Wednesday, October 28, 2009

SIVAKUMAR

"Keras kepala.. tak malu muka" agaknya sesuai ditujukan kepada v.sivakumar yang seperti gila talak memakai jubah speaker DUN kehulu- kehilir. Sivakumar terlupa bahawa beliaulah yang memecat 2 Adun PKR dulu dengan tujuan untuk mengadakan pilihanraya semula tetapi rancangannya tidak berjaya dan apabila seorang Adun DAP keluar parti menjadi bebas dia mula gelabah sebab kerusi tak cukup.. sivakumar jadi huru-hara bila Adun BN yang melompat masuk BN semula. Rakyat perak tahu orang BN cukup kecewa bila Adun mereka masuk PR tetapi tidaklah sampai minta bubar DUN sebab kes lompat melompat ini adalah hak wakil rakyat dan ia dipraktikkan hampir seluruh dunia. Sivakumar silap perhitungan dan jadi sasau sampai sekarang, beliau tak dapat menerima hakikat bahawa kedudukan sudah berubah untuk menunjukkan keras kepalanya diapun adakan sidang DUN bawah pokok dan juga hotel tapi yang lucunya semua Adun PR ikut serta dalam persidangan ala negeri Pasir Dua Butir tu.. Hari ini 28/10/09 Sivakumar benar -benar malu sebab terpaksa tanggalkan jubah speaker dan tak jadi bersidang di hotel sebaliknya masuk ke dewan negeri, jadi rakyat sudah tahu siapa sebenarnya yang mentadbir kerajaan Perak dan siapa yang begitu tolol hendak menipu rakyat.

Monday, October 26, 2009

NIK AZIZ & dendam..


Nik Aziz memang seorang politik dalam masa yang sama mengakui sebagai ulama.Sukar untuk mencari seorang ulama yang tegas dalam pendirian politiknya. Nik Aziz cukup berdendam dengan UMNO, beliau begitu benci kepada UMNO melebihi bencinya kepada kafir harbi malahan syaitan sekalipun, penegasan ini sedikit sebanyak sudah mula membakar di dalam PAS. Nik Aziz tidak menyenangi sesiapa saja yang dilihat tidak sehaluan dengan pendiriannya.Selain Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa, beliau juga melibatkan Mustafa Ali dan Hassan Ali dalam usahanya menguasai PAS. Kerana desakan Nik Aziz yang serius satu mesyuarat Khas diadakan untuk menentukan persetujuan mengadakan EGM PAS. Nik Aziz berjaya dalam langkah awalnya dan jika EGM berjaya dilakukan Nik Aziz memasuki fasa kedua yang akan melonjakkan popularitinya dan sekiranya EGM memihak kepadanya maka Nik Aziz akan menjadi Ulama politik yang cukup- cukup hebat kerana walaupun sudah dikatakan nyanyuk dan uzur beliau masih mampu memalukan golongan sederhana yang masih boleh bertoleransi dengan UMNO.

Sunday, October 4, 2009

"BERITA KEPADA KAWAN..". Ebiet G. Ade

Lagu puisi nyanyian Ebiet G. Ade barangkali sangat baik untuk kita hayati ini kerana hampir lima tahun bencana tsunami yang melanda Asia berlalu kini negara- negara yang berada di lingkaran api pasifik terpaksa menerima musibah hukum alam, bermula dengan tsunami di kepulauan pulau Samoa dan Tonga,ribut yang silih berganti menghentam pulau Luzon Filipina hingga merebak ke Indochina dan yang paling menyayat hati adalah gempa bumi yang meruntuhkan tanah Minang di Sumatera. Bagi bangsa serumpun kita seharusnya merasai kesengsaraan saudara kita di Padang disamping terus bersimpati dengan negara tetangga Filipina. Kita seharusnya amat terasa dengan tragedi Padang kerana tidak dapat dinafikan bangsa Minang adalah bersaudara dengan ramai rakyat Malaysia terutamanya di negeri Sembilan, selain mereka adalah sebangsa dan seagama mereka juga bersambung budaya dan bahasa dengan kita malahan dalam sejarah bangsa Melayu di semenanjung kita tidak akan terlepas dengan cerita Bukit Seguntang, Raja Melewar dan adat Perpatih.. Disamping itu kita sentiasa teringat dengan keenakan hidangan nasi Padang dan tercuit hati dengan kisah "Aku Budak Minang" karangan Ujang.Dalam kegelisahan dan air mata di Tanah Minang kita sedang memerhatikan satu perebutan kuasa di Bagan Pinang.. Atas dasar budi dan perihatin kita amat percaya pengundi- pengundi berketurunan Minangkabau menyedari akan jasa dan sumbangan kerajaan Malaysia dalam pembangunan negeri perpatih itu, orang minang juga sangat mengenali siapakah yang cakna membantu - saudara mereka di Sumatera, bahkan diseluruh nusantara..