Friday, September 23, 2011

Full Transcript: Interview With President Mahmoud Ahmadinejad of Iran

STEPHANOPOULOS: Mr. President, thank you for joining us again.  I want to begin with a topic that– many Americans are interested, of course the Americans, Josh Fattal and Shane Bauer.  Last week you raised a lot of hopes here in the United States saying they would be released in a couple of days as a humanitarian gesture.  Many expected them to come back here with you.  Yet they’re still imprisoned in Iran.  Why? http://abcnews.go.com/blogs/politics/2011/09/full-transcript-interview-with-president-mahmoud-ahmadinejad-of-iran/


Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad adalah antara pemimpin yang masih lantang membawa suara protes di persidangan dunia. Selepas Saddam Hussein dan Muammar Gaddafi disingkirkan masyarakat dunia hanya mempunyai beberapa orang sahaja pemimpin yang masih lantang dan berani bersuara antaranya adalah Hugo Chavez dari Venezuela dan sesekali dikejutkan dengan kedegilan Kim Jong ill dari Korea Utara. Keberanian Mahmoud secara terang terangan menghentam kuasa barat yang rakus menguasai negara lemah sentiasa ditunggu oleh para wartawan tetapi ahli sidang khasnya Amerika Syarikat dan Eropah sentiasa tidak senang duduk dan panas telinga mendengar cercaan presiden dari negara Syiah itu berucap dengan menggunakan bahasa kebangsaannya. Walaupun Presiden Iran berani dan berterus terang dalam ucapannya menentang negara barat yang menceroboh jiran- jiran Arabnya mungkin bagi sesetengan orang akan beranggapan teguran dan makian Presiden yang terkenal dengan cara hidup amat sederhana itu hanya mengundang lebih banyak kebencian daripada negara musuhnya berbanding kesedaran dan keinsafan pemimpin besar dunia. Bagi rakyat Malaysia, kita sudah tentu amat berbangga dengan mantan PM Tun Mahathir, walaupun beliau juga mempunyai ciri provokasi seperti Presiden Iran tetapi sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengalaman dan memahami baik buruk setiap patah ucapan di persidangan PBB, Tun Mahathir mengambil jalan yang tidak menyebabkan ahli sidang keluar dewan tetapi boleh menggerak dan menyentak hati wakil dunia akhirnya tepukan gemuruh yang diterima dan itu tentu lebih berkesan daripada cara keras Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Walau bagaimana pun setiap pemimpin mempunyai caranya tersendiri untuk mengutarakan pandangan beliau dan rakyat yang diwakilinya..

No comments:

Post a Comment