Saya dan mungkin ada lagi sebilangan orang yang curiga apabila sentiasa ada kematian yang membabitkan penerima vaksin covid 19. Saya bukan doktor atau pihak yang beragenda dalam menguruskan situasi semasa negara. Tetapi saya masih percaya bahawa akal manusia tidak boleh disekat daripada berfikir dan boleh membezakan apa yang benar dan apa yang sengaja dibenarkan.
Sebagai orang awam kita seharusnya tahu bahawa, asal usul ciptaan apa sahaja vaksin adalah melalui virus atau unsur penyebab itu sendiri contohnya jika hendak mencipta vaksin melawan racun ular tedung. makan racun ular tedung mesti disuntik dalam badan seseorang terlebih dahulu untuk sel sel pertahanan tubuh mengenal pasti dan menyediakan pertahanan yang sesuai. Vaksin ialah suatu persediaan biologi yang menyediakan pelalian aktif untuk penyakit tertentu ia biasanya mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisma penyebab penyakit. ia sering diperolehi sama ada melalui mikroba yang dilemahkan ataupun dibunuh, racun racunnya yang terhasil mahupun salah satu protein di permukaannya. agen tersebut merangsang sistem imum badan agar ia mengenali agen itu sebagai suatu ancaman, ia melawan menghancurkan agen itu dan menyimpan rekod supaya sistem imum lebih mudah mengenali dan memusnahkan apa apa jua organisma sama yang ditemuinya di lain masa begitu juga keadaan yang sama dalam menghasilkan vaksin untuk melawan virus corona.
Saintis perlu mengkaji virus tersebut terlebih dahulu dan membuat ujian demi ujian untuk membangkitkan tindakbalas melawan, dan akhirnya saintis telah berjaya menghasilkan vaksin yang menyamai virus corona tetapi dengan kelemahan yang boleh dihadapi dan seterusnya boleh dilawan oleh sistem pertahanan tubuh, sifat badan manusia atau haiwan jika badan mereka sudah mengenali benda asing yang masuk ke dalam badan, badan akan menghasilkan pertahanan dengan mencukupi bagi melawan jika serangan yang sama berlaku lagi. Ia bolehlah diumpamakan pihak keselamatan yang sudah mengenal pasti punca kecurian dan tempat yang dimasuki penceroboh, pihak keselamatan akan bukan sahaja mengawasi tempat yang berjaya diceroboh tetapi juga memperketatkan lagi keselamatan di setiap penjuru, begitulah apa yang berlaku kepada badan manusia setelah disuntik anti virus corona.
Tahukah kita bahawa apabila kita divaksin kita sebenarnya diberi tisu virus corona atau unsur virus menyamai virus corona namun dalam peratus tertentu. Kita menerima apa yang kita takut, kita pakai pelitup dan mengamalkan SOP untuk mencegah virus tetapi kita gembira dan teruja untuk disuntik benda yang sama dalam badan kita.
Bila kita sudah faham disitu maka kita boleh buat tafsiran mudah bahawa rakyat kita sebenarnya sudah menerima vaksin seramai hampir 10 juta orang termasuk yang positif covid 19 lebih 1 juta orang setakat artikel ini ditaip, dan saya tertanya- tanya apa perlunya lagi diberi vaksin kepada orang yang telah menerima vaksin asli yang 100% tuleh itu. mereka berjaya melawan virus corona menggunakan 'vaksin asli' tersebut. vaksin ciptaan manusia itu yang 96% (pfizer) berkesan boleh diberika kepada jutaan rakyat yang tertunggu tunggu giliran mereka.
Berbalik kepada persoalan asal iaitu kematian setelah menerima vaksin. Angka kematian seramai lebih 8 ribu orang, tidak ada pihak atau kementerian yang berani menafikan bahawa mereka mati bukan disebabkan virus corona. Dan inilah yang diwawarkan kepada rakyat mati disebabkan covid19. Tetapi pada masa yang sama Kementerian terlibat, Menteri atau doktor tidak mahu mengakui walaupun seorang yang mati selepas menerima vaksin adalah kerana vaksin itu, mereka cepat mengaitkan dengan sejarah kesihatan si mati dalam masa yang sama turut mengakui ada kematian kerana covid menyerang orang yang lemah namun tidak bertanggungjawab dan tutup mulut bila berlaku kematian selepas menerima vaksin. Bukankah sudah dijelaskan bahawa vaksin dicipta melalui tisu virus corona atau ciptaan baru virus vaksin corona oleh saintis. Bukankah ia benda yang sama. Apa sudah jadi kepada janji pampasan RM500,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya disebabkan vaksin sebagaimana dalam Laporan Akhbar