Thursday, November 28, 2019

Tahlil rumah Cik Ma


Sebetulnya sejak kebelakangan saya lihat Cik Ma kerap upload telatah anak tunggalnya dalam media sosial, saya perasan dan dapat mengagak mungkin Cik Ma sedang menghadapi kesukaran atau sesuatu yang dia tidak mahu orang tahu, memang saya tidak tahu kerana saya jarang balik ke kampung, rupanya suaminya sakit yang membawa kepada kematian. Allah menjemput suaminya dahulu dan anak comel itu akan sentiasa menjadi ingatan kepada si ayah sampai bila bila. 

Duduk bersila di ruang tamu rumah ini mengingatkan saya waktu kanak - kanak dulu, rumah ini antara rumah orang yang disegani di dalam kampung kami, waktu itu saya selalu teruja bila sesekali bermain di tangga simen rumah ini bersama adiknya yang merupakan anak bongsu keluarga mereka. Adiknya mempunyai banyak permainan yang saya kira waktu itu permainan seperti kereta, askar serta patung watak hero adalah permainan yang kanak kanak seperti saya tidak mampu memiliki.

Keluarga besar Cik Ma juga sebenarnya mempunyai talian kekeluargaan sebelah bapa saya. Sejak dulu hubungan orang tua kami memang rapat,, apa apa perbincangan berkenaan dengan program di dalam kampung atau berkaitan dengan siasah, bapa kami akan sentiasa saling memberi sokongan.

Malam ini dalam hujan lebat, saya balik ke kampung dengan tujuan ingin bertahlil serta mewakili juga rakan rakan bagi menzahirkan simpati dan takziah. Semua orang merasai kehilangan dan suka ingin dinyatakan bahawa Cik Ma masih boleh berlapang dada dengan takdir tuhan, Cik Ma bertuah kerana sebelum kehilangan suami di depan mata, Cik Ma berkesempatan berbakti dan mendapat restu suami sebelum melepaskannya pergi, ada ramai isteri yang terus menderita hingga menganggu kehidupan harian disebabkan perpisahan dengan suami. Berpisah kerana kecurangan, bercerai kerana tidak mahu bermadu, ditinggalkan kerana suami dipenjara, sengsara dan sunyi bila suami berada jauh entah di mana atau makan hati kerana digantung tak bertali. Cik Ma boleh memulakan hidup dengan baik dan redho di depan hari., berbanding orang yang hidupnya mati dengan badan masih bernyawa.

Persandingan Abadi

Suatu yang saya yakin adalah ujian tuhan disediakan untuk hambanya yang mampu menanggung.. percayalah setiap kesedihan tidak akan selamanya suatu ketika ia akan berganti pula dengan kegembiraan.

Saturday, November 16, 2019

NOVEMBER RAIN .... datang lagi




November Rain oleh band Guns And Roses sebuah lagu yang dikatakan dicipta oleh Axl Roses sewaktu hubungan dengan kekasihnya terputus versi awal diiringi piano selepas itu diolah semula dengan memasukkan elemen gitar oleh Slash, dalam lagu ini digambarkan bagaimana perkahwinan tidak dapat diteruskan apabila dengan tiba - tiba pengantin perempuan jatuh sakit dan meninggal dunia ia berlaku pada hari hujan di bulan november.

Bulan november lazimnya bulan yang menerima banyak hujan.. bulan ini adalah persediaan untuk masuk ke bulan disember yang biasanya akan berlaku banjir di pantai timur seperti catatan blog di.bukit hanyut dalam kenangan Kebiasaan bulan november akan ada peluh dan air mata tumpah melihat kediaman basah dimasuki air kerana tempias dan bumbung bocor, bila november datang akan bermula kerja mencuci parit agar air akan lancar tidak melencong ke tempat kita, tapi sudah difahami ramai walau parit diselenggara air tetap melimpah dan masuk juga.. bulan ini akan menjadi bulan basah kuyup, bertukang dan menampal bumbung yang bocor sudah semesti.. pakaian menjadi lembab, bahagian dapur licin dan basah selalu kena mop dan pakai selipar jepun, begitu juga berbasahan ke tempat kerja dengan motosikal sudah menjadi kebiasaan,

