Thursday, September 1, 2011

Kisah syukur.. King of Yizrael, Solomeh ben David

Bila membicarakan soal syukur dan berterima kasih kita akan insaf dan menyedari bahawa sifat syukur itu amat besar menusuk ke dalam diri orang yang dekat jiwanya dengan pencipta. Syukur yang paling utama adalah syukur kepada pencipta yang memberikan segala kebaikan dan kesenangan kepada makhluk, untuk menterjemahkan rasa syukur dan berterima kasih itu adalah dengan cara patuh kepada apa yang disuruh dan meninggalkan larangannya. Itulah cara bersyukur dan berterima kasih yang sebenarnya. Hari ini seorang jutawan akan rasa bangga, sombong dan tidak ragu- ragu mengakui segala pencapaiannya adalah atas usaha dan kepandaian mereka semata, Hari ini ramai para ilmuan dan pemuka agama menjadi riak dan takabur dengan ilmu yang mereka miliki, Hari ini seorang pemimpin bertindak dengan angkuh menindas negara dan rakyat yang lemah kerana kerajaan mereka mempunyai tentera yang hebat dengan kelengkapan perang yang canggih. Hari ini seorang ketua merasa megah dan asyik dengan kemewahan di dalam mahligai tanpa mempedulikan kesusahan masyarakat lain.
Rasa syukur dan terima kasih akan lebih bermakna sekiranya kita mengambil tauladan dalam kisah nabi Sulaiman bin Daud as yang didakwa oleh orang Yahudi sebagai Raja terhebat dari keturunan mereka. Kisah tentang kehebatan seorang manusia yang tak akan dapat di saingi oleh mana- mana manusia sehingga hari kiamat. Sungguh besar iktibar yang ditunjukkan oleh nabi Sulaiman as sebagai panduan manusia seluruhnya, baginda memiliki kekayaan yang tidak akan berkurang walaupun di agihkan kepada setiap rakyatnya sebagaimana tidak bermaknanya hadiah daripada kerajaan Saba seperti mana terjemahan di dalam Al-Quran .. Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap nabi Sulaiman, berkatalah nabi Sulaiman (kepadanya) “Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang diberikannya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan harta kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah)”

Sebijak mana dan setinggi mana ilmu yang dimiliki oleh para ilmuan segala bidang dan himpunan para genius di dunia tidak akan mampu menyaingi ilmu yang diberikan kepada nabi Sulaiman yang memahami semua bahasa haiwan bahkan nabi Sulaiman juga dengan senang dapat memberi arahan kepada Jin serta angin. Seperti mana percakapan burung Hud- Hud dengan nabi Sulaiman di dalam surah an-Naml ayat 22-27 dan juga ayat 28 yang dibalas lagi oleh nabi Sulaiman kepada burung Hud-Hud yang bermaksud “pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka, dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka” yang mana dialog itu adalah sebenar- benar percakapan bukan sekadar percakapan yang biasa kita tahu adalah ajukan bodoh antara burung kaka tua dengan tuannya sahaja. Walaupun nabi Sulaiman mempunyai bala tentera yang patuh dan tidak terlawan meliputi haiwan, manusia, jin dan angin yang boleh menghancur leburkan apa sahaja tetapi sebagai seorang nabi yang diutus untuk memakmurkan muka bumi, Sulaiman tidak menggunakan kekuatan dengan sewenangnya, selain berunding, menghantar utusan dan surat baginda juga tidak mengancam makhluk lain yang lemah walaupun sekecil semut yang berada di depan bala tenteranya.

Nabi Sulaiman mempunyai Istana yang dibangunkan secara gotong royong oleh manusia, haiwan dan Jin. Luar biasanya binaan teknologi maju di zaman itu diceritakan di dalam Al- Quran sebagaimana kisah keterujaan ratu Balkis semasa memasuki istana Raja Sulaiman. (setelah itu) dikatakan kepadanya “Dipersilakan masuk ke dalam Istana”. Maka tatkala ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata; “sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat daripada kaca”. (mendengar yang demikian, Balqis berkata: “wahai tuhanku, sesugguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam’ bersama- sama nabi Sulaiman, kepada Allah tuhan sekalian alam” (surah an-Naml :44)

Istana nabi Sulaiman adalah binaan terawal di Baitul Muqqaddis, walaupun binaan itu berlaku ribuan tahun yang silam tetapi komplek Istananya lebih hebat daripada apa yang terdapat di lokasi yang sama pada hari ini, malangnya tinggalan yang hebat itu tidak dijaga oleh bani Israel dengan sebaiknya, mereka dengan sombong dan angkuh memusnah dan menghancurkan tinggalan nabi Sulaiman seperti digambarkan tiang- tiang disaluti tembaga, bumbung diperbuat daripada perak, dinding dibangunkan dengan batu terpilih, pintu daripada kaca juga pasir di taman Istana di taburi batu permata. Apa yang tinggal hari ini hanyalah dinding sebelah barat yang dijadikan tempat meratap oleh kaum sesat Yahudi.
Begitulah kehebatan, kekuasaan, kemakmuran, kemewahan yang Allah swt berkuasa memberikan kepada sesiapa sahaja yang tetap menghambakan diri kepadanya dan bersyukur atas setiap kurniaannya seperti mana diucapkan oleh nabi Allah Sulaiman sendiri di dalam Al –Quran selepas peristiwa seorang manusia dapat mengalahkan Jin Ifrit dalam memenuhi permintaan nabi sulaiman untuk membawakan Istana kerajaan Saba di depan matanya. “Ini adalah limpah kurnia dari tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberiannya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya tuhanku Maha Kaya dan Maha Pemurah”.

Setiap manusia akan ada yang diatasnya dan kemuncak yang di atas adalah sang pencipta, patuh dan bersyukur kepada Allah swt akan memberi kebaikan kepada semua makhluk kerana jelas tuhan itu menyuruh berbuat baik dan memakmurkan muka bumi. Syukur kepada Allah akan membawa kita kepada terima kasih kepada khalifah, pemimpin dan seterusnya rasa terima kasih itu akan diterjemah di dalam keluarga yang meletupkan pula menjadi kebangkitan semula umat Islam untuk membebaskan Baitul Muqaddis daripada kezaliman dan kesombongan bangsa Yahudi yang asalnya berkelana dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya menetap di tanah suci di zaman nabi Sulaiman as. Mereka sekali lagi dimusnahkan akibat kezaliman melampaui sempadan, masyarakat Yahudi moden yang bersikap buruk dan tidak mendengar kata sekali lagi menetap di wilayah yang sama, mereka menjadi punca kepada keganasan dan berseronok dengan kesombongan mereka tanpa rasa syukur dengan apa yang Allah berikan kepada mereka sebelum amaran pertama dahulu.



No comments:

Post a Comment