Friday, June 29, 2012

Obamacare penentu pemilihan presiden U.S.

Sebagaimana berjayanya presiden Obama memaksimumkan kemudahan rangkaian sosial facebook dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat yang lalu. satu pendekatan menyeluruh dan terbaru digerakkan oleh Obama dan kerajaannya adalah mengenai kesihatan yang merangkumi semua rakyat Amerika Syarikat. kempen yang diberi nama http://www.thanksobamacare.org/ meliputi beberapa slogan dan peranan penting dan sekiranya ia ingin disamakan dengan Malaysia bolehlah ia seperti kempen 1Malaysia yang kini sudah berakar dan merebak ke seluruh negara. Sebagaimana yakinnya Presiden Obama untuk meneruskan penggal kedua sebagai individu paling berpengaruh di dunia, YAB Dato Seri Najib Tun Razak juga dilihat mempunyai kecekapan dan kesungguhan yang tidak kurang hebat dan seiring dengan kehendak semasa. sebagaimana laporan yang sedang popular di A.S kini iaitu...
The Association of American Physicians and Surgeons (AAPS) pointed out that there are no redeeming provisions of Obama's health care plan.[3] AAPS observes that Obama's health care plan will significantly increase the overall cost of health care for a majority of United States citizens, plus reduce the quality of care that a free market system would otherwise provide.[4]
ObamaCare was passed by Congress on March 21, 2010, and signed into federal law by President Barack Obama on March 23. This law furthers the process of socializing the United States health care system begun with Medicare.[5][6] The centerpiece of ObamaCare is the individual mandate, a provision that makes it mandatory for every citizen to purchase private health insurance, which is unprecedented in American history. Through legislative mandates, ObamaCare requires private citizens to purchase health insurance, involuntarily fund abortions, and pay for sex offenders to use Viagra under the threat of legal sanctions if they do not. The new law imposes penalties that will increase to 2.5% of one's income if he fails to purchase government-approved health insurance.
On June 28, 2012, the Supreme Court voted 5–4 that, while Obamacare exceeded Congress’s authority under the commerce clause, the law was a permissible tax under the Constitution. [7]. The constitutionality of Obamacare was originally challenged under the theory that it exceeded the limitations of the commerce clause; more than 20 federal lawsuits have been filed against ObamaCare since President Barack Obama signed it into law.[8][9] In total, 27 states have started or joined in a lawsuit against Obamacare.[10] A federal judge ruled on 13 December 2010 that a central component of ObamaCare, the requirement that most Americans carry insurance or pay a penalty, violates the Constitution. U.S. District Judge Henry E. Hudson is quoted as saying the law "exceeds the constitutional boundaries of congressional power."[11] Then on 31 January 2011 federal judge Roger Vinson ruled that as a result of the unconstitutionality of the "individual mandate" that requires people to buy insurance, the entire law must be declared void.[12][13] The U.S. district judge declared ObamaCare unconstitutional because it violates the Commerce Clause. In a footnote attached to the ruling, federal judge Roger Vinson cited Barack Obama's position in 2008 from an interview with CNN, when Obama stated that, "If a mandate was the solution, we can try that to solve homelessness by mandating everybody to buy a house."[14]
http://www.conservapedia.com/ObamaCare 


Sunday, June 17, 2012

With Niagara Falls tightrope walk Nik Wallenda steps into history

Daredevil Nik Wallenda became the first person to walk across Niagara Falls on a high wire.
Tens of thousands of people gathered at the falls Friday night and millions more were believed to be watching on television as Wallenda crossed some 200 feet in the air on a two-inch-wide wire strung over the raging waters of Horseshoe Falls, the largest of the three falls that make up Niagara Falls.
Wallenda trotted in his final steps across the wire and stepped into Canada, barely 25 minutes after he started.nik-wallenda-fulfills/story
Air terjun Niagara (Bahasa InggerisNiagara FallsBahasa Perancisles Chutes du Niagara) ialah satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah OntarioKanada dan negeri New YorkAmerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.
Air terjun Niagara sebenarnya terdiri tiga buah air terjun. Dua buah bahagian utama yang dipisahkan oleh Goat Island ialah Air terjun Horseshoe, yang terletak di bahagian sebelah Kanada, dan Air terjun Amerika, yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat. Satu lagi air terjun yang lebih kecil pula ialah Air terjun Bridal Veil yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat dan dipisahkan daripada air-air terjun utama oleh Luna Island. Sistem air terjun ini terbentuk apabila glasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin (zaman air batu terakhir) dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.[1] 
Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan hidroelektrik. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an. http://ms.wikipedia.org/wiki/Air_Terjun_Niagara

