Friday, November 25, 2022

LIABILITI BN BUKAN ZAHID HAMIDI


Bila BN tidak berjaya mendapat sasaran 112 kerusi untuk membentuk kerajaan mulai kedengaran suara suara yang meminta Presiden letak jawatan. Suara suara ini memang sudah dikenali dan mereka adalah kumpulan yang sememangnya tidak sehaluan dengan Presiden,  Apabila diuji dengan kekalahan, maka berlumba lumbalah kenyataan dan tindakan yang kononnya hero dan penyelamat muncullah watak seperti perlakuan anak buah di Lenggong, pemimpin di Ketereh, ahli bermasalah di Pasir Salak serta pengkhianat di Arau membuat bising dan menangguk di air keruh.

Antara yang terawal mendesak presiden adalah Ketereh. Ketereh mempunyai hujah antaranya agar presiden mengikut sebagaimana yang dilakukan oleh DS Najib selepas kalah PRU14. Betul ini yang sepatutnya dilakukan oleh mana mana ketua bila prestasi kumpulan merosot. Tetapi dalam kes DS Zahid Hamidi ini, beberapa perkara perlu dinilai terlebih dahulu sebelum meminta beliau letak Jawatan. Ketereh pernah menjadi Setiausaha Agung UMNO dan BN namun kegagalan mematuhi arahan Ketua menyebabkan beliau dipecat. TSAM antara ketua Bahagian yang paling lantang menentang Presiden, menyanggah keputusan MKT dan mempertikaikan kehendak PAU, jika ini dilakukan oleh orang lain sudah tentu dia sudah digantung atau dipecat keahlian namun TSAM bernasib baik kerana timbalannya yang juga adalah ahli MKT sangat setia dan beberapa kali menyelamatkannya daripada dikenakan tindakan. TSAM sepatutnya berterima kasih serta syukur kerana tindakan tidak mencalonkannya pada pilihanraya sebenarnya memberi kelebihan, sekiranya tercalon sudah pasti beliau juga ikut tewas, kekuatannya di Ketereh tidaklah mampu menyelamatkannya sebagaimana Machang serta Gua Musang ikut tewas disapu bersih dengan ada yang tewas majoriti puluhan ribu. Tsunami menyebelahi PAS ini tidak mengira siapa calon. 

Kelemahan paling besar sebenarnya adalah berpunca daripada Perdana Menteri DS Ismail Sabri, beliau dilihat terus menjadi bayangan Tan Sri Mahiaddin dan dipercayai ada perjanjian yang membuatkan kedudukannya sebagai PM tidak memberi kelebihan kepada BN. Perbicaraan DS Najib yang dilihat tidak ditangani dengan adil. Peranan peguam negara yang masih meneruskan dasar menganiayai orang BN yang tidak sehaluan dengan Mahiaddin dan Tun Mahathir. Membiarkan tindakan mendiamkan Bossku adalah seumpama mengikat sebelah tangan UMNO di dalam gelanggang tinju.

Keenganan kabinet membubarkan parlimen lebih awal telah menyebabkan parti parti lain mempunyai waktu untuk membuat persiapan. Walaupun akhirnya Parlimen dibubar namun ia berlaku ketika BN memberi tekanan yang terlampau ini menyebabkan rakyat terganggu. Biarpun ia dibubar namun ia bukan lagi dalam waktu terbaik sebagaimana saya telah tulis di blog sebelum ini yang berbunyi masa terbaik BN semakin berlalu. Menteri menteri kabinet PM DS Ismail Sabri sangat keberatan untuk meletak jawatan dan membubarkan parlimen sebaliknya mereka ini termasuk dari parti UMNO mengecam Presiden dan parti sendiri kerana meminta parlimen bubar. Tindakan mereka memberi ruang kemarahan rakyat kepada BN.

Penolakan rakyat kepada BN sebenarnya juga adalah penolakan rakyat kepada DS Ismail Sabri yang dijanjikan akan terus menjadi Perdana Menteri serta poster boy BN. penolakan ini juga bermakna bajet tahunan Kerajaan DS Ismail Sabri dan kabinet tidak dapat menarik undi rakyat kepadanya. Penolakan rakyat kepada DS Zahid Hamidi memang ada namun ia sudah diselesaikan dengan janji tidak akan menjadi Perdana Menteri. DS Ismail Sabri sepatutnya menjadi popular dan pilihan kerana Zahid Hamidi hanya di Bagan Datok bukan untuk Malaysia.

