Friday, September 30, 2011

Anwar terbunuh di Yaman.


The US-born radical Islamist cleric and suspected al-Qaeda leader Anwar al-Awlaki has been killed in Yemen, the country’s defence ministry reported. US administration officials confirmed the reports, according to US media.
Awlaki, of Yemeni descent, has been on the run in Yemen since December 2007. The US had named him a “specially designated global terrorist” for his alleged role in a number of attacks and US President Barack Obama is said to have personally ordered his killing.
The defence ministry statement said only that he died “along with some of his companions”. It gave no further details of his death.
http://www.outsidethebeltway.com/anwar-al-awlaki-killed-in-yemen/

Anwar Al Awlaki yang juga menjadi sebutan akan menggantikan kepimpinan Al Qaeda bersama Ayman Al Zawahiri selepas kematian Osama Laden di Abbotabad, Pakistan beberapa bulan lalu telah dikatakan terbunuh dalam serangan udara di wilayah Marib,  Yaman bersama beberapa orang pengikutnya yang lain. Beliau yang dilahirkan di New Mexico dibesarkan di Yaman tetapi berpindah semula ke Colorado untuk mendapat pendidikan hingga memperolehi master. Sewaktu di Amerika Anwar kerap memberi khutbah di masjid- masjid sekitar Colorado tetapi ia tidak dianggap konservatif oleh pihak berkuasa sehinggalah peristiwa 11 september telah membongkar peranannya dalam operasi menentang Amerika dan dibuktikan dengan kegagalannya meletupkan pesawat Trans Atlantik pada tahun 2009. Kematian Anwar Al Awlaki pada pagi jumaat 30 september di nyatakan oleh pejabat tentera Yaman melalui faksnya kepada wartawan.

Baling, Shah Alam dan Bachok.. Pejabat Pelajaran mana lebih hebat.

Tiga kisah tentang institusi pendidikan yang boleh dibuat renungan yang berlaku baru- baru ini.
Kisah Pertama adalah tentang lima orang murid dari sebuah sekolah di Baling, Kedah yang di tegah dari menduduki peperiksaan UPSR semata- mata untuk menjaga reputasi sekolah. Lima murid tersebut dimaklumkan supaya tidak menghadiri peperiksaan. Ini adalah cerita berkenaan strategi guru dan pihak sekolah untuk menjaga nama dan melonjakkan prestasi yang mungkin akan memberi peluang imbuhan pula apabila berjaya mencatat peratusan kelulusan yang tinggi. Strategi ini sebenarnya sudah lama berlaku dan ia hanya bertujuan untuk kepentingan pihak sekolah sahaja tanpa memikirkan cara itu juga akan menjadi sejarah hitam yang berpanjangan untuk murid yang terlibat. Strategi seperti mengamalkan taktik helah guru, mengelirukan pengawas peperiksaan dan mengajar cara menipu dalam peperiksaan sememangnya menjadi senjata akhir seseorang guru demi menjaga nama baik mereka. Kita tidak terperanjat jika itu dilakukan setelah berbagai cara dan usaha mengajar telah dipraktikkan tetapi kita tidak rela jika cara kotor digunakan setelah guru mengabaikan pengajaran dan didikan yang sepatutnya diberikan kepada murid- murid.
Kisah Kedua adalah berkenaan kekecohan yang berlaku di SMK Sri Muda, Shah Alam Selangor. Kes ini membuatkan kita terfikir adakah pihak sekolah telah gagal mendidik pelajarnya atau ia sememangnya mempunyai murid yang kurang ajar dan hilang perasaan menghormati disiplin sekolah. Berpunca daripada operasi memotong rambut pihak sekolah terpaksa mendapatkan bantuan polis bagi menahan pelajarnya yang lari ke luar kawasan sekolah. Selain memboloskan diri melalui ruang udara dalam tandas pelajar lelaki berambut panjang juga memaki dan membuat ugutan kepada guru. Namun akhirnya guru dan polis dapat mengawal huru hara di sekolah tersebut. Mungkin pihak sekolah dapat berbuat sesuatu agar perkara sebegini tidak berulang kerana ia seolah mengembalikan semula zaman di mana guru disiplin sentiasa membawa rotan, berwatak bengis dan berbahasa kasar untuk berdepan dengan pelajarnya.
Kisah ketiga pula adalah kecelaruan  identiti Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Bachok, Kelantan. Selain perlantikannya ke jawatan nombor 1 di PPD menjadi percakapan kurang elok dikalangan kakitangan sekolah dalam daerah tersebut, pegawai pelajaran itu seakan sudah membuat aku janji yang dia akan menukar hala tuju PPD menjadi seperti pejabat setiausaha Ketua UMNO Bahagian sekiranya mendapat jawatan yang dipohon. Tidak mengapalah jika dia mempraktikkan slogan 'parti menguasai kerajaan' tetapi sebenarnya tindakan pegawai tersebut semakin hari sudah menjadi seperti tikus membaiki labu yang mana tindak tanduk PPD bukan sahaja membuatkan warga pendidik marahkan UMNO tetapi juga dia sendiri dilihat lebih berpengaruh daripada J/kuasa UMNO Bahagian sendiri. Khabar terbaru yang dikaitkan dengan pegawai tersebut adalah program anjuran PPD membawa rakyat melawat ke Langkawi, yang tak sedap didengar adalah peranannya menjerumuskan ahli rombongan untuk menyokong seorang lagi tokoh pesaing dalam pencalonan pilihanraya. Sebelum terlambat eloklah pegawai PPD itu menghentikan peranan agresifnya dalam parti kerana ada yang tak kena dengan peranannya, kita tidak mahu dia menjadi alat pemecah belah kesepaduan dalam UMNO tetapi juga dengan jelas sudah mengabaikan tugas sebenarnya di PPD.

