Hari ini kita dapat menghidu dan mengesan begitu banyak hantaran di media sosial (medsos) yang mengecam Ketua Pemuda Umno (KPU) Datuk Dr Akmal Salleh setelah keputusan Majlis Tertinggi Umno (MT) yang menolak Konvensyen Khas Pemuda Umno untuk keluar daripada kerajaan dan bekerjasama dengan PAS sebagai pembangkang, gesaan daripada KPU melonjak dan tidak terbendung setelah mahkamah menjatuhkan hukuman kepada bekas presiden Umno Dato Seri Najid Tun Razak (DS Najib). Sebahagian besar orang Umno dan pembangkang (turut menangguk di air keruh) dengan mendakwa mahkamah dan kerajaan mencatur, tidak mahu melepas dan tidak berlaku adil kepada DS Najib.
Seperti mana beberapa kali mesyuarat yang lalu keputusan yang keluar dari mulut presiden di dalam mesyuarat MT adalah dianggap keputusan mesyuarat. Beberapa kali juga ahli MT yang terlepas cakap dan tidak selari bila diminta mengulas sesuatu isu yang telah dibawa ke mesyuarat MT. Disini kita memahami bahawa Presiden memiliki kuasa veto dalam menentukan hala tuju keputusan mesyuarat parti.
Umum mengetahui punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 adalah kerana rakyat menolak DS Najib iaitu presiden Umno dan pengerusi BN. Dalam waktu yang sama timbalan presiden yang juga timbalan pengerusi BN tidak mampu untuk memberi pilihan kepada rakyat agar mempercayainya, rakyat seolah hanya nampak keburukan presiden tanpa melihat kelebihan atau peluang yang ada kepada timbalannya iaitu DS Ahmad Zahid Hamidi. Respon kepada kekalahan PRU14 itu DS Najib meletak jawatan manakala DS Zahid tidak berbuat demikian beliau tidak berjiwa besar sebagaimana DS Najib.
Apabila orang nombor 2 yang kurang popular di mata rakyat mengetuai Umno menyebabkan tarikan baru selepas DS Najib meletak jawatan tidak berlaku sebagaimana situasi Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi presiden Umno setelah Tun Mahathir meletak jawatan, populariti dan kepercayaan rakyat ketika itu kembali pulih dan mendapat kepercayaan rakyat lebih meluas daripada sebelumnya. Inilah sebenarnya apa yang mula - mula berlaku kepada Umno selepas PRU14 pewaris kepimpinannya tidak menepati kehendak rakyat.
Pemimpin Umno yang disingkir oleh DS Najib tidak kembali kepada Umno walaupun Umno diterajui pemimpin baru. Malahan DS Zahid meneruskan penyingkiran dan penggantungan atas hal hal yang berkaitan dengan kedudukannya. DS Zahid dibelenggu serangan demi serangan oleh kumpulan Tun M dan bekas pemimpin Umno. Dalam keadaan ini sesiapa sahaja akan mengutamakan pertahanan daripada melakukan serangan kepada pihak lawan keadaan ini yang berlaku kepada presiden Umno ketika itu.
Ketika berperanan sebagai blok pembangkang BN / Umno bekerjasama erat dengan PAS yang juga sebagai pembangkang hingga akhirnya BN dan PAS dapat menjadi kerajaan selepas Tun M tersasul meletak jawatan. Ketika PRN Melaka dan Johor, parti PAS tidak meletak calon begitu juga ketika PAS menjadi calon, BN memberi sokongan berdasarkan semangat Muafakat Nasional. Umno BN tak mungkin cemerlang di PRN dan PRK jika tiada muafakat kedua dua parti.
Orang Umno perlu sedar bahawa DS Ahmad Zahid tiada faktor 'Wow' untuk menarik undi sejak beliau menjadi presiden hingga ke hari ini. DS Ahmad Zahid perlukan seberapa ramai orang orangnya yang boleh menjadi penarik semula kepada Umno. DS Najib sebelum dipenjara memulakan fenomena Bossku dan rakyat kembali mempercayainya dan BN mula didekati semula namun ia tidak lama. Walaupun BN sudah menjadi Perdana Menteri semula dan DS Zahid kembali menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi Bossku tidak dapat diselamatkan maka UMNO BN tidak dapat meneruskan momentum Bossku.
Ketika BN Umno sudah berjaya dijinakkan oleh PMX dan pemimpin PH khasnya DAP muncul ketertarikan baru orang orang Melayu, Umno berjaya melahirkan gelombang pemuda melalui ketuanya Dr Akmal Salleh. Pemimpin DAP berang, PMX gelisah dan Presiden Umno terancam serta rimas dengan gelombang yang semakin hari semakin besar.
Ramai pemimpin pelbagai peringkat dalam Umno yang terancam kedudukan dalam kerajaan, ramai Ketua ketua Bahagian yang bakal hilang sumber dan jawatan serta ditambah dengan gerombolan pemimpin kerajaan madani yang risau jika keputusan konvensyen pemuda diterima oleh MT maka semua dalam kerajaan akan runtuh termasuk orang BN sendiri, mereka akan terlepas kelebihan sebagaimana di viral oleh YB Ahmad maslan "tiada guna langsung jadi pembangkang.." gesaan KP ditolak dengan lebih lunak 'Terus dalam kerajaan.. habiskan penggal".
Habiskan penggal bermakna parti parti dalam kerajaan mempunyai peluang untuk meneruskan agenda mereka, habiskan penggal meletakkan Umno dalam kedudukan tiada masa yang cukup untuk orang Melayu kembali kepada BN, tiada masa lagi untuk kompromi dengan orang Melayu yang kini majoriti besar beralih kepada PAS... dan lebih malang jika pemain medsos yang sudah dibanjiri Melayu Umno pencari makan dan penyamar Melayu dari PH yang berjemaah menghalau Dr Akmal agar meninggalkan UMNO.


.jpg)