Waktu lagu November Rain dimainkan tidak semena mena hujan turun dengan lebat berserta angin kuat.. rasa bergegar rumah, saya memohon kepada tuhan agar pokok kelapa yang tinggi di sekeliling The Cottage tetap teguh dan jika hendak menyembah bumi hendaknya ke arah lain, pasrah kepada tuhan agar tiada kejadian buruk menimpa, risau juga kerana ia hanya kediaman kecil yang tidak kuat, rumah yang dulunya menjadi tempat tinggal.. kini ibulah yang menjaga bersama adik bongsu, agar tuhan melindungi The Cottage dan penghuninya..  melihat di jendela rasa ingin berlari ke sana.. setelah hujan berhenti... terkejut melihat stor kereta di belakang rumah bumbungnya diterbangkan angin, adakah tuhan mendengar kegusaran ini lalu di sini pula  angin yang kuat dialihkan.. november engkau datang lagii.

Saturday, September 28, 2019

Kemangkatan Sultan.. Kelantan tetap unik

DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Al-Sultan Yahya Petra telah mangkat pada jam 8.11 pagi di Wad Diraja Hospital raja Perempuan Zainab II Kota Bharu. Jenazah Al-Marhum dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan kali terakhir, Istiadat Pemakaman dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan
Etika Berpakaian
-Baju Melayu Putih
-Bersampin Putih
-Songkok Hitam beralas kain putih diatas
-Baju Kurung Putih (Perempuan)

Kelantan memang sudah dikenali dengan keunikan rakyat dan budaya yang agak berbeza daripada lain- lain negeri di Tanah Melayu, keunikan ini bukan sahaja oleh rakyat biasa berbilang kaum malahan hingga ke lingkungan Istana.

Sultan Kelantan tidak pernah memenuhi tempoh jawatan YDP Agong, Sultan Yahya Petra mangkat sewaktu menjadi YDP Agong manakala Sultan Muhammad V pula tidak mempunyai permaisuri sewaktu menjadi YDP Agong dan baginda juga yang memecah tradisi serta sejarah negara bila meletak jawatan sewaktu Kerajaan Persekutuan masih sinis kepada pembangkang dengan ucapan baginda sewaktu merasmi mesyuarat parlimen dengan bertitah "... sila duduk dan jangan lari.."

Rakyat kelantan juga beranggapan bahawa mereka mempunyai 2 Sultan iaitu Sultan Ismail Petra dan Sultan Muhammad V gambar baginda berdua diletakkan di pejabat- pejabat kerajaan di negeri kelantan,

Hari ini Kelantan kehilangan seorang daripada Sultan yang cool serta tidak banyak karenah kepada rakyat sepanjang baginda bertakhta. Tindak tanduk baginda tidak mengheret emosi rakyat dan rakyat tidak pernah merasa resah. Hari kemangkatan Sultan Ismail Petra rakyat Kelantan merasa taraf mereka tidak berbeza dengan golongan bangsawan, pintu Istana Balai Besar dibuka kepada semua, etika berpakaian juga tidak berbeza antara rakyat biasa dan kerabat.. baju melayu putih, sampin putih, baju kurung putih dan yang paling ketara berbeza daripada negeri- negeri lain adalah songkok tidak dililit kain putih tetapi dipuncak / lelangit songkok diletak kain putih. 

Tembakan 72 das meriam mengiringi perjalanan jenazah ke Makam Diraja Langgar yang dibawa dengan kenderaan khas yang dinamakan Pedati Peterana Sebagai negeri yang satu satunya serambi mekah yang Islam masih diamal dengan subur (negeri yang pernah digelar serambi mekah di nusantara ialah Aceh, Pattani dan Kelantan). Istana kelantan tidak menyimpan jenazah untuk waktu yang lama, tidak sampai 24 jam jenazah sudah selamat dimakamkan mengikut kehendak agama, tidak bertangguh dan menunggu lagi. Cuti peristiwa selama 2 hari diberikan kepada rakyat yang bekerja di Kelantan 

Wednesday, July 17, 2019

Institusi Raja Malaysia tiada kuasa.. ?