Friday, September 23, 2011

Full Transcript: Interview With President Mahmoud Ahmadinejad of Iran

STEPHANOPOULOS: Mr. President, thank you for joining us again.  I want to begin with a topic that– many Americans are interested, of course the Americans, Josh Fattal and Shane Bauer.  Last week you raised a lot of hopes here in the United States saying they would be released in a couple of days as a humanitarian gesture.  Many expected them to come back here with you.  Yet they’re still imprisoned in Iran.  Why? http://abcnews.go.com/blogs/politics/2011/09/full-transcript-interview-with-president-mahmoud-ahmadinejad-of-iran/


Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad adalah antara pemimpin yang masih lantang membawa suara protes di persidangan dunia. Selepas Saddam Hussein dan Muammar Gaddafi disingkirkan masyarakat dunia hanya mempunyai beberapa orang sahaja pemimpin yang masih lantang dan berani bersuara antaranya adalah Hugo Chavez dari Venezuela dan sesekali dikejutkan dengan kedegilan Kim Jong ill dari Korea Utara. Keberanian Mahmoud secara terang terangan menghentam kuasa barat yang rakus menguasai negara lemah sentiasa ditunggu oleh para wartawan tetapi ahli sidang khasnya Amerika Syarikat dan Eropah sentiasa tidak senang duduk dan panas telinga mendengar cercaan presiden dari negara Syiah itu berucap dengan menggunakan bahasa kebangsaannya. Walaupun Presiden Iran berani dan berterus terang dalam ucapannya menentang negara barat yang menceroboh jiran- jiran Arabnya mungkin bagi sesetengan orang akan beranggapan teguran dan makian Presiden yang terkenal dengan cara hidup amat sederhana itu hanya mengundang lebih banyak kebencian daripada negara musuhnya berbanding kesedaran dan keinsafan pemimpin besar dunia. Bagi rakyat Malaysia, kita sudah tentu amat berbangga dengan mantan PM Tun Mahathir, walaupun beliau juga mempunyai ciri provokasi seperti Presiden Iran tetapi sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengalaman dan memahami baik buruk setiap patah ucapan di persidangan PBB, Tun Mahathir mengambil jalan yang tidak menyebabkan ahli sidang keluar dewan tetapi boleh menggerak dan menyentak hati wakil dunia akhirnya tepukan gemuruh yang diterima dan itu tentu lebih berkesan daripada cara keras Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Walau bagaimana pun setiap pemimpin mempunyai caranya tersendiri untuk mengutarakan pandangan beliau dan rakyat yang diwakilinya..

