ClixSence

Sunday, September 11, 2011

Ludah ke langit jatuh ke muka sendiri..

Selepas menghabiskan pembacaan novel Memoir Seorang Guru kita lantas teringat semula artikel ini http://temalong.blogspot.com/2011/07/beri-peluang-kepada-timbalan-pengarah.html yang kita catat beberapa bulan lalu timbul pula rasa malu dan tak terduga sama sekali bahawa begitu ramai warga pendidik yang berminat untuk memperkatakan tentang tidak puas hati, pertahankan diri atau puak masing- masing. Jika diikutkan mahu saja kita tamatkan saja sengketa para Anonymous yang berbagai ragam itu dengan tutupkan artikel itu. Dilihat kepada tulisan dan hujah mereka kita tahu begitu ramai orang berilmu meluahkan rasa, kita yakin mereka adalah dikalangan ibu-bapa, guru sekolah malahan kekitangan JPN Kelantan tetapi sangat jarang yang benar- benar sanggup bercakap atas dasar pendidik yang ikhlas dan syukur.
Seluruh rakyat memang tahu kerjaya guru sejak dari zaman sebelum merdeka lagi begitu dipandang tinggi atas kerjaya mereka, sebut saja cikgu mana nak meminang anak dara pasti bakal mertua rasa bangga, cakap saja pesanan guru kepada ibu bapa tentang karenah nakal di sekolah akan adalah anak yang kena pukul.. tanyalah murid dalam kelas akan cita- cita mereka, guru akan tersenyum kerana ramai muridnya ingin menjadi cikgu dan cikgi.
Ikhlas dan syukur sudah semakin hilang diganti dengan peluang dan ganjaran pula yang membarah dalam diri pendidik masa kini, kerjaya guru sudah acap kali kita katakan bukan pilihan asal tetapi kebanyakan yang mengisi kerjaya mulia itu adalah kerana kerja dan peluang bidang keguruan sentiasa terbuka berbanding lain- lain profesion. Mungkin tidak ramai guru yang mengaku mereka bukan lagi pendidik tulen yang ambil kisah tentang masa depan murid, tentang keluarga murid atau hal- hal yang diluar waktu sekolah. Apa yang menjadi keutamaan guru hari ini kebanyakannya akan bercakap soal kenaikan pangkat, pendapatan tambahan, kereta baru, rumah baru atau tender.
Sebenarnya diluar sana sudah banyak suara- suara yang mula mencemuh dan cemburu dengan keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan kepada guru. Lihat saja rumah cantik yang sentiasa tumbuh kita akan tahu penghuninya adalah seorang guru bukannya tentera atau polis, berselisih dengan kereta baru dan mewah kita jamin itu bukan milik pekerja POS atau Majlis Perbandaran, kita juga tidak pelik jika ada guru ligat mencari pendapatan lain hingga menjejaskan maruah atau kreadibiliti seorang guru dan lebih malang lagi kita tahu ada guru yang pandai melobi dan memperalatkan parti untuk mendapat projek.
Bukan nak menghalang para guru mengejar kemewahan dan kenaikan pangkat tetapi jika rasa diri tidak lagi ikhlas menjadi pendidik tulen cepat- cepatlah mencari jati diri seorang guru.. kerana kita tahu majoriti yang berada di JPN atau PPD mereka asalnya adalah guru dan tetap dipanggil guru sampai bila- bila pun. Semoga selepas ini artikel berterus- terang kita itu tidak diambil kesempatan untuk menunjuk belang masing- masing dan menunding kelemahan orang lain tetapi seeloknya memberi cadangan untuk kebaikan bersama. 

No comments:

Post a Comment