Sistem pemerintahan beraja adalah bentuk pemerintahan paling awal di dunia, sistem inilah yang menjadikan dunia lebih teratur jika dibandingkan dengan sistem yang cuba diperkenalkan oleh manusia terkemudian yang mana, para pemikir dan pencipta pengurusan mula memesongkan pusat pentadbiran daripada diuruskan dari Istana ke pejabat pejabat pemerintahan baru serta berhasrat mengambil alih pengurusan dan hasil negara dengan memperkenalkan cara pentadbiran baru seperti Republik, Negara Satu Parti, Junta Tentera, Teokrasi juga Negara Peralihan Sistem.

Sistem Republik menggunakan istilah Presiden sebagai ketua negara, dan Presiden itu pula terbahagi kepada dua iaitu Presiden penuh dan Presiden separuh. Negara yang mengamalkan pemerintahan Presiden penuh adalah ; Afghanistan, Amerika Syarikat, Argentina, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Benin, Bolivia, Bostwana, Brazil, Burkina Faso, Burundi, Cameroon, Chad, Chile, Colombia, Comoros, Costa Rica, Cote d'Ivore, Cyprus, Djibouti, Ecuador, El Salvador, Filipina, Gabon, Gambia, Georgia, Ghana, Guatemala, Guinea, Guinea Khatulistiwa, Guinea Bissau, haiti, Honduras, Indonesia, kazakstan, Kenya, Kepulauan Marshall, kiribati, Korea Selatan, Kryrgyzstan, Liberia, Madagaskar, Malawi, Maldives, Mali, Mexico, Mozambique, Namibia, Nauru, Nicaragua, Nigeria, Palau, Panama, Paraguay, Micronesia, Peru, Republik Afrika Tengah, Republik Congo, Republik Demokratik Congo, Republik Dominica, Rwanda, Senegal, Seychelles, Sierra Leone, Sudan, Suriname, Tajikistan, Tanzania, Togo, Turkmenistan, Uganda, Uruguay, Uzbekistan, Venezuela, Zambia dan Zimbabwe. Amerika Syarikat yang digeruni dan maju kini lebih cenderung menjadi negara dikuasai oleh mereka yang berkuasa dan berwang yang mana diberi jolokan sebagai negara Oligarki.

Negara Republik yang mengamalkan pemerintahan Presiden separuh iaitu berkongsi dengan Perdana Menteri yang mengetuai badan perundangan adalah Afrika Selatan, Algeria, angola, Bosnia dan Herzegovina, Guyana, Lubnan, Mauritania, Mesir, Moldova, Mongolia, Montenegro, Palestin, Perancis, Pakistan, Romania, Rusia, san marino, Sao tome dan Principe, Sri Lanka, taiwan, Tanjung Verde, Ukraine, Sahara Barat dan Yaman.

Negara Republik juga ada yang menggunakan Sistem Berparlimen seperti Albania, Austria, Bangladesh, Bulgaria, Crotia, Dominika, Estonia, Ethiopia, Fiji, Finland, Hungary, Iceland, India, Iraq, Ireland, Iceland, Israel, Itali, Jerman, Latvia, Lithuania, Malta, Mauritius, nepal, Poland, Portugal, Republik bekas negara Yugoslav Macedonia, Republik Czech, Serbia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Switzerland, Timor Leste, Trinidad and Tobago, Tunisia, Vanuatu dan Yunan.

Kerajaan Komenwel pula menjadikan Ratu Elizabeth 11 sebagai ketua negara yang mana negara- negara selain United Kingdom menerima Gabenor Jeneral dan negara- negara di bawah naungannya diketuai Perdana Menteri untuk menerajui badan Eksekutif dan Perundangan, Persekutuan Tanah Melayu pernah ditawarkan menjadi sebahagian daripada sistem ini tetapi digagalkan oleh rakyatnya yang diterajui oleh parti UMNO, negara- negara ini adalah, Antigua dan Barbuda, australia, bahamas, Barbados, Beliza, Grenada, Jamaica, Kanada, New Zealand, Papua new Guinea, sant Kitts and Nevis, Saint Lucia, saint Vincent and Grenadines, solomon, Tuvalu dan United Kingdom.