Wednesday, September 21, 2011

Barack Obama tamatkan Don't Ask, Don't Tell

It was the tears of Marine Captain Sarah Pezzat, whose nickname in the military is “Short Shot,” that put a human face on “Don’t Ask, Don’t Tell” and what it’s repeal means for the estimated 65,000 gay members of the military currently serving.
On Capitol Hill today she said before a bipartisan group of Senators: “I’m 31 years old. I’m a woman. I am a Marine,” and this is where she chokes back tears, “and I’m a lesbian.” She then says, “I’m sorry… Prior today if I said that I could be discharged.”


Don't Ask, Don't Tell (DADT) adalah satu slogan yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk menjaga kepentingan tenteranya yang mengamalkan homoseksual atau biseksual. Sebelum kempen tersebut pengamal seks songsang itu menjadi masalah kepada pasukan tentera dan dilarang keras kepada anggotanya. DADT adalah kempen yang mengkehendaki para gay, lesbian atau biseksual merahsiakan identiti mereka untuk mengelakkan mereka dipecat.
Tetapi kempen tersebut semakin kuat ditentang oleh organisasi seperti Servicemembers Legal Defense Network (SLDN) juga turut disokong oleh artis Lady Gaga dan Presiden Barack Obama sendiri. Untuk menamatkan isu tersebut Barack Obama telah menandatangani penamatan DADT pada hari ini 20 September 2011. Dengan penamatan itu bermakna perkahwinan antara tentera lelaki (seperti dalam gambar) dan penyertaan golongan nafsu songsang tidak lagi perlu khuathir atau dicemuh kerana kerajaan mereka tidak ada halangan untuk melibakan golongan tersebut dalam angkatan tentera. Bagi negara Islam seperti Malaysia sudah tentunya dapat mengutip pengajaran daripada langkah kerajaan US tersebut. Sedangkan Uncle Sam pun yang selama ini membuat berbagai cara untuk menyekat pengaruh pengamal aktiviti menentang hukum terpaksa akur kepada desakan demi menjaga kepentingan politik. Rakyat Malaysia seharusnya menolak apa- apa atau sesiapa sahaja yang dikaitkan dengan masalah identiti tersebut kita tidak mahu Malaysia terpaksa tunduk kepada desakan golongan pewaris tabiat bangsa yang dikuburkan di laut mati.

Friday, September 16, 2011

Listeria menyerang.. awas wanita hamil.

Cantaloupes Recalled After Listeria Outbreak

Published September 15, 2011
| The Wall Street Journal

A Colorado farm is recalling the cantaloupes it sold this summer out of concern they may be contaminated with listeria, a deadly bacteria.
Jensen Farms of Holly, Colo., said Wednesday the recall is "prudent" because "Colorado has stated...that people at a high risk for infection should not eat whole cantaloupe from the Rocky Ford growing region." The recall covers cantaloupes sold between July 29 and Sept. 10.

