri juga PBT.. Ramai yang menaruh kepercayaan akan berlaku sesuatu yang bermula di Kelantan dan kesudahan yang baik akan berlaku antara PAS dan pusat dalam menguruskan negara. Malangnya selepas bergelumang dengan kuasa Nik Aziz semakin hari semakin riak, semakin berumur semakin luntur perjuangan asalnya. Dalam suasana PAS semakin galak menanggalkan jubah dan serban Nik Aziz tidak peduli lagi tentang dikir barat yang semakin lucah berjoget lelaki perempuan, juga penjualan CD ghairahnya yang merimaskan si isteri di rumah. Menora dan Puteri juga tetap tidak disekat untuk peminatnya galak bergelek begitu juga boksing yang diberi suntikan baru dengan penyertaan perempuan. Rakyat Kelantan yang semakin dapat menerima negeri tanpa hiburan dipaksakan semula untuk menjadikan artis yang mendapat pujian daripada Nik Aziz adalah juga ikon baru, persembahan muzik walau siapa saja yang ditolak ke pentas oleh PAS mestilah diterima sebagai hiburan Islam. Hari ini sesiapa sahaja yang sampai ke Kota Bharu tidak lagi merasa perbezaan yang lebih baik berbanding dengan negeri lain malahan pasaraya seperti Mydin dan Bilal yang kuat membodek kerajaan negeri pun tidak lagi mengasingkan kaunter lelaki dan wanita. Iklan lucu yang menutup aurat sudah semakin kurang dan diabaikan ia diganti pula dengan gambar Menteri besarnya yang tersenyum puas setelah berjaya menabur janji- janji kosong. Nik Aziz yang dianggap wali oleh ramai pengikutnya sejak lama semakin angkuh dan lupa diri, beberapa orang pengikut yang berjuang dan merancang bersama Nik Aziz membawa haluan masing- masing. Meletakkan kepentingan parti dan kemashyuran diri di tempat teratas menyebabkan Nik Aziz tidak memerlukan penasihat dalam hal- hal keagamaan, Nik Aziz tidak perlukan nasihat sesiapa dalam menentukan halal dan haram tindakannya.  Malahan tidak dibenarkan lagi bertanyakan tentang perundangan Islam. Nik Aziz boleh mengimbangi kelemahan dalam bidang ekonomi hanya menggunakan kelebihan ilmu mantik dan ayat- ayat Al Quran yang sekaligus membisukan kebanyakan rakyat yang tidak belajar ilmu agama sebagaimana beliau. Dengan berjaya menutup mata dan membisukan rakyat Nik Aziz telah cemerlang mengatasi pemimpin Al Alqam dan ketua kerajaan langit. Nik Aziz dengan sedikit putar belit dan meletakkan kesalahan kepada penasihat dungunya. Nik Aziz boleh mengambil tanah anak yatim, menipu pembelian tanah, mengutamakan kaum kerabat dan apa saja kerana Nik Aziz sudah berada dipuncak kuasa. Nik Aziz sedang menerima sumpah seranahnya sendiri, sudah dimakan sumpah yang mana beliau juga sering menggelarkan pemimpin UMNO sesuka hatinya.. Nik Aziz menikmati apa yang dikatakan Mahafiraun, kerajaan toghut, sahabat karib kafir, penyokong syaitan dan mungkin sebelum hembus nafas akan melumurkan najis ke badan diri dan isterinya sendiri.. Nauzubillah... 

Thursday, December 30, 2010

Hishamuddin Rais... Tenang ? Tiada dalam dirinya..