Hanya ada 2 negara di dunia ini yang menggunakan sistem Teokrasi iaitu negara yang dipimpin berdasarkan hiraki agama atau agama yang dominen iaitu Iran dan Vatican City

Negara satu parti pula menggunakan hanya satu parti untuk memerintah negara, ketua negara adalah mengikut hiraki sesebuah parti, negara ini kebanyakannya adalah negara sosialis dan komunis walaupun dengan nama parti demokratik negara yang dimaksudkan ialah; Republik Rakyat China, cuba, Eritrea, korea Utara, Laos, Syria, Turkmenistan dan Vietnam.

Negara Junta Tentera pula ialah Libya dan Myanmar manakala negara yang sedang membuat peralihan sistem ialah somalia, Sudan dan Iraq.

Hanya beberapa negara yang masih mengekalkan pemerintahan beraja mutlak iaitu, Arab Saudi, brunei, UAE, Vatican, Oman, Qatar, Swaziland dan Tonga.

Negara yang Perdana Menteri mempunyai kuasa eksekutif tetapi raja masih mempunyai kuasa politik yang kukuh dapat pula campur tangan dalam pentadbiran bergantung kepada kebijaksanaanya, negara berkenaan adalah, Bahrain, Jordan, Kuwait, Liechtenstein, Maghribi dan Monaco

Sedarkah kita terutamanya orang Melayu dan penduduk asal bahawa negara kita sebenarnya dikuasai oleh Perdana Menteri sepenuhnya, raja hanyalah sebagai ketua negara yang hanya melaksanakan kuasa mereka yang dibenarkan oleh rakyat atau wakil mereka. Negara- negara yang berada pada kedudukan bersama Malaysia ini adalah, Andorra, Belgium, Belanda, Bhutan, Denmark, Jepun, Lesotho, Luxembourg, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan Thailand.

Sedar atau tidak lambat laun kedudukan Institusi Raja ini boleh terhakis pada bila-bila masa sekiranya Perdana Menteri atau wakil rakyat mahukanya, raja - raja di Malaysia boleh menerima nasib seperti raja- raja di Indonesia yang masih wujud tetapi tiada kemampuan dari segi ekonomi dan terpaksa hidup membiayai perbelanjaan sendiri. Inilah sentimen yang sedang dimainkan oleh penyokong dan parti politik yang tidak mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu seperti DAP, mereka mempertikaikan perbelanjaan dan elaun kepada Istana, manakala rakyat yang tidak mempunyai pertimbangan rasional menurut sahaja agenda mereka.

DAP adalah sebagaimana gerakan kumpulan gopoh dan rakus di tanah besar China yang menguasai rakyat dengan dakyah komunis dan akhirnya membuang maharaja terakhir mereka Pu Yi dengan hina, setelah berabad lamanya dinasti -dinasti maharaja membina tamadun dan kemashyuran kepada bangsa cina, bangsa cina tidak akan berada di kemuncak dunia jika bukan dengan jasa dan kebijaksanaan maharaja serta sistem yang disebarkan dari Istana Larangan, mereka tidak mempertahankan apa yang ada tetapi menjadi rakus membuat sistem baru untuk berkuasa serta menubuhkan parti untuk menjayakan agenda merampas pemerintahan. Jika kita melawat China apa yang tinggal adalah mengimbau kegemilangan China zaman silam, mungkin ada yang terdetik jahatnya perangai sebahagian besar orang cina yang menolak dan menghapuskan kekuatan budaya, kebijaksanaan, toleransi serta dinasti milik mereka yang paling bernilai. 

Kaum India yang datang ke Tanah Melayu atau masih berada di Benua Keling mungkin sehingga ke hari ini masih terpukau dengan kegemilangan yang tidak dapat ditandingi hingga kini. Pergilah ke India dan lihatlah monumen dan Istana tinggalan raja raja dahulu kala, selain Istana, masjid, tempat- tempat awam yang cantik dan mashyur, India hari ini tidak ada lebih baik daripada zaman kerajaan berajanya seperti Kerajaan Delhi dan Maurya. Sistem republik yang diamalkan hanyalah menukar presiden beberapa tahun sekali tetapi kebajikan rakyat, kemiskinan serta sosial rakyat tidak lebih baik sebagaimana yang diamalkan oleh Raja dan Thakur, hal hal yang tidak baik daripada raja zaman silam bukanlah ukuran yang baik berbanding bagaimana sikap serta tanggungjawab pemerintah yang dipilih hari ini.

