Wednesday, December 17, 2014

Hujan lebat 17 Disember

Hujan lebat pagi 17 Disember 2015 ini tidak diduga akan memberi perkhabaran suka dan duka dalam perjalanan hidup, kegembiraan dan kelegaan adalah bila berjumpa dan masih mampu bercerita dengan rakan dari Kementerian Pertahanan, rakan ini baru selesai menjalani pembedahan kecil di tengah dadanya, pada mulanya kerisauan bersarang kerana mengikut amalan dan kebiasaan tradisi apa yang dialami oleh rakan ATM ini boleh membawa maut jika salah rawatan. Alhamdulillah atas nasihat rakan dan kata perangsang akhirnya pagi ini kami bertemu lagi dan berkongsi sedikit cerita tentang pertahanan negara yang mana kata kunci dari perbualan kami adalah pertahanan negara tidak perlu diragui walaupun kita tidak boleh menyaingi kuasa besar dan selalu menjadi mangsa konflik dunia tetapi mana mana negara sangat mengagumi dan ingin mencontohi Malaysia dalam kecekapan sumber manusia atau keupayaan anggota. Melalui pengalaman langsungnya juga ia menggambarkan kita setiap masa mendahului Filipina dalam apa jua aspek ketenteraan cuma negara terpaksa memperlahankan tahap agresif di timur Sabah kerana adanya tentera US di sana.

Hujan lebat pagi ini juga membawa berita duka bila saya dan rakan- rakan dikejutkan dengan berita kematian rakan kami sejak darjah satu, rakan ini yang sentiasa riang dan bersemangat dalam menentukan hala tujunya akhirnya dipanggil mengadap Allah swt lebih dahulu, pemergian kepada kekasihnya diyakini sewaktu sedang tidur, tiada sakit yang serius cuma deman biasa yang tidak disangka akan meragut nyawa. Rakan ini sewaktu disekolah cukup saya ingati.. tanpa pengetahuan sesiapa saya tahu kami berdua mempunyai banyak pengalaman bersama, kami pernah berkongsi minat yang sama suatu ketika dulu iaitu penggemar WWF yang mana rakan ini selalu membuat penampilan dan gaya watak digemari berserta tali pinggang kejuaraan, sebenarnya pada suatu waktu kami sentiasa bertemu diwaktu malam dan berborak- borak diperkarangan rumahnya pada waktu malam tanpa pengetahuan sesiapa, dan beberapa kisah yang saya kira menjadi rahsia kami dan rakan itu berjaya membawa kisah kami ke hujung nyawanya. Sewaktu berada di sisi mayat arwah saya sangat terkesan dengan pemergiannya, saya juga melihat wajah bersih dan tenangnya saya juga dengan ikhlas dan redha memberi kucupan didahi sebagai salam perpisahan, jasadnya yang dingin akan hilang tapi saya yakin kami akan menjadi rakan semula seperti waktu yang dulu apabila saya juga tetap akan menyusul mengadap Ilahi.

Monday, November 3, 2014

Foto Pilihan : Joko Widodo

Cukuplah hanya gambar berbicara, Foto Joko Widodo atau Jokowi bersama keluarga benar benar melambangkan masyarakat Indonesia yang rajin, tabah, bersemangat... Kesederhanaan dan penampilan masyarakat kelas biasa telah meletakkan beliau mewakili seluruh rakyat.. 

Wednesday, October 29, 2014

MH370.... mencari biji sawi dipadang rumput.

Tragedi MH370 masih lagi misteri, kita percaya ia akan terus jadi misteri dan tanda tanya walaupun ia akhirnya akan dijumpai juga... dalam pada itu kita lihatlah betapa sukarnya mencari suatu benda yang besar pada pandangan mata kasar manusia yang berada di daratan yang serba mudah, tapi bayangkan betapa kecil dan sulitnya mencari dilautan yang bagaikan mencari biji sawi di padang bola sebuah stadium yang rumputnya panjang... renungkan dan bayangkan bila alam menunjukkan kekuasaanya..


Kedalaman lokasi pencarian pun hampir mustahil untuk kita dongak, sedangkan setiap bangunan yang paling rendah pun kita menggigil bila pandang ke bawah.. bayangkan berapa lama dan sayupnya masa yang diambil oleh pesawat yang terhempas di permukaan untuk sampai ke dasar lautan hindi.


