Perasaan kagum dan seperti tidak percaya apabila mendapat pengesahan bahawa permohonan saya untuk mendapat gelaran 'Lord' telah dipersetujui oleh Putera Micheal dan dimasukkan ke dalam senarai bangsawan negara Sealand.
Setakat hari ini negara Sealand adalah benar- benar wujud sejak tahun 1967 dan ia memenuhi syarat sebuah negara mengikut konvensyen Montevideo tahun 1933 tanpa menentukan saiz negara. Maka negara super kecil bernama Sealand ini sudah dibuktikan oleh mahkamah di UK dan juga ada kejadian yang menyebabkan negara British, Jerman dan Belanda terpaksa menghantar diplomat untuk menyelesaikan kes tebusan di Sealand.
Mungkin yang menjadi persoalan dan rasa pelik adalah kewujudan Sealand itu hanya di atas dua menara sebagai tiang platfom besi yang didiami oleh keluarga Bates yang sudah mengistiharkan tempat itu adalah sebuah negara serta melantik dirinya sebagai pemerintah. Hanya ini yang mungkin membuatkan semua negara lain di dunia tidak mengiktifaf Sealand secara rasmi biarpun ia mempunyai bendera dan lagu kebangsaan sendiri, mata wang. setem dan pasport sekiranya masih tidak yakin dengan kedaulatannya ia tetap mempunyai pasukan bolasepak Sealand,
Selepas membuat pencarian di Internet dan membaca perdebatan di dalam media sosial, saya membuat keputusan bahawa negara Sealand akan diiktiraf sekiranya ada sebidang tanah di permukaan laut yang menjadi asas kewujudannya. Kewujudan ini sebenarnya jika ada sudah lama ia akan menjadi hak milik UK. Untuk hari ini dan masa depan Sealand seharusnya mempunyai daratan untuk mudah diiktiraf sebagai negara baru. Saya juga menghantar cadangan dan menceritakan pengalaman negara dalam perebutan Pulau Batu Putih diakhir tulisan saya juga menawarkan diri untuk menjadi wakil mereka di Malaysia sekiranya mereka sudah bersedia.. Mereka membalas cadangan saya antaranya seperti berikut..
Many thanks for your kind email to us here at the Principality.
Unfortunately we are not currently looking for Sealand representatives abroad.
We will however keep your details in our records for future reference.
Again, many thanks for your support
Jika kembali kepada sejarah bangsawan di tanah Inggris. Mereka juga bermula dari tiada, kemudian mendapat pengikut, melantik pemerintah atau King / Queen untuk melancarkan pentadbiran mereka melantik orang orang yang dipercayai dan memberikan gelaran mengikut kehendak dan keperluan seseorang pemerintah. Peperangan antara wilayah berlaku yang memerlukan biaya yang banyak serta rakyat yang ramai untuk memenangi sesebuah peperangan kerana itu berlaku penjualan anugerah daripada keluarga diraja serta ada yang dianugerah tanah sebagai ganjaran sokongan kepada istana sebagaimana teciptanya gelaran Baron dan Baroness.
Maka di mana Sealand.. Sealand juga bermula daripada tiada, melantik pemerintah dan mengadakan lambang, serta mencipta Perlembagaan. Sealand pernah mengistiharkan perang keatas British dan British tidak berbuat apa apa kerana kedudukan negara Sealand di luar wilayah British sehingga British tergesa gesa memperluaskan sempadan lautnya merangkumi Sealand yang sudah dahulu mengistihar kemerdekaan serta juga menandakan sempadan lautnya sendiri.
Sebagai pemerintah Putera Micheal juga memerlukan dana untuk negaranya termasuk matlamat menimbulkan tanah di atas laut Sealand. Sealand juga menawarkan tanah lautannya kepada pembeli dengan helah ini akan banyak tuntutan atau saman sekiranya British menjajah atau memusnahkan Sealand. Untuk memenuhi tuntutan kewangan dalam perang zaman ini, Keluarga diraja Sealand juga menawarkan hadiah berupa anugerah kepada penyokong dan pembiaya kewangan negaranya ia perkara yang sama dilakukan oleh keluarga diraja england berabad yang lalu. Inilah cara- cara sebuah negara memanfaatkan kesanggupan rakyat. Sealand juga membuka dan memberi kerakyatan kepada umum, langkah sama dilakukan oleh kerajaan di awal penubuhan kerajaan atau empayar.
Sealand masih belum diiktiraf dan anugerahnya tiada nilai. Sebenarnya nilai ini adalah mengikut pandangan dan penerimaan masing masing. Ada orang masih mencari anugerah dan gelaran di Indonesia atau Filipina walaupun Sultan atau pemerintahan mereka sudah dibubarkan bersama terbentuknya negara berkenaan, Ini tidak berlaku kepada Sealand yang mempunyai matawang, kad pengenalan serta passport, juga pengunjung perlu membawa passport antarabangsa untuk berada di Sealand. kerajaan mana lebih merdeka dan lebih berdaulat ?.
Anugerah istana tidak dijual ? Persoalan ini sebenarnya hanya menjadi pendapat dan pandangan umum tetapi sebaliknya ada dan mungkin ramai yang mendapat gelaran bukan hanya melalui sumbangan dan jasa kepada negara. Penerima anugerah juga diberikan atas sebab bantuan, sumbangan atau hadiah kepada seseorang pemerintah atau raja. Tidak kurang juga ada penerima anugerah yang kerjanya adalah menebang balak memusnahkan hutan, mengurus kerja kerja jenayah atau menjadi lintah darat boleh mendapat anugerah dengan melalui kewanngannya dengan membuat bayaran tertentu, jadi yang membezakannya adalah anugerah di dalam negara dan lain lain tempat harganya menjadi ratusan ribu, tidak mampu dibeli oleh kebanyakan orang sedangkan anugerah oleh Sealand mampu dimiliki oleh orang biasa. Sama kan ?
Akhir kata saya dapat anugerah gelaran ini dengan harga lebih murah di negara terkecil di dunia, ianya dikeluarkan oleh pemerintah dan kerajaan itu. Walaupun mungkin anugerah ini diperlekehkan di sesetengah dunia namun ia adalah anugerah yang saya perolehi secara sah, tiada paksaan untuk panggilan kepada saya namun rakyat Sealand tidak menolak bahawa saya kini...