Neither the Food And Drug Administration or the Colorado Department of Public Health and Environment has confirmed that cantaloupes at Jensen Farms were the source of the listeriosis outbreak that has sickened and killed consumers in several states.
Officials at Jensen Farms weren't available for immediate comment.
Eleven illnesses in Colorado, one in Indiana, one in Nebraska, one in Oklahoma and two in Texas are linked to the listeriosis outbreak and contaminated cantaloupes, according to the Centers for Disease Control and Prevention.
The 11 illnesses in Colorado include one death, said CDC spokeswoman Lola Russell.
The outbreak may be bigger than that, though. New Mexico state officials say they believe several illnesses and deaths there are due to cantaloupes contaminated with the same listeria bacteria behind the multistate outbreak, but CDC and FDA officials say those claims haven't been confirmed yet.
Jensen Farms said it shipped the recalled cantaloupes to Illinois, Wyoming, Tennessee, Utah, Texas, Colorado, Minnesota, Kansas, New Mexico, North Carolina, Missouri, Nebraska, Oklahoma, Arizona, New Jersey, New York and Pennsylvania.
Listeriosis usually causes fever, muscle aches and diarrhea or other gastrointestinal problems, according to the CDC. It can be fatal among high-risk groups of people, such as the elderly, those with compromised immune systems or chronic medical conditions like cancer. Listeriosis can causemiscarriage, stillbirth and serious illness or death in newborn babies.
Listeria adalah penyakit yang disebabkan makanan yang tercemar sejenis kuman yang bernama listeria monocytogenes ia terdapat di dalam tanah dan daging mentah, Listeria kebiasaannya tidak memudaratkan kepada orang biasa yang sihat tetapi boleh mengancam wanita hamil, bayi baru lahir dan warga tua yang sistem ketahanan tubuh mereka mula melemah. Listeria jarang terjadi tetapi ia sering mencatat kematian yang tinggi apabila menyerang dalam waktu 3 hingga 70 hari.
Serangan kuman listeriosis dimulai dengan mencemari darah hingga menyebabkan pembengkakan selaput otak dan keguguran kepada wanita hamil, gejala lain adalah demam, sakit otot, mual, cirit- birit hingga bolehmenyebabkan pengidapnya pengsan lebih bahaya jika ianya melibatkan sistem saraf menjadikan pesakitnya hilang keseimbangan dan sawan yang biasanya 1/3 pengidap akan meninggal dunia. wanita hamil yang paling mudah terdedah kerana menyebabkan kelahiran pramatang, infeksi kepada bayi dan keguguranListeria terdapat di seluruh dunia dan biasanya dibawa oleh binatang, daging mentah, susu tidak dipasteur, buahan, sayuran. Penyebaran kuman ini sering dikaitkan dengan susu mentah, keju, salad dan sayur- sayuran yang tidak dibersih dengan baik.
Untuk mengelak daripada kuman merbahaya ini amalan membersih makanan dan mencuci tangan sebelum dan selepas makan adalah paling berkesan.

Tuesday, September 13, 2011

Sinar baru Angola.. Leila Lopes.

Leila Lopes of Angola is crowned Miss Universe

Associated Press, 09.13.11, 01:44 AM EDT

SAO PAULO -- Newly crowned Miss Universe Leila Lopes hopes her victory will allow her to assist her native Angola further escape its history of war and impoverishment and said she plans to focus on combatting HIV around the globe.
Speaking in a timid voice early Tuesday shortly after taking the crown in South America's largest city, the 25-year-old Lopes said that "as Miss Angola I've already done a lot to help my people."

"I've worked with various social causes. I work with poor kids, I work in the fight against HIV. I work to protect the elderly and I have to do everything that my country needs," she said. "I think now as Miss Universe I will be able to do much more."

Lahir di Benguela, Leila Lopes adalah anak dari Cape Verdean, yang mempunyai kelulusan Pengurusan Perniagaan di England. Setelah menjadi Miss Angola dan Miss potogenik setelah itu mewakili negaranya ke pertandingan Miss Universe.

Leila Lopes telah dimahkotakan sebagai ratu cantik Dunia 2011 mengalahkan berpuluh peserta yang lain dari seluruh pelosok dunia. Beliau yang lahir dari dunia yang dibelenggu dengan masalah HIV di negaranya telah memberi satu nafas baru kepada negaranya Angola untuk menggerakkan dunia agar memberi tumpuan kepada masalah yang tidak terkawal dan merebak ke seluruh benua Safari. Angola telah mencuri tumpuan dengan apa yang dikatakan kecantikan seorang wanita yang bakal menggoncangkan hati pemimpin dunia untuk mendampingi negara yang sering bergolak itu. Sinar baru telah menjelma di Angola.. negara yang sering dimomokkan sebagai medan perang saudara, kemunduran, kotor dan tidak meletakkan wanita di kedudukan yang dipandang tinggi. Walaupun Leila Lopes mendaki kejayaan dari negara luar tetapi jiwa Angolanya tidak dapat memisahkan daripada menyukai makanan tradisi negaranya seperti kalulu, daging lembu kering dengan jamur jagung, mufet, jeroan ayam, dan kisaki namun kecantikan bentuk badanya yang cantik adalah kerana Leila tidak menyukai okra dan makanan berminyak walaupun tidak begitu mengawal keinginan untuk makan dalam jumlah yang banyak.