Ombaknya sahaja mengingatkan tingginya menjulang, hanya mereka yang biasa dilautan sahaja yang tahu bagaimana seorang perenang yang hebat pun akan tewas digulung ombak. Hayati dan bayangkan sekiranya anda salah seorang yang berada di dalam pesawat MH370, atau setidaknya anda salah seorang krew yang mencari..... adakah ia suatu kerja yang mudah ?


                                      

Thursday, August 21, 2014

GHOST HUNTER ... dan pengalaman jadi berani

Menonton rancangan 'ghost hunter' menjadikan kita sedar bahawa ada manusia yang cuba masuk ke alam ghaib dengan menggunakan peralatan elektronik dan cuba berkomunikasi dengan entiti yang berlainan daripada manusia biasa. Walaupun betapa kreatif dan bersungguhnya mereka dengan sifat berani yang amat tinggi termasuk ahli wanita, ghost hunter cuba membuktikan kewujudan makhluk halus atau roh di sesuatu kawasan yang di anggap keras atau berhantu tetapi sebagai orang Islam kita difahamkan bahawa memang ada makhluk lain yang mendiami bumi ini yang digolongkan dalam kaum Jin dan syaitan yang jumlahnya jauh lebih banyak daripada manusia dan sekirannya manusia dapat melihat kewujudan mereka sudah tentu kita mendapati tidak ada ruang yang tidak didiami oleh mereka sama ada di daratan atau lautan. Tetapi kewujudan roh orang yang meninggal dunia seperti yang ingin diterjemahkan oleh 'ghost hunter' sebenarnya tidak wujud, hanya Jin dan syaitanlah yang memperdayakan mereka.
Dari pengalaman saya dan keluarga menyakinkan saya bahawa entiti ghaib ini adalah wujud dan adakalanya mereka cuba memasuki alam manusia dan menakut- nakutkan anak cucu nabi Adam as. Sejak kecil saya sentiasa mendengar cerita arwah datuk yang selalu terserempak dengan hantu yang tinggi menjulang, berupa haiwan buas dan pelbagai penyamaran untuk menggetarkan arwah datuk yang juga guru mengajar Al-Quran di kampung kami. Selain kelebihan menghafal surah yasin arwah datuk juga diketahui mempunyai kepandaian yang lain pernah berlaku orang yang hendak mencuri di rumah datuk akan berenang renang di halaman rumah sampai ke pagi dengan mengatakan mereka berada ditengah air yang banyak, pernah sewaktu musim banjir seorang mati lemas dan mayatnya tidak dijumpai dan arwah datuk membaca sesuatu hingga mayat itu seolah datang ke tangan datuk yang mengocak- ngocak air tepi sungai tempat dia selalu ambil wuduk, sebenarnya banyak cerita kepandaian arwah datuk, dan satu amalanya yang selalu saya dengar bila tidur di rumahnya sebelum subuh arwah datuk sudah bangun mengaji dan berwirid salah satu adalah dengan asma al husna 'Ya Latif". Pernah saya tidur di bangunan Tabika lama tepi rumah datuk seorang diri dan pada malamnya saya melihat perempuan cantik yang amat tinggi berpakaian merah jambu melambai ke arah saya dari tepi bukit yang sewaktu dulu kawasan itu selalu dipanah petir berkali- kali.
Sewaktu kecil, tidur saya sering didatangi dengan gelembung- gelembung buih yang memenuhi bilik tidur, perkara ini terus berada dalam ingatan dan apabila dewasa saya menceritakan semua ini kepada kakak rupa- rupanya dia juga mengalami benda yang sama waktu kecil dulu. Rumah kami yang berjauhan daripada rumah penduduk kampung menjadikan sesiapa sahaja tidak suka tinggal di situ, dengan menggunakan sumber air sungai disebabkan keadaan tanah yang masam kelat membuatkan kami hidup dalam sedikit kepayahan, sebelum ke sekolah dalam waktu subuh kami mandi sungai, setiap seorang membawa baldi untuk mengangkut air ke rumah, merentas belukar dan lalang menjadi kebiasaan kepada kami. Ibu pernah bertempik bila suatu malam suatu lembaga menyeringai dari celah sisip angin waktu itu saya dan ayah tiada di rumah kerana ke tempat tahlil orang baru meninggal. Suatu malam yang lain ibu dikejutkan dengan kepulangan ayah dari tempat kerja, ibu membuka pintu bila mendengar enjin motosikal setelah dipanggil ayah kata tunggu sekejap hendak ambil daging, dan ketika itu juga terbau daging bakar sedangkan ayah tiada dan akhirnya bunyi motosikal berlalu ke dalam hutan. adik termuntah dan demam.
Sewaktu saya dan kakak masih kanak- kanak ayah dan ibu sering balik lewat kerana menjual pakaian 'direct selling Top Point' sebagai kerja sampingan. Saya dan kakak menjaga adik- adik bila maghrib saya dan kakak selalu mengintai sepasang ular berwarna kuning yang masuk ke lubang dekat busut dibelakang rumah, waktu siang kakak pernah berjumpa saudara kami dalam keadaan berlumuran darah dimukanya apabila ditanya dia hanya mengilai dan hilang begitu saja. Begitulah kehidupan kami sehingga kami berpindah rumah ke rumah pusaka datuk di mana kami tinggal sekarang kerana di desak dengan kejadian pelik yang sering berlaku, kakak sudah bekerja dan adik- adik dengan hal mereka. Walaupun semua ahli keluarga sudah berpindah saya yang baru saja masuk tingkatan enam mengambil keputusan terus tinggal di rumah lama. Saya tinggal seorang diri, saya sudah menjadi sangat berani, hampir setiap maghrib saya tidak hiraukan ada limau nipis yang dilempar kepada saya yang entah dari mana hinggakan saya jadi terlalu berani walaupun diganggu ketika solat. Saya masih ingat betapa jelasnya sebatang jari menjulur dari celah lantai untuk mengambil kopiah yang saya terjatuh masa solat asar..
Segala pengalaman itu sebenarnya telah mendidik saya untuk tidak takut kepada kegelapan dan usikan makhluk halus, pengalaman masuk ke hutan seorang diri dan menjumpai perkampungan yang pelik. Dan saya juga sudah anggap perkara biasa terpaksa berlawan dengan lembaga hitam di rumah sewa bekas seorang bomoh kerana saya mahu terus sedar bahawa kita manusia adalah sebaik- baik makhluk, hanya ketakutan kepada diri kitalah sebenarnya yang menghalang kita untuk rasa berani..