Monday, June 11, 2012

Hari Guru 2012 meneruskan tradisi UMNO dan Guru

Setelah kita membaca dan dihujani pelbagai kata- kata beremosi rentetan sambutan Hari Guru peringkat negeri Kelantan 2011 yang lalu, pada 10 jun 2012 Hari Guru peringkat negeri diadakan pula di SM Bukit Bunga, Jeli. Seperti tahun yang sudah, tahun ini juga masih dengan tema merah iaitu warna sinonim dengan perjuangan parti UMNO. Guru dan UMNO tidak dapat dipisahkan sejak dari awal penubuhan UMNO lagi, gurulah pendokongnya. kalau dulu kekuatan UMNO boleh diukur dengan sokongan guru- guru Melayu, lemah sokongan guru maka lemahlah UMNO.. Tetapi dalam zaman ini guru sudah tidak lagi boleh menjadi tanda aras kepada kekuatan BN.. guru tidak ada masalah untuk menjadi ahli UMNO dan bersama dengan pemimpin UMNO tetapi harus diingat guru tidak semestinya akan undi BN pada pilihanraya itulah yang sebenar berlaku dikalangan warga guru dewasa ini. 
Sambutan Hari Guru yang dirasmikan oleh pemimpin seperti Dato' Sri Mustapa Mohamed sebahagian besarnya lebih diterima oleh warga pendidik biarpun dikalangan guru yang mengundi PR, mereka sepakat dalam diam mengakui ketokohan dan akademik Pengerusi Perhubungan UMNO itu yang paling layak berucap dan merasmikan hari guru dan beliaulah yang paling sesuai berada di pentas walaupun jika dibandingkan dengan MB Kelantan sendiri.. Dato Sri Pa tidak banyak menimbulkan bantahan walaupun beliau dipihak Kerajaan BN.
Kalau dah nama Hari Guru jenama BN dan UMNO akan turut bersama daripada perasmi, penerima anugerah dan pihak terlibat mesti status UMNO diutamakan. Pada tahun ini salah seorang tokoh guru diberikan kepada seorang pesara guru yang memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian. Kita tak payah membandingkan sumbangan atau peranannya kepada pelajar maupun perkembangan pelajaran di negeri Kelantan, kita tidak boleh bermimpi untuk mendapat anugerah itu sekiranya kita memisahkan diri daripada UMNO tidak sekadar menjadi ahli dan aktif tetapi mestilah berjawatan yang tinggi dalam organisasi orang Melayu dan Bumiputera itu.
Pada tahun ini spekulasi pengganti Pengarah Pelajaran negeri sudah beransur reda dan semua pihak sudah bersedia sekiranya Timbalan Pengarah sekarang akan mengisi tempat bosnya nanti pun begitu sudah ada suara yang dulunya mempertahankan Hj Zahari Daud, tetapi kini akan bersedia untuk menerima calon yang lain yang difikir lebih baik. inilah yang kita inginkan. Kita bersedia menerima sesiapa sahaja sebagai Pengarah tetapi jika bukan Timbalan sekarang kita ingin pastikan Pengarah nanti adalah orang yang terbaik dalam Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan kita tidak mahu menerima orang yang terbaik dalam UMNO tetapi memalukan warga Guru, Kita ingin sayangkan UMNO bukan kerana UMNO itu memihak kepada guru tetapi kerana guru itu tidak menggunakan nama UMNO untuk kepentingan guru..

Monday, June 4, 2012

10 Tanah tinggi yang menarik di Malaysia.

1. Bukit Larut / Maxwell Hill 
Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di Taiping Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell berdekatan dengan Taman Tasik Taiping ia dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Perjalanan dengan Land rover ke puncak bukit adalah salah satu daya tarikan di sini. Kerana faktor Bukit Larut sebagai kawasan paling lembab di Malaysia, pengunjung akan meredah hujan hampir setiap hari pada sebelah petang. Sebelum jalan tar dibina pada 1948, British menggunakan kuda padi (Pony Back) dan kerusi pengusung untuk ke puncak bukit. Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang sampai ke Bukit larut akan menyamakan tempat ini sebagai Switzerland pada musim bunga.