Itulah harga yang amat tinggi bagi seorang wanita, walaupun warna kulit sering dipandang sebagai tarikan utama tetapi kecantikan yang sebenarnya adalah disebabkan pelbagai faktor termasuklah intelek, pergaulan dan personaliti.


Sunday, September 11, 2011

Ludah ke langit jatuh ke muka sendiri..

Selepas menghabiskan pembacaan novel Memoir Seorang Guru kita lantas teringat semula artikel ini http://temalong.blogspot.com/2011/07/beri-peluang-kepada-timbalan-pengarah.html yang kita catat beberapa bulan lalu timbul pula rasa malu dan tak terduga sama sekali bahawa begitu ramai warga pendidik yang berminat untuk memperkatakan tentang tidak puas hati, pertahankan diri atau puak masing- masing. Jika diikutkan mahu saja kita tamatkan saja sengketa para Anonymous yang berbagai ragam itu dengan tutupkan artikel itu. Dilihat kepada tulisan dan hujah mereka kita tahu begitu ramai orang berilmu meluahkan rasa, kita yakin mereka adalah dikalangan ibu-bapa, guru sekolah malahan kekitangan JPN Kelantan tetapi sangat jarang yang benar- benar sanggup bercakap atas dasar pendidik yang ikhlas dan syukur.
Seluruh rakyat memang tahu kerjaya guru sejak dari zaman sebelum merdeka lagi begitu dipandang tinggi atas kerjaya mereka, sebut saja cikgu mana nak meminang anak dara pasti bakal mertua rasa bangga, cakap saja pesanan guru kepada ibu bapa tentang karenah nakal di sekolah akan adalah anak yang kena pukul.. tanyalah murid dalam kelas akan cita- cita mereka, guru akan tersenyum kerana ramai muridnya ingin menjadi cikgu dan cikgi.
Ikhlas dan syukur sudah semakin hilang diganti dengan peluang dan ganjaran pula yang membarah dalam diri pendidik masa kini, kerjaya guru sudah acap kali kita katakan bukan pilihan asal tetapi kebanyakan yang mengisi kerjaya mulia itu adalah kerana kerja dan peluang bidang keguruan sentiasa terbuka berbanding lain- lain profesion. Mungkin tidak ramai guru yang mengaku mereka bukan lagi pendidik tulen yang ambil kisah tentang masa depan murid, tentang keluarga murid atau hal- hal yang diluar waktu sekolah. Apa yang menjadi keutamaan guru hari ini kebanyakannya akan bercakap soal kenaikan pangkat, pendapatan tambahan, kereta baru, rumah baru atau tender.
Sebenarnya diluar sana sudah banyak suara- suara yang mula mencemuh dan cemburu dengan keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan kepada guru. Lihat saja rumah cantik yang sentiasa tumbuh kita akan tahu penghuninya adalah seorang guru bukannya tentera atau polis, berselisih dengan kereta baru dan mewah kita jamin itu bukan milik pekerja POS atau Majlis Perbandaran, kita juga tidak pelik jika ada guru ligat mencari pendapatan lain hingga menjejaskan maruah atau kreadibiliti seorang guru dan lebih malang lagi kita tahu ada guru yang pandai melobi dan memperalatkan parti untuk mendapat projek.
Bukan nak menghalang para guru mengejar kemewahan dan kenaikan pangkat tetapi jika rasa diri tidak lagi ikhlas menjadi pendidik tulen cepat- cepatlah mencari jati diri seorang guru.. kerana kita tahu majoriti yang berada di JPN atau PPD mereka asalnya adalah guru dan tetap dipanggil guru sampai bila- bila pun. Semoga selepas ini artikel berterus- terang kita itu tidak diambil kesempatan untuk menunjuk belang masing- masing dan menunding kelemahan orang lain tetapi seeloknya memberi cadangan untuk kebaikan bersama. 