Saturday, August 16, 2014

Sambutan Hari Raya PPD Bachok

Sambutan hari raya yang dianjurkan oleh PPD Bachok pada hari ini boleh dikatakan paling berjaya dan paling meriah, apa yang dimaklumkan semua sekolah terlibat dan menyertai pameran gerai yang mana selain memperlihatkan kreativiti sekolah dalam menghias gerai mereka, peserta juga menyediakan juadah sehabis enak dan secantik pameran. Guru- guru wanita berpakaian raya paling glamor sementara guru lelaki lengkap berpakaian melayu tidak kira sama ada berlainan bangsa. Disamping bergembira dan bertemu sesama warga guru dalam Daerah Bachok, Tabung untuk mangsa perang Gaza juga dilancarkan. Antara yang memberi ucapan adalah Pegawai PPD Bachok Tn Hj Faizul, Timbalan Pengarah Pelajaran Hj Aziz dan kemuncak kepada acara adalah perasmian dan lawatan ke gerai bersama Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bachok Dato' Dr Ilias Hussin.

Program ini berjaya dan alangkah baiknya ia menjadi acara tahunan dengan menjemput juga pihak luar untuk bersama berkongsi apa yang dihasilkan dan mungkin juga boleh dipanjangkan sebagai kalendar untuk pelancong luar melihat segala juadah dan kreativiti dihari lebaran, barangkali kita terfikir juga segala juadah enak dan persembahan yang cantik itu tidak dapat dikongsi oleh orang lain.. mungkin kerana masing- masing sudah taksub kepada gerai sendiri akhirnya apa yang dipersembahkan akan pulang ke rumah masing- masing... dan ia berjayalah sebagai pameran Hari Raya Eidul Fitri 2014 sesama peserta sahaja.

Saturday, August 2, 2014

Di Kampung ini...