Campurtangan bangsa asinglah yang banyak menyumbang kepada keruntuhan keluarga pemerintah dari Istana, kuasa asing ini hendak menguasai negara yang dijaga oleh bangsa mereka sendiri. Bagaimana maharaja Korea diruntuhkan oleh Jepun untuk menguasai negara Korea tetapi maharaja Jepun masih kekal hingga kini, bagaimana sebahagian besar raja dunia dilucutkan oleh British hanya dengan tujuan menguasai hasil sesuatu negara tetapi kenapa mereka mengekalkan raja mereka sehingga ke hari ini.. Tidak kah itu menggambarkan sistem beraja itu adalah baik, perlu dikekal dan ditambah baik tanpa hilangkan apa yang baik pada sistem beraja. 

Negara Teokrasi seperti Iran seakan kekal dalam sejarah sebagai sebuah bekas empayar Persia yang dulunya amat maju, tetapi kini jauh ketinggalan dalam pembangunan. Persia yang wujud sezaman dengan Rom diruntuhkan oleh orang orang beragama dan bercita cita menguasai negara. Apa yang tinggal dan masih cantik adalah cuma bangunan dan struktur dari zaman dinasti Takhta Merak. Itulah apa yang dikatakan meruntuh hanya sekelip mata tetapi membina adalah memakan masa. 

Kita boleh melihat juga bagaimana keadaan buruk dan tidak lebih baik selepas Tsar dari Russia digulingkan, politik bergolak dan akhirnya empayar runtuh juga. bagaimana trajik dan zalimnya perampas- perampas negara yang baru memberi layanan kepada pemerintah mereka.

Keburukan peribadi atau salah guna kuasa raja bukanlah alasan untuk satu bangsa menghapuskan raja dan peranan raja. Kebijaksanaan dan peranan penasihat, menteri menteri dan rakyat akan mengimbangi apa yang tidak baik daripada Institusi Istana.

Setelah diambil penilaian maka ciri- ciri baik sistem beraja perlu dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia kerana ciri- ciri ini tidak dapat dipelajari walaupun di Institut Pengajian Tinggi iaitu;

* Raja berkemungkinan lebih baik dari Presiden yang dipilih kerana beliau dilatih sejak kecil untuk  memimpin.
* Perbelanjaan mengekalkan sistem raja mungkin lebih murah dari Republik yang terpaksa berbelanja besar untuk pilihanraya presiden, rumah, pencen dan perkara lain bagi presiden dan bekas presiden
* Persaingan dan kritik selalunya ditujukan keatas presiden kerana beliau adalah pegawai yang dilantik. Ini mungkin boleh memalukan negara.
* Presiden adalah anggota parti politik yang mungkin bersikap bias sedangkan raja tidak mewakili mana- mana parti politik dan bersikap neutral.
* Presiden harus bertindak mengikut posisi parti dan penyokongnya tetapi raja lebih bebas.
* Raja lebih baik untuk dijadikan simbol nasional berbanding presiden.
* Dalam sebuah republik pertukaran sebuah kerajaan menyebabkan suasana tidak menentu. sistem raja pula lebih stabil dan melambangkan kesinambungan pemerintahan. Contohnya kekacauan dan peperangan saudara di Perancis, Jerman, Rusia dan China apabila mereka menghapuskan sistem beraja.

Oleh itu rakyat Malaysia khasnya orang Melayu dan Peribumi tidak boleh terlalu mengharapkan sokongan bangsa lain untuk melindungi sistem beraja di negara kita. Sekiranya orang Melayu sekali lagi menguasai pentadbiran negara, ubahlah kedudukan raja- raja Melayu agar ianya terus terpelihara dan terjamin. Pindalah perlembagaan dengan meletakkan raja- raja bukan seperti kedudukan sekarang.