September 11

Hari ini genap 10 tahun serangan apa yang dikatakan pengganas ke atas Amerika Syarikat atau popular dengan tragedi 911 iaitu bersesuaian dengan no telefon kecemasan persekutuan Amerika. Selepas peristiwa dahsyat itu dasar luar US telah berubah dan tanggapan barat kepada dunia Islam turut berubah kerana serangan tersebut dikaitkan dengan Osama Bin Laden, seorang bangsawan Arab Saudi yang dilucutkan kerakyatan yang baru sahaja terbunuh di Pakistan dalam serangan kontroversi oleh Marin Amerika. Walaupun masyarakat Islam dipandang serong dan tidak boleh dipercayai di sesetengah negara barat tetapi orang Amerika Syarikat sendiri tidak lagi bebas untuk melancong ke negara- negara yang tidak sealiran dengan kerajaan US. September 11 telah mempengaruhi bukan saja kepada negara uncle SAM tetapi juga lain- lain negara yang bersahabat dengan polis dunia itu. Untuk mendapat penerangan dan kefahaman yang mendalam mengenai September 11 pembaca boleh melihat di laman berbahasa Inggris ini http://en.wikipedia.org/wiki/September_11_attacks

LocationNew York City; Arlington County, Virginia; and nearShanksville, Pennsylvania.
DateTuesday, September 11, 2001
8:46 a.m. – 10:28 a.m. (UTC-04:00)
Attack typeAircraft hijackingmass murdersuicide attack,terrorism
Death(s)2,977 (+ 19 hijackers)
InjuredMore than 6,000
Perpetrator(s)Al-Qaeda led by Osama bin Laden[1]
(see also Responsibility andHijackers)

Thursday, September 1, 2011

Kisah syukur.. King of Yizrael, Solomeh ben David

Bila membicarakan soal syukur dan berterima kasih kita akan insaf dan menyedari bahawa sifat syukur itu amat besar menusuk ke dalam diri orang yang dekat jiwanya dengan pencipta. Syukur yang paling utama adalah syukur kepada pencipta yang memberikan segala kebaikan dan kesenangan kepada makhluk, untuk menterjemahkan rasa syukur dan berterima kasih itu adalah dengan cara patuh kepada apa yang disuruh dan meninggalkan larangannya. Itulah cara bersyukur dan berterima kasih yang sebenarnya. Hari ini seorang jutawan akan rasa bangga, sombong dan tidak ragu- ragu mengakui segala pencapaiannya adalah atas usaha dan kepandaian mereka semata, Hari ini ramai para ilmuan dan pemuka agama menjadi riak dan takabur dengan ilmu yang mereka miliki, Hari ini seorang pemimpin bertindak dengan angkuh menindas negara dan rakyat yang lemah kerana kerajaan mereka mempunyai tentera yang hebat dengan kelengkapan perang yang canggih. Hari ini seorang ketua merasa megah dan asyik dengan kemewahan di dalam mahligai tanpa mempedulikan kesusahan masyarakat lain.
Rasa syukur dan terima kasih akan lebih bermakna sekiranya kita mengambil tauladan dalam kisah nabi Sulaiman bin Daud as yang didakwa oleh orang Yahudi sebagai Raja terhebat dari keturunan mereka. Kisah tentang kehebatan seorang manusia yang tak akan dapat di saingi oleh mana- mana manusia sehingga hari kiamat. Sungguh besar iktibar yang ditunjukkan oleh nabi Sulaiman as sebagai panduan manusia seluruhnya, baginda memiliki kekayaan yang tidak akan berkurang walaupun di agihkan kepada setiap rakyatnya sebagaimana tidak bermaknanya hadiah daripada kerajaan Saba seperti mana terjemahan di dalam Al-Quran .. Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap nabi Sulaiman, berkatalah nabi Sulaiman (kepadanya) “Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang diberikannya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan harta kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah)”