Lama juga tidak menjenguk kawan lama, kawan yang dulunya kita berkongsi cerita. kita bermalam dan makan minum dirumahnya. Masih teringat rumah kecil tepi bukit dekat rumpun buluh. Depan rumahnya ada pokok mangga, durian dan manggis. Walaupun hampir dengan pekan tetapi kerana letaknya rumah kawan ini sedikit jauh daripada kejiranan, sesiapa yang datang pasti akan rasa seperti berada jauh di pedalaman dan masa seakan terhenti, kembali ke belakang ke tahun- tahun 80an, ketika itu masih banyak rumah yang menggunakan perigi untuk kegunaan harian.. buang air ? kena kreatif dan carilah belukar dan tunggul kayu jauh di belakang rumahnya. 
Seronok dan segar melihat kawan mandi... Walaupun rasa ketinggalan tetapi kesegaran dan alam semulajadi dan perigi tanpa klorin membuatkan kita teringin... apalagi kita pun turut mandi dan menimba air yang jernih dan sejuk sampai ke tulang... woww inilah nikmat yang masih ada di kampung.



Di desa kasihku tertumpah... DJ Dave

Tuesday, July 8, 2014

Tunggu Sekejap... Teh Perasa Apple- Cinnamon



Alhamdulillah sudah malam ke sembilan mengharungi bulan Ramadhan..  seperti biasa bersendirian di 'The Cottage' dalam cahaya malap lampu, berazam malam ini akan cuba merayu dan meminta lagi kepada tuhan, sementara menunggu waktu yang baik. Menonton saluran Bintang 'Indo Pek' berkenaan puasa dan permasalahannya, biarpun rancangan 'Bukan Empat Mata' ini adalah rancangan hiburan tetapi kita tertarik dengan pendekatan dan cara oleh penerbit, dalam hiburan ada hiba dan pengajaran. Kita menyambung semula kisah MELODI KASIH ALLY untuk melodi atau rangkap berikutnya.. Kadang- kadang rasa malas dan putus asa untuk mengetip dashboard, rasa bersendirian dan untuk apa meneruskan kisah ini yang barangkali hanya kita sahaja yang membacanya. Kalau mengingatkan itu mahu sahaja kita tamatkan kisah ini dan biarkan ia berterbangan tanpa dihiraukan di media maya.

Kita kembali menginsafi bahawa tulisan ini bukanlah untuk tujuan komersial atau ditujukan kepada sesiapa tetapi cukuplah untuk kepuasan diri disamping merakam apa sahaja yang masih ada dalam ingatan. Secara jujurnya tulisan itu sudah bertahun diusahakan tetapi dengan penceritaan yang sangat lambat dan pendek- pendek. Pertamanya kita bukanlah penulis sepenuh masa tetapi hanya berusaha untuk terus menulis agar pengakhirannya menjadi jelas. Kita tidak merakam daripada mana- mana tulisan, carilah di mana ada kesamaan dengan kisah Ally..Sebahagian besar kisahnya adalah benar- benar berlaku.... dan ianya akan mengiringi hidup kita,  sementara itu dihirup dulu Teh perasa Apple- Cinnamon tanpa gula.. ya, kita tidak pernah masukkan gula dalam minuman.

Saturday, May 17, 2014

3 pendekatan memberi undi kepada umno di Kelantan

Memperkatakan tentang Dato Seri Mustapha Mohamad, En Zawawi Othman dan Datuk Awang Adek Hussin tentunya banyak tanggapan dan tafsiran mengikut apa yang difahami dan diketahui oleh orang yang berada dekat dan berhubung terus dengan kegiatan harian dengan tiga orang tokoh tersebut. Apa yang menariknya mereka menerajui anak buah di Bahagian UMNO masing- masing dengan cara tersendiri.

Di Jeli, dengan masyarakatnya yang masih bersemangat untuk kemajuan dan merebut peluang ekonomi menjadikan kebanyakan pengundi masih setia kepada Dato Seri Mustapha biarpun pada suatu ketika beliau pernah tewas dan merasai kemenangan di Dun Air Lanas dengan majoriti yang sangat tipis, tidak setanding dengan nama besar dan kebolehan yang dimiliki. Sekiranya individu lain yang berada di tempat Dato Seri Mustapha di Jeli, ia tentulah akan mengikut jejak apa yang berlaku di Kuala Krai yang mana kekalahan lebih terjamin di pihak BN. Dato Seri Mustapa dengan gerak kerja dari dinihari hingga jauh malam menemui rakyat, disamping keterampilan yang mampu menjadi rakyat biasa dan kekampungan apabila berada di kampong dan ceruk daerah, Dato Seri Mustapha juga akan menjadi pintar dan disegani apabila berurusan dengan kerajaan luar dan masyarakat korporat inilah kekuatan teras beliau di mata pengundi dan rakyat. Sebagai seorang Menteri dan mewakili Parlimen yang memihak kepada kerajaan pusat, masalah kewangan dan pembiayaan untuk kempen piihanraya tidak menjadi isu di Jeli, Hasilnya Parlimen dan semua DUN di Jeli mampu dipertahankan oleh BN/UMNO.

