Monday, May 23, 2022

Adoii.. Ifa Raziah buat lagiii

Hari ni bila buka muka buku.. keluar nama Ifa Radziah... alamak apa hal pulak ni, dahlah saya masih tak tau kenapa ramai yang tulis "nak ke suasana" bila tengok video ni barulah faham, rupanya kes membawang kumpulan makcik kiah saja. Sebenarnya kalau diikutkan sentiasa ada hal hal yang viral kalau yang bermanfaat okeylah juga boleh buat panduan dan sempadan. Ini boleh merugikan ummah adalah..

Sebelum ni selalu juga dengar cakap cakap pasal para ustaz dan penceramah bertikam lidah dan berbalas hujah sampai keluar ayat Al quran dan hadis membuatkan kita jadi gerun nak menyampuk. Halnya sama saja benda yang semua adalah betul dan kedua pihak bercakap atas kebenaran cuma kesesuaian masa dan tempat yang membuatkan jadi isu yang sebenarnya juga membuang masa.

Berbalik kepada kes Ifa Raziah saya terpanggil untuk tahu apa sebenarnya berlaku kerana dia antara orang yang saya tegur masa pertama kali dia melibatkan diri dengan dunia drama televisyen dan penggambaran adalah di Pulau Pinang. Ifa Radziah seorang yang mudah didekati, peramah dan baik cuma sudah menjadi boleh dikatakan perangai artis kebanyakan mereka adalah berani bersuara yang boleh dikategori bermulut laser. Perhatikan kawan kawan kita yang bermulut laser mereka hampir tiada rahsia kerana semua nak dikeluar dan diluahkan.. mereka ikhlas tak berbatas hingga menjadi kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.

Saya juga waktu aktif di dunia penggambaran turut terpengaruh dengan idea mulut becok dan terus terang tanpa memikirkan sensitiviti, apa yang kita nak nyatakan adalah apa yang kita percaya adalah realiti atau kebenaran yang hanya orang yang berani dan jujur sahaja sanggup luahkan mereka rela dicemuh asalkan boleh memberi kenyataan yang betul.

Dalam video tersebut Ifa Raziah beri respon kepada orang yang memintannya agar bertudung. Kalau anda ditempat Ifa Razdziah apa akan anda jawab. Sebagai orang yang tidak bertudung tentunya ia akan membela dirinya. Peminat atau masyarakat sepatutnya tidak perlu bertanya atau berdakwah sebegitu kerana Ifa sendiri tahu dia tidak mengikut suruhan agama dan dia melakukan satu daripada amalan berdosa tetapi masih berbangga kerana tidak melakukan dosa dosa lain yang orang memakai tudung juga ada melakukan dosa itu sementara Ifa Radziah juga membuat pahala cara tersendiri.

Cuba kita buka foto foto lama ibu dan mak mak saudara kita atau kita sendiri pada satu masa dulu, jelaskan masa itu majoriti tidak memakai tudung serta tanyakan diri kita dan mak kita adakah mereka buat perkara yang jahat masa tak bertudung itu. Anggap saja Ifa Radziah masih berada pada zaman mak mak kita dan InsyaAllah seperti kita juga suatu masa ia juga akan bertudung bukan kerana fesyen atau trend tetapi kerana menyempurnakan kehendak agama. Saya bukan menyokong yang tak bertudung tetapi ada orang berilmu yang mempertikaikan suruhan bertudung serta aurat rambut itu apa statusnya.. adakah lebih berat daripada status aurat suara perempuan.

Benda ini hanyalah perkara diibaratkan hal didalam kain kaum hawa, teguran tanpa memalukan serta jawapan yang tidak emosi dan berhikmah adalah lebih bermanfaat dan berkesan untuk makcik yang suka membawang.

Isu kedua adalah pertanyaan tentang status kedai makan cina yang Ifa Radziah sedang makan. Tidak manis bertanya soalan itu di sebuah negara Islam dan kedai pula bukan dilokasi tersorok. Ifa Radziah juga jawab dengan suara provok yang tidak akan membuat orang rasa insaf apalagi bila berkata 'sedap makan babi' ini lebih menyerlahkan sisi kejahilan dalam adap makan orang Islam, lantas menutup hakikat bahawa mereka juga makan di Starbak milik Yahudi seperti KFC dan Mc Donald juga tiada beza dengan makan di kedai kopi halal milik Cina atau India di Malaysia. Hal kedai makan ini perkara biasa di negara kita terutama di bandar besar seperti Penang, Ipoh malahan ia adalah benda lumrah jika di Sabah.

Mungkin jarang berlaku di pantai timur kerana populasi orang Melayu yang ramai tetapi jangan tak tahu antara kedai popular di negeri saya Kelantan serambi Mekah juga dimiliki dan di urus selia langsung oleh orang cina contohnya restoran Hoover, White House serta Kopitiam Kita yang terkenal dengan roti titab serta beberapa buah kedai lagi di bandar Kota Bharu.


Untuk lebih adil saksikan video ini...