Orang UMNO terutamanya ketua bahagian sepatutnya tidak terbawa bawa dengan desakan yang mana desakan juga datang dari parti lawan. Kenapa penyokong parti lain mahu Zahid berundur sedangkan Zahid adalah liabiliti kepada UMNO bukan parti mereka. Mungkin jawabnya Zahid tidak memihak kepada Perikatan Nasional, DS Zahid juga tidak menyokong PAS dan Bersatu. Kenapa DS Haji Hadi tidak disuruh letak jawatan ketika kerusi mereka hanya 18, kenapa Anwar ridak diminta berundur ketika PKR hanya tinggal 1 Kerusi, kenapa Lim Guang Eng tidak diminta berundur ketika DAP merosot dan beliau didakwa di mahkamah... 

Berbanding DS Hj Hadi dan TS Mahiaddin sudah tentu DS Zahid Hamidi lebih mempercayai Anwar Ibrahim. DAP pula tidak akan melanggar arahan DS Anwar Ibrahim kerana DS Anwar Ibrahim masih boleh bergerak tanpa DAP dan mencari kawan baharu tetapi DAP tidak dapat mencari rakan yang sebaik PKR untuk bersamanya. UMNO / BN tidak akan menjadi lebih baik jika bersama Perikatan Nasional kerana BERSATU setiap masa memikirkan untuk memusnah dan menggantikan UMNO manakala PAS sentiasa mencemburui UMNO BN serta kawan yang tidak boleh dipercayai. Maka pilihan terbaik UMNO adalah bersama PKR walau adanya DAP. DAP tidak boleh menguasai UMNO tetapi UMNO boleh menyekat DAP.

Namun saya percaya Suara senada dari Ketereh, Pasir Salak atau Arau atau mana mana bahagian akan diam sebaliknya akan mencium tangan sekiranya Presiden UMNO itu ada jawatan dalam kabinet PM10.


Monday, May 23, 2022

Adoii.. Ifa Raziah buat lagiii

Hari ni bila buka muka buku.. keluar nama Ifa Radziah... alamak apa hal pulak ni, dahlah saya masih tak tau kenapa ramai yang tulis "nak ke suasana" bila tengok video ni barulah faham, rupanya kes membawang kumpulan makcik kiah saja. Sebenarnya kalau diikutkan sentiasa ada hal hal yang viral kalau yang bermanfaat okeylah juga boleh buat panduan dan sempadan. Ini boleh merugikan ummah adalah..

Sebelum ni selalu juga dengar cakap cakap pasal para ustaz dan penceramah bertikam lidah dan berbalas hujah sampai keluar ayat Al quran dan hadis membuatkan kita jadi gerun nak menyampuk. Halnya sama saja benda yang semua adalah betul dan kedua pihak bercakap atas kebenaran cuma kesesuaian masa dan tempat yang membuatkan jadi isu yang sebenarnya juga membuang masa.

Berbalik kepada kes Ifa Raziah saya terpanggil untuk tahu apa sebenarnya berlaku kerana dia antara orang yang saya tegur masa pertama kali dia melibatkan diri dengan dunia drama televisyen dan penggambaran adalah di Pulau Pinang. Ifa Radziah seorang yang mudah didekati, peramah dan baik cuma sudah menjadi boleh dikatakan perangai artis kebanyakan mereka adalah berani bersuara yang boleh dikategori bermulut laser. Perhatikan kawan kawan kita yang bermulut laser mereka hampir tiada rahsia kerana semua nak dikeluar dan diluahkan.. mereka ikhlas tak berbatas hingga menjadi kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.

Saya juga waktu aktif di dunia penggambaran turut terpengaruh dengan idea mulut becok dan terus terang tanpa memikirkan sensitiviti, apa yang kita nak nyatakan adalah apa yang kita percaya adalah realiti atau kebenaran yang hanya orang yang berani dan jujur sahaja sanggup luahkan mereka rela dicemuh asalkan boleh memberi kenyataan yang betul.

Dalam video tersebut Ifa Raziah beri respon kepada orang yang memintannya agar bertudung. Kalau anda ditempat Ifa Razdziah apa akan anda jawab. Sebagai orang yang tidak bertudung tentunya ia akan membela dirinya. Peminat atau masyarakat sepatutnya tidak perlu bertanya atau berdakwah sebegitu kerana Ifa sendiri tahu dia tidak mengikut suruhan agama dan dia melakukan satu daripada amalan berdosa tetapi masih berbangga kerana tidak melakukan dosa dosa lain yang orang memakai tudung juga ada melakukan dosa itu sementara Ifa Radziah juga membuat pahala cara tersendiri.

Cuba kita buka foto foto lama ibu dan mak mak saudara kita atau kita sendiri pada satu masa dulu, jelaskan masa itu majoriti tidak memakai tudung serta tanyakan diri kita dan mak kita adakah mereka buat perkara yang jahat masa tak bertudung itu. Anggap saja Ifa Radziah masih berada pada zaman mak mak kita dan InsyaAllah seperti kita juga suatu masa ia juga akan bertudung bukan kerana fesyen atau trend tetapi kerana menyempurnakan kehendak agama. Saya bukan menyokong yang tak bertudung tetapi ada orang berilmu yang mempertikaikan suruhan bertudung serta aurat rambut itu apa statusnya.. adakah lebih berat daripada status aurat suara perempuan.

