Sebelum berlakunya wabak Covid-19 kita sering dihambat persoalan mengapa manusia sering berulang kali ditimpa bencana dan malapetaka dahsyat yang adakalanya menghilangkan terus sebahagian generasi.
Malapetaka global pertama yang tuhan turunkan kepada manusia adalah selepas 10 generasi daripada nabi Adam as iaitu zaman nabi Nuh as, walaupun hanya beza antara manusia pertama dan nabi Nuh as hanya 10 generasi yang jika dikira dalam kiraan zaman ini ia jangka masa kurang 1000 tahun (1 alaf ) tetapi bagi penganut agama langit, kita percaya ia adalah jangka masa ribuan tahun kerana usia umat manusia zaman itu adalah lebih kurang seribu tahun untuk satu generasi, jadi kiraan kasar untuk 10,000 tahun dari nabi adam ke nabi Nuh as. Cukup untuk melahirkan populasi manusia yang sudah sangat ramai. Begitu juga dengan teknologi yang sesetengah kepercayaan mengakui, zaman nabi Nuh as manusia sudah moden melebihi kemodenan pada waktu ini. Ada yang mengatakan umat nabi Muhammad saw hanyalah 1/10 daripada apa yang dicapai oleh umat yang sebelumnya. Doa nabi Nuh as dimakbulkan oleh Allah swt, banjir besar telah menghapuskan semua manusia yang tidak beriman dan inilah malapetaka yang kemudiannya bumi kembali dihuni oleh manusia yang beriman hinggalah beransur ansur manusia kembali engkar kepada penciptanya.
5 generasi selepas nabi Nuh as, lahir pula manusia hebat, gagah dan cerdik tetapi melawan kekuasaan Allah iaitu Namrud, seorang raja yang disebut dalam hadis nabi saw sebagai antara 4 raja yang menguasai dunia selain Iskandar Zulkarnain, Buktanasar dan Sulaiman as. Namrud dikatakan sangat sombong, ia membina menara Babil yang dikatakan 3 kali lebih tinggi daripada menara Burj Khalifa di UAE semata- mata ingin naik ke langit berlawan dengan tuhan nabi Ibrahim as dan juga agar banjir sehebat zaman nabi Nuh as tidak dapat menenggelamkannya, Namrud mempersiapkan tentera untuk melawan tuhan yang akhirnya Allah hanya mengirimkan tenteranya sekumpulan nyamuk untuk mengalahkan Namrud dan seluruh bala tenteranya.
Selepas itu berkali kali pula sebahagian kaum manusia dilenyapkan oleh tuhan daripada muka bumi kerana sifat melawan dan kesombongan kepada pencipta kaum kaum ini kebanyakannya adalah kaum yang maju dan mencapai kejayaan yang belum atau tidak mampu dicapai oleh umat selepasnya seperti umat nabi Hud iaitu kaum Ad dan umat Nabi Salleh as iaitu kaumTsamud yang pakar dalam binaan serta umat nabi Syuib iaitu kaum Madyan yang cekap dalam perniagaan. Keturunan nabi Yaakob as diketahui adalah manusia yang berkali kali diberi peringatan dan ancaman serta bencana oleh Allah swt tetapi mereka tetap dengan kesombongan dan sering mencabar kekuasaan Allah swt iaitu Bani Israil yang akhirnya mereka juga hampir lenyap di dunia ini dan bangsa yang masih mengakui bani Israil sekarang ini bukanlah yang sebenar- benarnya dari nasab sebenar keturunan nabi Yaakob as.
Zaman selepas zaman para nabi dan rasul Allah swt masih lagi menurunkan bala atau malapetaka serta wabak yang menggerunkan serta mengorbankan jutaan jiwa. Antaranya
Taun / Kolera (1817 - kini) yang berpunca daripada sungai Ganges di India, sungai Ganges adalah sungai suci penganut hindu, di sungai ini aktiviti pembakaran sisa sisa serta mayat dihanyutkan, kegunaan harian air dari sungai serta aktiviti sepanjang sungai yang dianggap suci ini menyebabkan bakteria kolera berjangkit ke seluruh dunia yang menyebabkan cirit- birit teruk mencapai 4 juta kes setiap tahun dan telah mengorbankan ratusan ribu manusia.