2. Bario & Ba'Kelalan
Bario bermaksud 'angin dalam bahasa Kelabit, ketinggian 1150 meter dari aras laut, bario mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya di tempat tinggi berhampiran Gunung Murud iaitu gunung tertinggi di Sarawak. Suhu yang sejuk sekitar 16c- 25c yang ada kala sampai 11c mensyaratkan pengunjung menyediakan selimut tebal di waktu malam. Produk yang sangat terkenal adalah garam bukit dan padinya yang yang paling berkualiti di Malaysia dan bebas dari bahan kimia hanya terdapat disini.

Manakala Ba'Kelalan yang berdekatan dengan Bario pula tidak harus dilupakan, ia adalah satu penempatan kaum Lun Bawang ia menjadi terkenal kerana hasil buahan citrus dan epal dari ladang milik Pak Tagal dan juga aktiviti kebudayaan yang sentiasa menunggu pelancong.


3. Cameron Highlands
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cammeron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan. Keistimewaan tempat peranginan ini adalah ladang teh yang terbentang, buah- buahan, sayur sayuran dan bunga bungaan yang bermutu dan di hantar keseluruh semenanjung dan antarabangsa. Kampung Taman Setia pula adalah penempatan Melayu yang pertama terletak antara Tanah Rata dan Brincang, ia menawarkan 'homestay' untuk para pengunjung.

4. Kundansang
Pekan kecil yang terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang. Kundasang merupakan pusat membeli belah dan tanaman sayur- sayuran yang sangat terkenal. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu dan Cina namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay bagi memberi keselesaan kepada pelancong.

5. Bukit Bendera / Penang Hill
Berada pada ketinggian 830m di atas George Town, puncak Bukit Bendera mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan. Ia lima darjah celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh melihat pemandangan yang menakjubkan ke seluruh pulau hingga ke tanah utama di Seberang Prai. Ia mempunyai taman, pondok gaya lama, restoran dan penginapan. Terdapat juga kuil Hindu dan masjid di atasnya. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin di Bukit Bendera amat sesuai bagi penanaman strawberi.

6. Tenom
Walaupun lokasinya tidak berada di tempat yang tinggi tetapi ia masih di kawasan pedalaman yang bergunung- ganang. Satu daerah yang dulunya popular dengan stesen keretapi terakhir dari Kota Kinabalu, Tenom adalah sebuah tempat yang banyak menyediakan tempat lawatan terutamanya Pertanian dan teknologi penanaman. Tempat yang mempunyai cerita kepahlawanan Antanom ini lebih menonjol dengan kebudayaan dan cara hidup masyarakat Murut. 

7. Bukit Fraser / Fraser Hill
Terletak di negeri Pahang dalam daerah Raub, Bukit Fraser mendapat nama dari pengembara British iaitu Louis James Frase. Ia merupakan kawasan pelancongan menarik terutama senibina dan kajian serangga serta burung. Suhunya 17c- 24c dan berketinggian 1280m dari aras laut.

8. Gunung Mas
Terletak di Tambunan, Sabah, Gunung Mas adalah sebuah tempat persinggahan ulang alik dari Pedalaman ke Kota Kinabalu, walaupun ia hanya sebuah perhentian tetapi ia boleh membuatkan kopi panas menjadi sejuk dan pengunjung rasa ingin berehat lama disitu. Tempat kecil ini juga ada menyediakan kabin dan penginapan untuk pengunjung berehat sebelum meneruskan perjalanan.



9. Banding
Kumpulan Syarikat Emkay menyatakan Pulau Banding akan dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan utama dunia dan selaras dengan dasar Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) .
Pulau Banding dibangunkan sebagai pintu masuk ke Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, merangkumi kawasan Taman Negeri Royal Belum, Hutan Simpan Belum dan Hutan Simpan Temenggor. Tempoh pembangunan antara 10 ke 15 tahun dengan kos RM600 juta . Antara yang akan dibina ialah chalet, jeti bot, pusat maklumat, restoran dan pusat penyelidikan dalam projek pembangunan tiga fasa. Banding Island Resort bertaraf enam bintang dibina dengan kos RM54 juta. 120 buah bilik siap pada 2010.

10. Gunung Ledang
Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276m, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.Gunung Ledang tidak ada nilai yang istimewa sekiranya tidak dikaitkan dengan Puteri Gunung Ledang, legenda dan mitosnyalah yang menggamit pelawat terutama yang menggemari alam semulajadi dan kegiatan spiritual. Bermalam di hutan gunung Ledang menjadi satu daripada kemahuan orang yang sampai ke sini. Air terjun dan resortnya pula melengkapkan pakej untuk pelawat memilih gunung Ledang sebagai lokasi percutian.