'Dari Jemapoh ke Manchester' adalah buah tangan Hishamuddin Rais yang sampai sekarang belum ditayangkan kepada umum, walaupun pernah bersua dengan beliau pada pratonton filem Melayu di Finas pada tahun-tahun 90an dulu tetapi tidak pernah pula menonton masterpiecenya itu. Mempunyai paras yang berjambang bertopi cendawan dan kelihatan kasar tetapi aktivis reformis Universiti Malaya era 70an ini sebenarnya kaya dengan senyuman sinis. Membaca tulisan beliau dalam wadah Keadilan dalam kolum 'Dari Brickfields' sedikit sebanyak dapat dikatakan bahawa lelaki berhati keras ini masih terperangkap dalam masa silam zaman kegemilangannya melaungkan falsafah dan perjuangan ala hippies bersama Anwar Ibrahim. Hishamuddin Rais juga masih belum menemui ketenangan dijiwanya dan kita dapat simpulkan orang seperti beliau tidak akan tenang sampai bila-bila kerana beliau sentiasa menempatkan dirinya di kelompok penentang walau dimana pun berada. Dalam usia sedang mencari identiti, Hishamuddin Rais menempuh zaman yang malang berbanding rakannya Anwar Ibrahim dan membawa diri ke Eropah untuk mengelakkan dikenakan tindakan oleh kerajaan Malaysia sekaligus membawa bersama fahaman hampir komunisnya. Beliau secara terang- terangan pernah memberi ucapan mencemuh pihak Istana dan keistimewaan yang dimiliki oleh Sultan dan Raja Melayu, Hishamuddin Rais sebolehnya ingin melihat Sultan menjadi sebagaimana Raja dan sultan di India yang mesti bekerja seperti rakyat biasa untuk hidup. Hishamuddin Rais memiliki ego yang besar dan tidak tunduk atau menghormati sesiapa pun tanpa sebab yang disenanginya walaupun orang tersebut dari Istana bahkan Dr Mahathir sendiri yang mengusahakan kepulangannya semula ke tanah air, Hishamuddin Rais belum dapat melupakan tindakan Dr Mahathir sewaktu jadi menteri dan kenakan ISA terhadapnya di zaman suara mahasiswa terlalu lantang tidak terkawal. Hishamuddin Rais tetap menjadi duri dalam daging walau kerajaan mana pun beliau berada kerana beliau berpendirian dan sentiasa berada dalam dunia dan pemikirannya sahaja.

Tuesday, December 28, 2010

Anwar Ibrahim punya Gelora Bung Karno.

Dalam waktu kebanyakan rakyat yang sebahagian besarnya menumpu perhatian kepada perlawanan akhir AFF Suzuki Cup di Jakarta, kita juga harus bertanya di manakah Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai seorang reformis dan pakar pembakar semangat berada pada malam penentuan sukan paling popular berlangsung. Umumnya sudah maklum bahawa semangat kebangsaan rakyat Indonesia memang luar biasa, dalam apa lapangan sekalipun sekirannya melibatkan Sang Saka Merah Putih sudah tentu rakyatnya cukup taksub sekalipun dalam lapangan yang tidak memerlukan kekerasan. Stadium Gelora Bung Karno bakal menyaksikan lautan merah putih akan menggegar stadium yang berusia 40 tahun itu. Pada perlawanan akhir pertama yang lalu kita dapat menyaksikan begitu ramai imigrasi dari seberang yang masuk ke Stadium nasional kita, keadaan ini tidak akan berlaku untuk rakyat Malaysia di Stadium nasional mereka.. Suatu budaya kekampungan yang masih berlaku di stadium adalah masih kelihatan bendera parti dan simbol kumpulan tertentu yang berkibar dan menimbulkan rasa tidak senang kepada yang tidak sealiran, segelintir penonton keliru itu dipercayai dari pantai timur semenanjung, ciri- ciri peminat seperti ini lebih ramai bilangannya di Republik itu nanti. Kita juga Gerun dan gawat bila membayangkan kekecohan pada hari penjualan tiket yang diserbu oleh 2 juta peminat sepak bola yang terlalu ghairah untuk melihat pelawat diganyang di stadium usang itu, tambahan pula lawan akhir adalah Malaysia yang sering dilihat tidak menghormati abang kandungnya dalam isu kedaulatan wilayah. Semangat kebangsaan di Indonesia adalah faktor yang paling utama dan membawa kejayaan dalam pembentukan negara kepulauan terbesar dunia itu. Berbangkit dari itulah tokoh politik tegar dan kontroversi Anwar Ibrahim sering merujuk dan mengadu akan masalah yang menimpa nasib dirinya. Mantan presiden Gus Dur terang- terangan memberi sokongan moral kepadanya pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, struktur parti PKR juga mengadaptasi struktur partai politik dari Indonesia iaitu dengan namakan cabang, ranting juga jawatan ketua umum malahan Anwar Ibrahim juga lebih senang berjumpa dengan Ahli Perwakilan / Permesyuaratan di Indonesia daripada menumpukan kepada persidangan Parlimen Malaysia. Kunjungan Anwar Ibrahim ke negara serumpun itu boleh dikatakan terlalu kerap dan punya agenda sendiri, seorang pemimpin rakyat seharusnya tidak menyemarakan perasaan anti tanah air sekalipun beliau terlalu ingin menjadi Perdana Menteri. Anwar juga harus ingat betapa hebatnya Bung Karno tetapi kerana terlalu taksub kepada api keberanian, lemas dalam puji- pujian pemimpin negara luar, mengabaikan pertimbangan dan nasihat rakan seperjuangan akhirnya ia diturunkan juga oleh Jeneral Suharto waktu itu.

Monday, April 5, 2010

"Penawar Duka Tentu Gembiraa.."