Benda ini hanyalah perkara diibaratkan hal didalam kain kaum hawa, teguran tanpa memalukan serta jawapan yang tidak emosi dan berhikmah adalah lebih bermanfaat dan berkesan untuk makcik yang suka membawang.

Isu kedua adalah pertanyaan tentang status kedai makan cina yang Ifa Radziah sedang makan. Tidak manis bertanya soalan itu di sebuah negara Islam dan kedai pula bukan dilokasi tersorok. Ifa Radziah juga jawab dengan suara provok yang tidak akan membuat orang rasa insaf apalagi bila berkata 'sedap makan babi' ini lebih menyerlahkan sisi kejahilan dalam adap makan orang Islam, lantas menutup hakikat bahawa mereka juga makan di Starbak milik Yahudi seperti KFC dan Mc Donald juga tiada beza dengan makan di kedai kopi halal milik Cina atau India di Malaysia. Hal kedai makan ini perkara biasa di negara kita terutama di bandar besar seperti Penang, Ipoh malahan ia adalah benda lumrah jika di Sabah.

Mungkin jarang berlaku di pantai timur kerana populasi orang Melayu yang ramai tetapi jangan tak tahu antara kedai popular di negeri saya Kelantan serambi Mekah juga dimiliki dan di urus selia langsung oleh orang cina contohnya restoran Hoover, White House serta Kopitiam Kita yang terkenal dengan roti titab serta beberapa buah kedai lagi di bandar Kota Bharu.


Untuk lebih adil saksikan video ini...




Friday, March 18, 2022

Muslims support Russia invading Ukraine

It should be known and understood that the Russian attack on Ukraine was due to several general things that can no longer be covered up, among them



1.    Ukraine is a very large former soviet country after Kazakhstan and Russia. Ukraine has an armed force that always wants to rival the Russian army On such strategic interests Russia opposes the stand of the President of Ukraine who wants to join the North Atlantic Defense Treaty country or NATO. Russia was once embarrassed when the pro-Russian President of Ukraine was overthrown by Ukrainian MPs and appointed anti-Russian Volodymyr Zelenskiy as the new President without popular vote. Russia did not intervene in this matter.

2.     Russia accuses Ukraine of committing atrocities against residents in Donesk and Luhansk of which these two provinces are pro -Russian and largely controlled by rebels and the Ukrainian central government is unable to do anything. This failure of control by Ukraine was evidenced in the shooting incident of MH17 commercial aircraft in 2014 in the region. Malaysia had to establish diplomatic relations with the warring parties only to take the black box in Donesk province. The rebels sought the help of Russia and Russia to recognize the independence of the two regions as independent states. This situation angered the Ukrainians and caused the Ukrainians to have to find a big brother to curb Russian power. Nato is seen to be a big brother to Ukraine.

3.    Russia’s swift action of attacking Ukraine was the right strategy and had to be taken by Russia. NATO has been bypassed in its political strategy, if NATO accepts and recognizes in advance the participation of Ukraine in their alliance it is possible that Russia will not start a war on NATO territory. Russia is not actually forcing Ukraine to be its ally but Russia just does not want Ukraine to be more powerful and threaten its security. Russia has failed to persuade Ukraine to remain neutral. Russia has learned how former Soviet countries like lithuania, latvia and georgia, these countries are bordering Russia and US troops can be in the country to observe Russia.

In international relations the United States has military bases around the world, whereas Russia no longer practiced that way after the collapse of the Soviet Union compared to the US which continued to strengthen their military bases.

Many Muslim countries have begun to realize that in the conflict between the American bloc and Russia, Muslims are more supportive of Russia. Muslims know how the role of America and its allies is causing losses and chaos in Islamic countries all because of the United States and NATO. U.S. intervention in Afghanistan, Iraq, Libya, and Syria is clearly detrimental and destructive. The United States and NATO also failed to help Bosnian Muslims in the Balkhan war in Yugoslavia and remained silent when Muslims in Arakan Myanmar, Southern Thailand, Xinjiang China and Jammu and Kashmir -India were oppressed.

The United States in their stern action is only if it relates to their allies especially Israel. Israel was not oppressed or economically constrained when it attacked Palestinian and other Arab states and even provided military equipment to deal with the Islamic state of Russia also received the same fate. The Ukrainian president is Jewish because that is why the Israeli Prime Minister tried to reconcile and stop the attacks but Vladimir Putin did not accept Naftali Bennett’s advice. Putin is an Orthodox Christian who has more respect for Muslims. Because this is also Chehnya an autonomous country within Russia whose Muslim majority is rapidly offering itself to be the front line entry into the Ukrainian state.