Aids (1981-kini) yang berpunca daripada virus HIV berasal daripada badan kera dari Afrika, ia dikatakan merebak kerana sentuhan daripada badan yang luka dengan kera yang mempunyai virus HIV, dikatakan juga ia adalah kerana adanya manusia yang memakan daging kera dan terdapat juga dakwaan bahawa virus disebar oleh seseorang yang membuat hubungan kelamin dengan kera, virus ini merebak melalui darah, air mani, cecair faraj, cecair dubur dan susu badan. Ia pertama kali meletus di AS dikalangan pengamal homoseks atau gay. Ia telah membunuh 35 juta orang seluruh dunia, virus yang masih lagi belum ditemui vaksin yang sesuai ini dikatakan sudah dihidapi oleh lebih 70 juta orang sehingga kini.
Black Death (1340- 1771) Pelajar perubatan tidak asing lagi dengan wabak paling menakutkan ini, Ia bermula di Asia Tengah dan merebak ke Eropah menyebabkan 75 juta maut, 1/3 penduduk Eropah meninggal dunia serta mengubah landskap sejarah benua itu. Black Death adalah penyakit yang menyebabkan benjolan bernanah yang kemudian menjadi bintik bintik hitam dan membawa maut selepas 4-5 hari setelah jangkitan. Ia dibawa ke eropah melalui jalan sutera.
Spanish Influenza (1918 -1919) Walaupun selsema ini hanya berlaku dalam jangka masa 2 tahun tetapi ia menjangkiti 500 juta orang iaitu 1/3 penduduk bumi waktu itu. Selsema ini hampir dilupakan dan ia lesap begitu sahaja. Sewaktu selsema ini melanda orang ramai dilarang berjabat tangan, berkurung dirumah dan dilarang meludah. Selsema ini meragut nyawa lebih ramai daripada kematian akibat perang walaupun gabungan jumlah kematian perang di dunia.
Cacar Air / smallpox (sebelum masihi - 1979) Penyakit cacar inilah yang melenyapkan Aztec dan tamadunnya di Amerika Selatan serta menghantui raja raja eropah serta zaman firaun Mesir.Pada abad ke 20 sahaja ia membunuh seramai 300 juta penduduk dunia. penyakit yang lama menghantui manusia ini hanya dapat dihapuskan setelah vaksinnya ditemui pada 1979.
Selain daripada 5 wabak yang menjadi pendemik itu pelbagai lagi wabak kecil yang terpaksa dihadapi oleh manusia.
Covid-19 pada awalnya tidaklah dianggap serius malahan ia dianggap kurang merbahaya berbanding wabak wabak pernafasan yang lain seperti SARS. Kini Covid-19 sudah menghantui penduduk dunia, ia cuba ditanggani dengan cara seperti spanish Influenza. Cara merebaknya melalui tempat awam sebagaimana kolera yang merebak melalui pelabuhan- pelabuhan waktu itu/ kemunculannya bermula di Asia Tengah sebagaimana Black Death dan puncanya dikatakan daripada haiwan sebagaimana virus HIV aids.
Dalam kepercayaan manusia yang lalu, tuhan menghantar banjir besar di zaman nabi Nuh as kerana ia adalah cara pencipta melenyapkan sebahagian manusia yang dikira sudah terlalu ramai mendiami bumi, populasi manusia menyebabkan penduduk langit rasa bising dan rimas dengan karenah manusia. Jika direnung dan difikirkan melalui sirah para nabi dan rasul, wabak dan malapetaka yang terjadi adalah berpunca daripada keengkaran kepada perintah tuhan serta juga gaya hidup dan mengabaikan kesihatan. Covid-19 ini adalah terang terangan berpunca daripada haiwan yang dilarang dimakan oleh nabi saw iaitu binatang bertaring dan berkuku.
Kita semua berharap agar pendemik ini akan segera dapat diatasi dan vaksin berjaya dihasilkan dalam waktu terdekat, malanglah sekali lagi bagi umat manusia jika vaksin Covid19 ini mengambil masa sebagaimana untuk menemui vaksin cacar, berjuta juta manusia lagi akan lenyap.
(nota semak : vaksin Co19 telah ditemui)
No comments:
Post a Comment