Manakala Pasir Puteh yang pada awalnya tidak mendapat perhatian dan tidak memberi keyakinan yang baik akhirnya mengejutkan rakan dan lawan. En Zawawi yang tidak berstatus Datuk bukanlah seorang usahawan atau tokoh korporat berjaya, beliau hanya seorang bekas guru biasa yang mungkin sentiasa merasa terpinggir dan kecil bila berada di barisan ketua- ketua UMNO Bahagian yang lain. Kekuatan En Zawawi boleh dikatakan dari keazaman beliau sendiri, umum mengetahui betapa sukar menguruskan UMNO Bahagian Pasir Puteh yang dikelilingi oleh tokoh tokoh hebat yang kadangkala menenggelamkan En Zawawi sendiri. Pendekatan keras dan provokasi yang diamalkan oleh En Zawawi bersama orang kuatnya biarpun tanpa kewangan yang cukup membuatkan beliau menjadi kreatif dalam menarik sokongan rakyat. En Zawawi dan Pasir Puteh boleh tersenyum apabila PRU13 memberi jawapan kepada kerja kerasnya apabila beliau menang di Dun Semerak bersama Dun Selising dan berjaya menjadi YB sekaligus mengukuhkan kedudukan dan menafikan skeptikal rakan dan lawan di Pasir Puteh.

Sekiranya bukan Jeli, Bachoklah yang menjadi Bahagian UMNO yang paling aktif dan meriah dalam tahun- tahun kempen pilihanraya, Bachok bukan sahaja menumpang tuah dengan peruntukan kepada Timbalan Menteri tetapi ia juga sentiasa dirujuk sebagai Parlimen harapan dan kawasan bakal Menteri, seluruh tumpuan dan kewangan mengalir tanpa had ke Bachok, hampir tidak ada rakyat yang tidak merasai kesan sentuhan yang di bawa oleh Datuk Awang Adek, pembawaan gaya kepimpinan moden bergaya dengan harapan kemodenan untuk Bachok rupanya tidak menepati kehendak rakyat Bachok sendiri, pelbagai projek dan penyaluran kewangan kurang berhemah menjadi antara sebab mengapa perpecahan antara orang UMNO sendiri berlaku, ruang untuk merasa limpahan penyaluran kewangan dari kerajaan pusat dan manfaat kepada parti tersasar. Akhirnya 0-4 menjadi milik UMNO Bachok.

Kini Parlimen Jeli masih boleh tersenyum bila mereka boleh meneruskan agenda apabila masih ada Menteri ditempat mereka bersama Adun yang boleh mengambil kira sedikit sebanyak peluang dari kerajaan negeri dan Pengerusi UMNO / BN negeri.
Pasir Puteh pula bolehlah dikatakan menang dalam pahit, ini kerana mereka tiada wakil Parlimen untuk menjadi saluran peruntukan kerajaan BN dan Adun mereka adalah pembangkang dalam negeri yang tentunya tidak mendapat kelebihan dari kerajaan negeri. Dan Bachok adalah paling malang kerana mereka hanya melihat peruntukan kerajaan negeri yang hanya memenuhi kehendak penyokong PAS sahaja, orang UMNO / BN berputih mata tambahan pula ketua UMNO Bachok berada jauh di Washington sementara Timbalan Ketua yang memangku tugas berhadapan dengan kekangan kewangan dan kata putus yang sukar.



Friday, February 14, 2014

Trade- In Kereta...

Ramai juga rakan- rakan tanyakan macam mana nak trade-in kereta lama mereka. maksudnya nak tolak kereta lama untuk dapatkan kereta baru. Ohh.. ikut cara orang berniagalah ni, macam tauke- tauke, sekejap tukar sekejap tukar kereta tapi hakikatnya sambung- sambung hutang. Tapi adalah kebaikannya, kereta baru jimat tenaga, kurang selenggara dan yang penting tetap bergaya. Untuk itu saya cadangkan agar lihat dan kunjungi blog ini ..Trade In Kereta diharap ia akan memberi idea dan jawapan kepada rakan- rakan.