Menonton rancangan 'ghost hunter' menjadikan kita sedar bahawa ada manusia yang cuba masuk ke alam ghaib dengan menggunakan peralatan elektronik dan cuba berkomunikasi dengan entiti yang berlainan daripada manusia biasa. Walaupun betapa kreatif dan bersungguhnya mereka dengan sifat berani yang amat tinggi termasuk ahli wanita, ghost hunter cuba membuktikan kewujudan makhluk halus atau roh di sesuatu kawasan yang di anggap keras atau berhantu tetapi sebagai orang Islam kita difahamkan bahawa memang ada makhluk lain yang mendiami bumi ini yang digolongkan dalam kaum Jin dan syaitan yang jumlahnya jauh lebih banyak daripada manusia dan sekirannya manusia dapat melihat kewujudan mereka sudah tentu kita mendapati tidak ada ruang yang tidak didiami oleh mereka sama ada di daratan atau lautan. Tetapi kewujudan roh orang yang meninggal dunia seperti yang ingin diterjemahkan oleh 'ghost hunter' sebenarnya tidak wujud, hanya Jin dan syaitanlah yang memperdayakan mereka.
Dari pengalaman saya dan keluarga menyakinkan saya bahawa entiti ghaib ini adalah wujud dan adakalanya mereka cuba memasuki alam manusia dan menakut- nakutkan anak cucu nabi Adam as. Sejak kecil saya sentiasa mendengar cerita arwah datuk yang selalu terserempak dengan hantu yang tinggi menjulang, berupa haiwan buas dan pelbagai penyamaran untuk menggetarkan arwah datuk yang juga guru mengajar Al-Quran di kampung kami. Selain kelebihan menghafal surah yasin arwah datuk juga diketahui mempunyai kepandaian yang lain pernah berlaku orang yang hendak mencuri di rumah datuk akan berenang renang di halaman rumah sampai ke pagi dengan mengatakan mereka berada ditengah air yang banyak, pernah sewaktu musim banjir seorang mati lemas dan mayatnya tidak dijumpai dan arwah datuk membaca sesuatu hingga mayat itu seolah datang ke tangan datuk yang mengocak- ngocak air tepi sungai tempat dia selalu ambil wuduk, sebenarnya banyak cerita kepandaian arwah datuk, dan satu amalanya yang selalu saya dengar bila tidur di rumahnya sebelum subuh arwah datuk sudah bangun mengaji dan berwirid salah satu adalah dengan asma al husna 'Ya Latif". Pernah saya tidur di bangunan Tabika lama tepi rumah datuk seorang diri dan pada malamnya saya melihat perempuan cantik yang amat tinggi berpakaian merah jambu melambai ke arah saya dari tepi bukit yang sewaktu dulu kawasan itu selalu dipanah petir berkali- kali.
Sewaktu kecil, tidur saya sering didatangi dengan gelembung- gelembung buih yang memenuhi bilik tidur, perkara ini terus berada dalam ingatan dan apabila dewasa saya menceritakan semua ini kepada kakak rupa- rupanya dia juga mengalami benda yang sama waktu kecil dulu. Rumah kami yang berjauhan daripada rumah penduduk kampung menjadikan sesiapa sahaja tidak suka tinggal di situ, dengan menggunakan sumber air sungai disebabkan keadaan tanah yang masam kelat membuatkan kami hidup dalam sedikit kepayahan, sebelum ke sekolah dalam waktu subuh kami mandi sungai, setiap seorang membawa baldi untuk mengangkut air ke rumah, merentas belukar dan lalang menjadi kebiasaan kepada kami. Ibu pernah bertempik bila suatu malam suatu lembaga menyeringai dari celah sisip angin waktu itu saya dan ayah tiada di rumah kerana ke tempat tahlil orang baru meninggal. Suatu malam yang lain ibu dikejutkan dengan kepulangan ayah dari tempat kerja, ibu membuka pintu bila mendengar enjin motosikal setelah dipanggil ayah kata tunggu sekejap hendak ambil daging, dan ketika itu juga terbau daging bakar sedangkan ayah tiada dan akhirnya bunyi motosikal berlalu ke dalam hutan. adik termuntah dan demam.

Sewaktu saya dan kakak masih kanak- kanak ayah dan ibu sering balik lewat kerana menjual pakaian 'direct selling Top Point' sebagai kerja sampingan. Saya dan kakak menjaga adik- adik bila maghrib saya dan kakak selalu mengintai sepasang ular berwarna kuning yang masuk ke lubang dekat busut dibelakang rumah, waktu siang kakak pernah berjumpa saudara kami dalam keadaan berlumuran darah dimukanya apabila ditanya dia hanya mengilai dan hilang begitu saja. Begitulah kehidupan kami sehingga kami berpindah rumah ke rumah pusaka datuk di mana kami tinggal sekarang kerana di desak dengan kejadian pelik yang sering berlaku, kakak sudah bekerja dan adik- adik dengan hal mereka. Walaupun semua ahli keluarga sudah berpindah saya yang baru saja masuk tingkatan enam mengambil keputusan terus tinggal di rumah lama. Saya tinggal seorang diri, saya sudah menjadi sangat berani, hampir setiap maghrib saya tidak hiraukan ada limau nipis yang dilempar kepada saya yang entah dari mana hinggakan saya jadi terlalu berani walaupun diganggu ketika solat. Saya masih ingat betapa jelasnya sebatang jari menjulur dari celah lantai untuk mengambil kopiah yang saya terjatuh masa solat asar..
Segala pengalaman itu sebenarnya telah mendidik saya untuk tidak takut kepada kegelapan dan usikan makhluk halus, pengalaman masuk ke hutan seorang diri dan menjumpai perkampungan yang pelik. Dan saya juga sudah anggap perkara biasa terpaksa berlawan dengan lembaga hitam di rumah sewa bekas seorang bomoh kerana saya mahu terus sedar bahawa kita manusia adalah sebaik- baik makhluk, hanya ketakutan kepada diri kitalah sebenarnya yang menghalang kita untuk rasa berani..