Sunday, June 2, 2019

Budaya GOLD GLORY GOSPEL orang Kelantan

Baru baru ini heboh diperkatakan tentang trend baru balik beraya menggunakan helikopter. Syarikat pengendali kenderaan udara berkenaan memberi gambaran dan laporan bahawa penduduk pantai timur khasnya Kelantan adalah penyewa / pengguna terbanyak untuk perkhidmata mereka. Dengan tambang sehingga RM16,000.00 sejam atau RM30,000.00 sekali penghantaran yang mengambil masa 3 jam ke Kota Bharu, pengguna masih mampu dan sanggup.

Dulu.. Helifax Mofaz Air Bukit Lanjan, Damansara, sewa helikopter untuk ke Terengganu. 

Siapa pengguna ini..? inilah yang perlu diberi perhatian dan mengubah persepsi sebenar yang selama ini sering diberi gambaran yang tidak adil. Pengguna helikopter tersebut adalah orang Melayu Islam yang menyewa utuk balik berhari raya di kampung halaman, mereka adalah komuniti berjaya dalam pelbagai bidang dan ruang ekonomi dalam dan luar negara. Cakap- cakap berbaur politik selama ini sering memberi gambaran sukar dan menyedihkan kepada rakyat Kelantan sememangnya perlu ditolak, kemiskinan ada di mana- mana selagi ada manusia, daripada Kota New York yang terbesar hingga ke Kota Makkah yang suci kemiskinan tetap berlaku kerana itu adalah lumrah, kunjungilah Kelantan dan lihatlah sendiri rumah- rumah besar, kereta- kereta mewah, perniagaan dimiliki orang Melayu, barang- barang kemas yang dipakai oleh wanita Kelantan, pegawai- pegawai tinggi Kerajaan pusat hinggakan orang- orang cina di Melayukan hanya terserlah di Kelantan.

Dalam kajian akademik, orang- orang Kelantan diakui sebagai genetik Melayu asal yang tertua berbanding lain- lain genetik Melayu di Malaysia, mereka jugalah berada di tempat pertama dalam kategori wanita cantik di Malaysia dan sebagai seorang lelaki saya juga percaya jika dibuat perbandingan orang- orang lelakinya juga akan muncul sebagai juara lelaki paling kacak di negara ini. Itu gambaran umum fizikal orang- orang Melayu Kelantan yang mungkin dicemburui

Sebelum kejatuhan khalifah umat Islam di Turki atau lebih sesuainya selepas kekalahan orang- orang kristian dalam perang salib terakhir. orang- orang Eropah barat tertekan, mereka sangat kecewa, mengelakkan pertembungan dengan orang Islam dan mencari dunia baru, mereka membawa slogan GOLD, GLORY, GOSPEL dalam setiap misi penjelajahan mereka. Orang -orang Kelantan juga memiliki semangat 3G tersebut yang meletakkan mereka sebagaimana hari ini. 

GOLD / Kekayaan
Orang- orang Kelantan sangat peka dan cepat dalam usaha mencari wang, mereka pantas merebut peluang hingga dikatakan bercawat kote dan adakalanya kelihatan rakus atau kerlong dalam dialek Kelantan. Orang Kelantan boleh ditemui di mana sahaja cabang perniagaan atau ekonomi, dari gerai kecil hingga ke restoran mewah, dari projek kecil mencuci longkang hingga projek mega pecakar langit akan ditemui senarai usahawan asal Kelantan. Pernah saya terbaca satu kenyataan bahawa ekonomi negara yang tertumpu di Ibu negara sememangnya dikuasai oleh orang Cina tetapi baki kek ekonomi yang dikuasai bumiputera itu 70% adalah dimiliki oleh orang orang Melayu dari Kelantan atau setidaknya berkaitan dengan orang Kelantan, walaupun merasakan kenyataan ini berlebih lebihan tetapi ke mana saja saya pergi dalam atau luar negara, saya masih boleh menggunakan dialek Kelantan terutama di restoran atau kedai kedai yang membawa lambang Malaysia Melayu Islam.  