"Cik..cik..cik..Bung..Bung..Bung..Bung bunyi lagu.." Diawal gossip Bung dan zizie dulu kita dah cuba bayangkan perjalanan karier Bung sebagai Ahli Parlimen. Kita cuba memujuk hati bahawa Bung adalah seorang yang tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa pun, Bung punyai pendirian dan selalu berjaya dengan setiap apa yang ingin dihamburkan di Parlimen. Kita cuba memujuk hati agar Bung tidak mengikut jejak Azmi Khalid dan Afendi Norwawi yang kedua mereka mengucapkan selamat tinggal kepada perjuangan politik kerana dibuai oleh pasangan selebriti masing-masing.. Tulisan kita yang pertama dulu adalah kerana sayang dan masih memerlukan jenaka pedas dan lemak dari Kinabatangan.... Barangkali rakan politik beliau tidak lagi iri hati dengan isteri gebunya tetapi rakan politik yang pernah bersama mengorat si aktres itu dulu sudah meluat melihat gelagak beliau yang sedikit sebanyak telah mencemar imej ahli politik sebenar.. Bung gagal membawa imej Zizie Izzette sebagai isteri orang politik yang santun, walaupun mungkin budaya Sabah tidaklah terlalu konservatif dalam hal penampilan tetapi rakan- rakan politik tidak sanggup terus mempertahankan sesuatu yang boleh menjadi isu.. Dalam persimpangan antara sayangkan pemimpin atau sayangkan nama baik parti, kita percaya BN tidak akan kehilangan jika selepas ini Bung Mokhtar Radin tidak lagi mempertahankan kerusi Parlimennya dan berharap beliau akan menjadi pengurus artis sepenuh masa atau menjadi sebahagian komponen industri hiburan pula..

Friday, January 15, 2010

JANGAN KELIRUKAN KALIMAH SUCI.....


Selepas pertemuan dan makan malam yang terakhir bersama pengikut setianya nabi Isa a,s telah pergi dan tidak kembali lagi untuk berdakwah di Jerusalem. Bertitik tolak daripada Kesinambungan pengikut baginda yang amat kecil itu agama suci langit telah disebarkan di bumi Arab, muncullah kitab Injil yang pelbagai versi sebagai rujukan mereka yang mendakwa pengikut baginda. Sebagai seorang yang amat jahil tentang agama langit itu kita tidak teragak-agak meyakini bahawa pengikut agama kristian yang sebenar adalah seramai 12 orang sahaja dan ajaran selepas zaman sahabat nabi Isa itu semakin terpesong dan terus sesat sehinggalah 400 tahun kemudian muncul seorang nabi dan rasul dari keturunan Adnan dari kaum Arab Quraisy yang membenarkan ajaran kitab Zabur, Taurat dan Injil selagi kitab itu tidak dipinda, sebagai pelengkap agama samawi Al-Quran menjadi petujuk dengan tafsiran yang menepati setiap zaman hinggalah hari kiamat..
Bagi kita yang amat daif ini.. adalah cukup faham bahawa nama pencipta sekalian Alam ini sentiasa berbeza sebutannya bermula dengan yang diketahui sebagai Jehowah, Yahweh, Illah hinggalah Allah s.w.t. ianya merujuk kepada maksud yang sama. Pun begitu adalah malang jika kita tidak mampu menyoroti asal usul kalimah sang pencipta.. biarpun ada yang berani menyetujui penyembah agama langit tidak dihalang menggunakan nama Allah tetapi penegasan yang paling logik adalah adakah Yahudi dan Nasrani mengakui bahawa hanya Allah sebagai tuhan yang tunggal dan membenarkan setiap wahyunya di dalam Al Quran sebagaimana yakinnya orang Islam membenarkan kitab suci tulen agama mereka.., sanggupkah mereka turut menukar nama agama langit yang juga dipanggil dengan nama yang pelbagai sejak keturunan Adam dan Hawa bertebaran dimuka bumi sebagaimana nama tuhan dipanggil Yahudi dan Nasrani itu kepada Islam dan mengakui juga bahawa kitab suci Al-Quran itu datangnya daripada tuhan yang sama yang mereka sembah sebagaimana mereka ingin memiliki nama Allah yang dibawa oleh rasulullah s.a.w dan juga di maha agungkan di dalam Al-Quran..
Sekiranya agama samawi lain tidak mengakui kebenaran agama Islam janganlah kita dengan mudah menyerahkan akidah generasi akan datang dengan tipu daya bahawa Allah itu sama dengan Kristian dan agama samawi lain.. Tuntutan kristian cukup licik bilamana mereka hanya ingin menggunakan Allah sahaja tanpa S.W.T ..Bahaya dan kecelakaan akan menanti kerana Syaitan bersama mereka dan dakwah Islamiah akan menjadi sukar hanya dengan istilah yang sepatah itu.. Wallahhualambissawab..