Mengikut tafsiran Wikipedia Singapura merupakan sebuah republik berparlimen. Perlembagaan Singapura berdasarkan sistem Westminster kerana Singapura merupakan bekas jajahan United kingdom. Jawatan Presiden adalah simbolik dan kuasa memerintah berada di tangan Perdana Menteri yang merupakan ketua parti politik yang memiliki kedudukan majoriti di Parlimen. Arena politik dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah sejak Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-undang yang tidak memberi kesempatan untuk parti-parti pembangkang tumbuh dengan efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada autoritarian daripada demokrasi yang sebenarnya. Namun, cara pemerintahan tersebut berhasil menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas daripada rasuah dan memiliki pasaran ekonomi yang terbuka. Para ahli politik menganggap Singapura sebuah negara yang berfahaman 'Demokrasi Sosialis'.
Ethnic composition (%) of resident population
Etnik 1970 1980 1990 2000 2006 2010
Cina 77.0 78.3 77.7 76.8 75.2 74.1
Melayu 14.8 14.4 14.1 13.9 13.6 13.4
India 7.0 6.3 7.1 7.9 8.8 9.2
Lain 1.2 1.0 1.1 1.4 2.4 3.3
Selepas kemerdekaan Singapura daripada Malaysia, Melayu di singapura mengalami malapetaka dalam sejarah bangsanya. Melayu di singapura kini sudah semakin susut berdasarkan carta diatas peratus kaum Melayu semakin mengecil jika dibandingkan dengan kaum India.Menjelang pilihanraya Singapura pada 7 Mei ini, ada baiknya kita melihat ruang- ruang yang semakin terdesak kepada orang melayu yang telah dibuang dan dihina selepas terhapusnya lambang ketuanan melayu yang pernah bertahan di Istana Kampung Gelam. Sejumlah 24 calon baru PAP, termasuk dua calon baru Melayu, antara proses pembaharuan terbesar yang dilaksanakan parti pemerintah itu. Sekurang-kurangnya lima daripada mereka dikatakan mempunyai potensi menjadi menteri. Pilihan raya umum kali ini dijalankan selepas perubahan dibuat pada sempadan pilihan raya, dengan 15 GRC berbanding 14 GRC sekarang ini dan 12 kawasan undi perseorangan (SMC) berbanding sembilan SMC sekarang. Jumlah kerusi keseluruhannya adalah 87, naik daripada 84 kerusi sekarang ini. Perubahan lain adalah pada skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), dengan sehingga sembilan calon pembangkang yang menunjukkan prestasi paling baik semasa pilihan raya mendapatkan kerusi di Parlimen, berbanding enam kerusi kini. PAP kini menguasai 82 daripada 84 kerusi Parlimen. Dalam pilihan raya lalu pada 2006, PAP memenangi 45 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan dengan dua kerusi terus dipertahankan pembangkang - Encik Chiam See Tong di Potong Pasir dan Encik Low Thia Khiang di Hougang. Dalam pilihan raya tersebut, PAP meraih 66.6 peratus undi berbanding 75.3 peratusan undi pada pilihan raya 2001. Pilihan raya kali ini dilihat antara yang paling sengit dengan isu-isu seperti kos sara hidup yang tinggi dan pembanjiran pekerja asing dijangka mendapat perhatian. Sesetengah pengamat menganggap sentimen di kalangan pengundi kali ini mungkin kurang baik atas isu-isu tersebut.Parti Pekerja (WP) sebelum ini telah melahirkan hasrat bertanding di GRC Aljunied, East Coast, Moulmein-Kallang dan Nee Soon sementara Parti Perpaduan Nasional (NSP) pula dijangka bertanding di GRC Chua Chu Kang, Jurong, Tampines dan Marine Parade. Di Bishan-Toa Payoh, PAP juga akan berdepan dengan Parti Rakyat Singapura (SPP) yang dipimpin tokoh veteran, Encik Chiam See Tong, dengan dibantu bekas dua penerima biasiswa pemerintah, Encik Benjamin Pwee, 43 tahun, dan Encik Jimmy Lee, 35 tahun.Pertandingan lain pula akan melihat PAP berdepan dengan Parti Demokratik Singapura (SDP) di Holland-Bukit Timah dan Sembawang, Parti Pembaharuan (RP) di West Coast dan Perikatan Demokratik Singapura (SDA) di Pasir Ris-Punggol.Deposit setiap calon yang ingin bertanding ditetapkan $16,000 - naik daripada hanya $13,500 pada pilihan raya yang lalu.Sebagai renungan penduduk malaysia yang majoritinya Melayu beragama Islam eloklah sekiranya parti DAP diberi perhatian dan pertimbangan setiap kali menjelang pilihanraya, fakta ini adalah benar...ini kerana DAP mulanya adalah cabang Malaysia daripada People's Action Party (Parti Tindakan Rakyat), parti pemerintah di Singapura. Ketika pertikaian antara UMNO dan PAP mencapai puncaknya, Singapura dipaksa keluar dari federasi Malaysia pada tahun 1965. Sebagian anggota PAP menetap di Malaysia dan membentuk partai baru, DAP. DAP melanjutkan perjuangan Lee Kuan Yew, PM Singapura ketika itu, untuk memperjuangkan Malaysian Malaysia, persamaan hak di antara semua etnis/suku di Malaysia, yang jelas-jelas bertentangan dengan ideologi Ketuanan Melayu yang diusung oleh UMNO. Sampai saat ini, DAP tetap konsisten menjadi parti oposisi di Dewan Rakyat, parlimen Malaysia.
