Orang Melayu Islam seringkali membenci seseorang kerana hal- hal yang tidak mengikut selera dan kehendak mereka, manakala yang lebih beragama pula sering beranggapan pemimpin berimej sekular tidak perlu dipegang kata- kata mereka, pemimpin tersebut dikatakan tidak mengikut kehendak agama.
Tun M meramalkan UMNO BN akan hilang kuasa pada 2020 tetapi ia berlaku lebih cepat iaitu pada 2018. memperkuatkan lagi ramalan itu bila DS Najib dengan tegas seolah juga risau jika ramalan Tun M itu akan berlaku, maka DS Najib dengan yakin mengatakan jika UMNO hilang kuasa orang Melayu akan terbangsat, kini ramalan Tun M dan ketakutan DS Najib telah terjadi.
Orang Islam seharusnya tahu bahawa musuh Allah swt yang mengaku tuhan dan memerangi Allah swt salah seorang adalah Namrud Gilgames namun Namrud inilah yang mencorakkan dunia dan meletakkan asas asas kepercayaan dan kehidupan dunia dengan teori dan hukum hukumnya sehingga kini digunakan oleh setiap manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Maka apalah sangatnya jika teori dan unjuran oleh orang yang digelar Mahafiraun oleh Mat Sabu kita terima dan bertindak dengan segera.
Orang UMNO semakin berpecah memberikan banyak ruang kepada DS Anwar untuk mengukuhkan PKR. UMNO sebenarnya hampir memenangi dan InsyAllah akan dapat mengatasi BERSATU yang suatu masa ingin menelan dan menggantikan UMNO kini mereka sudah lunak dan menghulurkan salam untuk bekerjasama dengan UMNO. Hanya keteguhan prinsip dan ketahanan serta kesetiaan ahli akan membuktikan PPBM itu akhirnya akan tewas kepada UMNO.
Tetapi PKR semakin hari semakin menjadi pilihan kepada orang Melayu daripada UMNO, PAS dan yang baru berjinak jinak hendak mendekati parti politik maka PKR lah yang didekati kerana faktor kuasa dan kedudukan dalam kerajaan. UMNO tidak lagi menjadi pilihan utama kepada orang muda.
Ramalan Tun M itu berkait rapat dengan DS Anwar, sekiranya Anwar terus mencengkam bermakna bangsa lain terutama daripada DAP akan mudah bergerak dengan ruang yang besar, UMNO tidak lagi mampu menyekat kuasa mereka sebagaimana era BN memerintah.
Orang Melayu Islam boleh menolak UMNO dan memilih PAS dalam pilihanraya, namun PAS bukanlah parti berpengalaman dan mereka dalam banyak perkara sering dipergunakan dan ditipu, PAS tidak ada halatuju yang kuat untuk orang Melayu mereka hanya melihat kepada agenda Islam pada zahir sahaja, PAS tidak mampu menterjemah pentadbiran Islam untuk negara seperti Malaysia. PAS lebih berjaya untuk negara yang sepenuhnya Islam dan itu bukanlah negara Malaysia.
Untuk menyekat kerisauan Tun M ini UMNO mesti diberi peluang untuk mengembalikan semula maruah orang Melayu. Orang Melayu tidak ada pilihan lebih baik selain UMNO dan bangsa lain tidak akan harmoni jika DAP terus diberi kerusi yang banyak.
Tun M mungkin tidak sempat merasai apa yang diramalkan 5 tahun lagi tetapi ketika itu sekiranya PKR masih menjadi parti pemerintah umat Melayu akan mengakui bahawa kata- kata Tun M adalah benar. Dan ketika itu Melayu beransur hilang di dunia.
No comments:
Post a Comment