Sebijak mana dan setinggi mana ilmu yang dimiliki oleh para ilmuan segala bidang dan himpunan para genius di dunia tidak akan mampu menyaingi ilmu yang diberikan kepada nabi Sulaiman yang memahami semua bahasa haiwan bahkan nabi Sulaiman juga dengan senang dapat memberi arahan kepada Jin serta angin. Seperti mana percakapan burung Hud- Hud dengan nabi Sulaiman di dalam surah an-Naml ayat 22-27 dan juga ayat 28 yang dibalas lagi oleh nabi Sulaiman kepada burung Hud-Hud yang bermaksud “pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka, dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka” yang mana dialog itu adalah sebenar- benar percakapan bukan sekadar percakapan yang biasa kita tahu adalah ajukan bodoh antara burung kaka tua dengan tuannya sahaja. Walaupun nabi Sulaiman mempunyai bala tentera yang patuh dan tidak terlawan meliputi haiwan, manusia, jin dan angin yang boleh menghancur leburkan apa sahaja tetapi sebagai seorang nabi yang diutus untuk memakmurkan muka bumi, Sulaiman tidak menggunakan kekuatan dengan sewenangnya, selain berunding, menghantar utusan dan surat baginda juga tidak mengancam makhluk lain yang lemah walaupun sekecil semut yang berada di depan bala tenteranya.

Nabi Sulaiman mempunyai Istana yang dibangunkan secara gotong royong oleh manusia, haiwan dan Jin. Luar biasanya binaan teknologi maju di zaman itu diceritakan di dalam Al- Quran sebagaimana kisah keterujaan ratu Balkis semasa memasuki istana Raja Sulaiman. (setelah itu) dikatakan kepadanya “Dipersilakan masuk ke dalam Istana”. Maka tatkala ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata; “sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat daripada kaca”. (mendengar yang demikian, Balqis berkata: “wahai tuhanku, sesugguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam’ bersama- sama nabi Sulaiman, kepada Allah tuhan sekalian alam” (surah an-Naml :44)

Istana nabi Sulaiman adalah binaan terawal di Baitul Muqqaddis, walaupun binaan itu berlaku ribuan tahun yang silam tetapi komplek Istananya lebih hebat daripada apa yang terdapat di lokasi yang sama pada hari ini, malangnya tinggalan yang hebat itu tidak dijaga oleh bani Israel dengan sebaiknya, mereka dengan sombong dan angkuh memusnah dan menghancurkan tinggalan nabi Sulaiman seperti digambarkan tiang- tiang disaluti tembaga, bumbung diperbuat daripada perak, dinding dibangunkan dengan batu terpilih, pintu daripada kaca juga pasir di taman Istana di taburi batu permata. Apa yang tinggal hari ini hanyalah dinding sebelah barat yang dijadikan tempat meratap oleh kaum sesat Yahudi.
Begitulah kehebatan, kekuasaan, kemakmuran, kemewahan yang Allah swt berkuasa memberikan kepada sesiapa sahaja yang tetap menghambakan diri kepadanya dan bersyukur atas setiap kurniaannya seperti mana diucapkan oleh nabi Allah Sulaiman sendiri di dalam Al –Quran selepas peristiwa seorang manusia dapat mengalahkan Jin Ifrit dalam memenuhi permintaan nabi sulaiman untuk membawakan Istana kerajaan Saba di depan matanya. “Ini adalah limpah kurnia dari tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberiannya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya tuhanku Maha Kaya dan Maha Pemurah”.

Setiap manusia akan ada yang diatasnya dan kemuncak yang di atas adalah sang pencipta, patuh dan bersyukur kepada Allah swt akan memberi kebaikan kepada semua makhluk kerana jelas tuhan itu menyuruh berbuat baik dan memakmurkan muka bumi. Syukur kepada Allah akan membawa kita kepada terima kasih kepada khalifah, pemimpin dan seterusnya rasa terima kasih itu akan diterjemah di dalam keluarga yang meletupkan pula menjadi kebangkitan semula umat Islam untuk membebaskan Baitul Muqaddis daripada kezaliman dan kesombongan bangsa Yahudi yang asalnya berkelana dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya menetap di tanah suci di zaman nabi Sulaiman as. Mereka sekali lagi dimusnahkan akibat kezaliman melampaui sempadan, masyarakat Yahudi moden yang bersikap buruk dan tidak mendengar kata sekali lagi menetap di wilayah yang sama, mereka menjadi punca kepada keganasan dan berseronok dengan kesombongan mereka tanpa rasa syukur dengan apa yang Allah berikan kepada mereka sebelum amaran pertama dahulu.