GLORY / Kemasyhuran
Gilo bersohor atau memburu glamer kata orang muda. Walaupun perkataan gilo bersohor tidak disukai atau membuatkan orang yang digelar demikian tidak bersetuju dan marah tetapi dalam diri kebanyakan orang itulah antara matlamat yang dicari termasuk oleh orang yang menuturkan gilo bersohor itu sendiri. Bagi orang Kelantan kemashyuran itu sendiri menjadi gandingan sangat diperlukan untuk mencapai kejayaan dan kekayaan, oleh itu sesuatu perkara selalu dilakukan secara bedo'oh yang kadangkala membawa kepada keburukan. Lihatlah bagaimana kesan positif dalam penjualan jenama oleh usahawan atau tokoh dari Kelantan. Mereka dilihat fokus dan jitu dalam promosi jenama, tokoh tokoh akademik serta pemimpin politik lantang dalam hujahan mereka serta berani begitu juga rakyat bawahan berani, tidak malu menonjolkan diri yang kadangkalanya membuatkan masyarakat naik angin, orang Kelantan sukar untuk berada di posisi tengah atau sederhana, mereka akan membuat pilihan sama ada menjadi sangat baik atau terlebih nakal.. itulah sebabnya orang Kelantan juga tidak tercicir dalam aktiviti lorong gelap atau jenayah berat.

GOSPEL / Keagamaan
Inilah asas atau kekuatan utama orang- orang Kelantan, kerana unsur keagaman ini jugalah yang memberi jolokan sebagai serambi Mekah, dari kecil boleh dikatakan setiap orang anak- anak orang Melayu akan dihantar ke kelas mengaji Al-Quran, dan dikelas mengaji di surau dan madrasah ini anak- anak melayu dididik secara tradisional. walaupun budaya ini juga terdapat di negeri- negeri lain tetapi asuhan dan penyerahan ibu bapa kepada Tok Guru mengaji untuk mendidik anak anak mereka adalah begitu tinggi, penghormatan kepada ajaran dan individu bernama Tok Guru itu mengatasi Ibu Bapa. Anak- anak yang diajar ini mengenal dosa pahala dan baik buruk sejak kecil, bila dewasa mereka mungkin menjadi sejahat- jahat manusia tetapi bila bertembung dengan kehendak agama mereka sukar untuk membantah. Inilah juga yang memberi kejayaan kepada parti politik dan pemimpin yang membawa imej agama di Kelantan, orang Kelantan akan dahulukan apa yang dilihat lebih beragama, lebih berakhlak. Orang Kelantan tidak menolak sepenuhnya parti politik yang tidak dahulukan apa yang difahami kehendak agama dengan syarat tokoh politik mewakili parti perlu kerja keras dan menonjolkan kelebihan diri lebih daripada imej parti yang diwakilinnya, kerana itulah tokoh UMNO masih mempunyai tempat di Kelantan sekiranya mereka benar- benar berkualiti dan memahami budaya beragama di Kelantan. Orang- orang Kelantan menjadi mubaligh ke seluruh negara hingga jemaah mereka boleh ditemui di mana- mana, di Malaysia Timur malahan ke seluruh dunia, Ramai orang Kelantan tahu Syed Hussin Jamadil Kubra yang berpangkalan di Pasir Mas menjadi punca penyebaran agama Islam di Brunei ia juga bertanggungjawab mengirim wali Songo berdakwah di Jawa, sebagai orang yang fakir saya juga ada sedikit ingatan mengikuti usaha dakwah orang- orang Kelantan. Waktu masih bujang, ranggi dan rockers saya juga berpengalaman berpuasa seorang diri di bulan Ramadhan, solat waktu tidak berteman sewaktu di bidang hiburan dan penyiaran, saya tidak pasti adakah ini berlaku secara berkebetulan kerana saya orang Kelantan, pun begitu saya tidak lupa kepada beberapa orang yang selalu saya sebutkan iaitu aktor Eman Manan dari Terengganu yang meninggalkan set jika azan berkumandang serta arwah pelakon M. Rajoli asal Pasir Tumboh Kelantan yang pandai menyesuaikan kehendak agama dalam bidangnya. 