Etnik | 1970 | 1980 | 1990 | 2000 | 2006 | 2010 |
---|---|---|---|---|---|---|
Cina | 77.0 | 78.3 | 77.7 | 76.8 | 75.2 | 74.1 |
Melayu | 14.8 | 14.4 | 14.1 | 13.9 | 13.6 | 13.4 |
India | 7.0 | 6.3 | 7.1 | 7.9 | 8.8 | 9.2 |
Lain | 1.2 | 1.0 | 1.1 | 1.4 | 2.4 | 3.3 |
Selepas kemerdekaan Singapura daripada Malaysia, Melayu di singapura mengalami malapetaka dalam sejarah bangsanya. Melayu di singapura kini sudah semakin susut berdasarkan carta diatas peratus kaum Melayu semakin mengecil jika dibandingkan dengan kaum India.
Menjelang pilihanraya Singapura pada 7 Mei ini, ada baiknya kita melihat ruang- ruang yang semakin terdesak kepada orang melayu yang telah dibuang dan dihina selepas terhapusnya lambang ketuanan melayu yang pernah bertahan di Istana Kampung Gelam. Sejumlah 24 calon baru PAP, termasuk dua calon baru Melayu, antara proses pembaharuan terbesar yang dilaksanakan parti pemerintah itu. Sekurang-kurangnya lima daripada mereka dikatakan mempunyai potensi menjadi menteri. Pilihan raya umum kali ini dijalankan selepas perubahan dibuat pada sempadan pilihan raya, dengan 15 GRC berbanding 14 GRC sekarang ini dan 12 kawasan undi perseorangan (SMC) berbanding sembilan SMC sekarang. Jumlah kerusi keseluruhannya adalah 87, naik daripada 84 kerusi sekarang ini. Perubahan lain adalah pada skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), dengan sehingga sembilan calon pembangkang yang menunjukkan prestasi paling baik semasa pilihan raya mendapatkan kerusi di Parlimen, berbanding enam kerusi kini.
PAP kini menguasai 82 daripada 84 kerusi Parlimen. Dalam pilihan raya lalu pada 2006, PAP memenangi 45 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan dengan dua kerusi terus dipertahankan pembangkang - Encik Chiam See Tong di Potong Pasir dan Encik Low Thia Khiang di Hougang. Dalam pilihan raya tersebut, PAP meraih 66.6 peratus undi berbanding 75.3 peratusan undi pada pilihan raya 2001. Pilihan raya kali ini dilihat antara yang paling sengit dengan isu-isu seperti kos sara hidup yang tinggi dan pembanjiran pekerja asing dijangka mendapat perhatian. Sesetengah pengamat menganggap sentimen di kalangan pengundi kali ini mungkin kurang baik atas isu-isu tersebut.Parti Pekerja (WP) sebelum ini telah melahirkan hasrat bertanding di GRC Aljunied, East Coast, Moulmein-Kallang dan Nee Soon sementara Parti Perpaduan Nasional (NSP) pula dijangka bertanding di GRC Chua Chu Kang, Jurong, Tampines dan Marine Parade.
Di Bishan-Toa Payoh, PAP juga akan berdepan dengan Parti Rakyat Singapura (SPP) yang dipimpin tokoh veteran, Encik Chiam See Tong, dengan dibantu bekas dua penerima biasiswa pemerintah, Encik Benjamin Pwee, 43 tahun, dan Encik Jimmy Lee, 35 tahun.Pertandingan lain pula akan melihat PAP berdepan dengan Parti Demokratik Singapura (SDP) di Holland-Bukit Timah dan Sembawang, Parti Pembaharuan (RP) di West Coast dan Perikatan Demokratik Singapura (SDA) di Pasir Ris-Punggol.Deposit setiap calon yang ingin bertanding ditetapkan $16,000 - naik daripada hanya $13,500 pada pilihan raya yang lalu.
No comments:
Post a Comment