Berada di negara yang aman adalah anugerah tuhan yang paling berharga... Merasai aman tidak bermakna berada di negara maju yang menyediakan tahap keselamatan yang baik atau kekuatan pertahanan dengan kelengkapan yang canggih dan anggota tentera yang ramai.
Melalui kaji selidik oleh Institude For Economic and Peace yang berpejabat di Sydney, Malaysia berada di tangga ke 19 daripada 152 negara yang dibuat tinjauan. walaupun ia tidak berada dalam senarai sepuluh terbaik (1. Iceland, 2. New Zealand, 3. Jepun, 4. Denmark, 5. Rep Chech, 6. Austria, 7. Finland, 8. Kanada, 9. Norway, 10. Slovenia) tetapi jika dibandingkan dengan negara jiran (Singapura ke 24, Vietnam ke 30, Laos ke 32, Indonesia ke 60, Thailand ke 107, Myanmar ke 133, Filipina ke 136) sebagai rakyat bolehlah rasa lega dan syukur dengan persekitaran negara kita. Dan kita tentunya tidak mahu menjerumuskan negara kita seperti negara ke sepuluh paling bawah (Libya ke 143, Republik Afrika Tengah ke 144, Israel ke 145, Russia ke 146, Congo ke 147, Korea Utara ke 148, Afghanistan ke 149, Sudan ke 150, Iraq ke 151 dan terkebawah adalah Somalia ke 152.
Walaupun sesetengah rakyat berbangga dengan negara lebih maju, tetapi bandingkan kedudukan United Kingdom adalah berada di tangga ke 26, dan Amerika Syarikat ke 82.. Dalam senarai ini kita tentu rasa kecewa jika tidak satu pun negara Islam berada di tahap sepuluh terbaik tetapi 6 negara Islam berada di tangga tercorot yang antaranya negara yang ghairah meruntuhkan kerajaan mereka sendiri melalui tangan ghaib dan agenda kuasa negara lain secara kekerasan.