Alhamdulillah syukur yang tidak terkira apabila Aya Sofia kembali menjadi masjid selepas 86 tahun dijadikan muzium. Aya Sofia adalah lambang kemenangan untuk seluruh umat Islam mengalahkan kerajaan Byzantin sesuai dengan sabda nabi saw "sungguh Konstantinopel akan dibebaskan, sebaik baik amir adalah amirnya dan sebaik baik pasukan adalah pasukan tersebut" ramailah pemimpin Islam kemudiannya telah menyahut sabda nabi saw dengan harapan merekalah pemimpin dimaksudkan oleh Rasulullah sehinggalah Sultan Muhammad Al Fatih dari Empayar Uthmaniah berjaya menakluk dengan penuh dramatik beliau menjadi satu nama yang cukup menjadi Inspirasi kepada perjuangan orang Islam terutama dalam perang- perang kebebasan. Kisah kejayaan Sultan Muhamad Al Fatih ini juga pernah diceritakan kepada orang Melaka sewaktu melawan Portugis.
Perlu direnungi bahawa selepas kejatuhan Khalifah empayar Ottoman 1923, sistem Khalifah Islam tidak ada lagi, orang Islam seluruh dunia yang dulunya menjadikan Khalifah Empayar Ottoman sebagai pelindung dan penaung mereka kini sudah kehilangan kekuatan spiritual, kesatuan negara Islam dipecah pecah dan dimalukan oleh orang- orang barat. Tokoh yang bertanggungjawab menghancurkan maruah Islam bukan datang dari barat atau oleh serangan bersenjata musuh Islam tetapi oleh orang Islam yang berjaya di sekularkan pemikirannya iaitu Mustafa Kamal Attartuk. Mustafa Kemal beranggapan beliau adalah penyelamat bangsa Turki dan Ingin memodenkan bangsa Turki dengan acuan barat bukannya menurut cara Islam atau Arab.
Aya Sofia asalnya adalah dibangunkan untuk upacara keagamaan Kristian oleh Maharaja Rom Timur atau Byzantin pada abad ke 6 Masihi. Kemenangan Sultan Muhamad Al Fatih atau juga dinamakan Sultan Mehmed 2 keatas Konstantinopel yang kemudiannya diubah nama menjadi Islambul (Islam sepenuhnya) juga telah mengIslamkan Aya Sofia dan menjadikannya sebagai masjid selama 530 tahun sehinggalah kemunculan mimpi ngeri kepada umat Islam bila pemerintah Mustafa Kemal menjadikan Aya Sofia sebagai muzium pada 1923. Di zaman pemerintahan Presiden Reccip Tayyib Erdogan Islam kembali subur di Turki, masyarakat Turki ingin kembali kepada kemegahannya bersama Islam, semangat ini lah yang memberi ilham kepada Hakim Mahkamah Agung Turki untuk membatalkan perintah yang dibuat 86 tahun lalu, Mahkamah membenarkan semula Aya Sofia kembali berfungsi sebagai masjid.
Allahhuakbar.. Allahhuakbar Allahhuakbar, Pembebasan ini membuatkan umat Islam menitis air mata kegembiraan, ia mengimbau semula kejayaan Muhammad Al Fatih, membebaskan konstantinopel, Presiden Erdogan berkata kejayaan ini adalah sebagai langkah untuk kejayaan membebaskan Masjidil Aqsa di palestin, sama sama kita doakan agar ianya menjadi kenyataan. dan penuh berharapan juga agar Masjid Cordoba di Sepanyol turut dibebaskan sebagaimana Aya Sofia suatu masa nanti.. Sesungguhnya benarlah bantuan Allah itu akan datang apabila hambanya kembali beriman..