3G tersebut adalah sebahagian daripada faktor- faktor yang memberi kejayaan dalam hidup di dunia dan InsyaAllah juga di akhirat, faktor Agama, ekonomi, politik dan sosial orang- orang Melayu Kelantan itulah yang memberi keupayaan dan talaki majoriti komuniti Melayu Kelantan.

Sunday, January 13, 2019

'Macron out': Tens of thousands of 'yellow vest' protestors march in France


TENS OF THOUSANDS of anti-government demonstrators marched in cities across France today in a new round of ‘yellow vest’ protests against President Emmanuel Macron, who is accused of ignoring the plight of millions of people struggling to make ends meet.
Officials have vowed zero tolerance for the violence that has marred the weekly protests since they began two months ago, deploying some 80,000 security forces nationwide.
In Paris, epicentre of the fiery street clashes and vandalism that have made global headlines, 5,000 riot police were on hand, using tall barricades and armoured vehicles to lock down the central Place de la Concorde and surrounding districts.
Hundreds of officers were also on guard on the Champs-Elysees, where banks, jewellery shops and other shops had boarded up windows in anticipation of renewed looting and violence.
Yet many cafés and retailers on the iconic avenue remained open for business, with workers washing the windows on the first weekend of post-holiday sales.
Businesses have taken a heavy hit since the protests began in November, losing out on millions of euros in Christmas revenue as shoppers steered clear of the protests.
After easing slightly over the holidays, the protests were expected to intensify today, surpassing the estimated 50,000 who turned out for last weekend’s demos, wearing their emblematic high-visibility safety vests.
‘We’ll make ourselves heard’ 
At around 11am (10am Irish time), thousands of protesters gathered near the Gare de Lyon train station to march towards the Arc de Triomphe — which had been covered in graffiti and ransacked during daylong clashes with police in November.
“We’ve come to Paris to make ourselves heard, and we wanted to see for ourselves at least once what’s going on here,” Patrick (37), who had travelled from the Savoie region of western France, said. 
Another 1,000 or so protesters gathered in Chantilly, a well-heeled horse-racing town just north of Paris, where they marched through the centre before descending on the hippodrome where they delayed the start of a race, local media said.
macronA man carries a sign saying 'Macron get out' during a demonstration in Bourges today.Source: Sebadelha Julie/ABACA/ABACA/PA Images
Some 1,200 protesters began gathering in the central city of Bourges, where some yellow-vest organisers were hoping to those from areas far from Paris.
Local prosecutor Joel Garrigue said five people had been detained after police discovered a cache of ball bearings during a search of their car.
The protests also spilt over the border into eastern Belgium late yesterday, where one of around 25 protesters manning a blockade died after being hit by a truck, Belgian media reported.
Mutual mistrust 
Officials have warned they expect this weekend’s protests to be bigger and more violent than last week when demonstrators rammed a forklift truck through the main doors of a government ministry in Paris.
Video footage of a former boxer bashing two police officers as they retreated across a bridge over the Seine river was denounced by officials who said the protesters had gone too far.
“Those who are calling to demonstrate tomorrow know there will be violence, and therefore they are in part responsible,” Interior Minister Christophe Castaner said in a Facebook interview with Brut, a digital news site favoured by many yellow vests, yesterday. 
But many yellow vests pointed to images of a police officer repeatedly striking an unarmed man on the ground during a protest last week in Toulon, accusing the police of excessive use of force.
The movement, which began as protests over high fuel taxes, has snowballed into a wholesale rejection of Macron and his policies, which are seen as favouring the wealthy at the expense of rural and small-town France.
Politicians inspire ‘distrust, disgust’ 
Macron has called for a national debate starting next week to hear voters’ grievances, hoping to sate demands for more of a say in national law-making and tamp down the protesters’ anger.
He has already unveiled a €10 billion financial relief package for low earners, and axed the planned fuel tax hike.
But the public consultations risk being hobbled by record levels of distrust towards politicians and representatives of the state.
A poll by the Cevipof political sciences institute released yesterday showed 77% of respondents thought politicians inspired “distrust”, “disgust” or “boredom”.
And Macron may not have done himself any favours yesterday, when he told a gathering at the Elysee Palace that “too many of our citizens think they can get something without making the necessary effort”. 
© AFP 2019