Wednesday, June 13, 2018

UMNO KE SARAWAK


Perkembangan terbaru siri tikam belakang parti komponen BN kepada rakan- rakan parti khususnya UMNO semakin nekad, terbaru penarikan diri empat parti yang dulunya menjadi deposit tetap BN di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) memperlihatkan mereka adalah gabungan rakan yang hanya bergabung apabila keadaan menguntungkan tetapi bila ia dikira tidak menguntungkan parti serta rakyat dan yang tersirat sebenarnya kemungkinan ia difikirkan tidak lagi  menguntungkan pemimpin parti lebih tepatnya menutup sumber wakil rakyat yang menang atas tiket BN pada pilihanraya negeri 2016 dan pilihanraya Parlimen PRU14 yang lalu. Inilah gaya kebanyakan pemimpin politik Malaysia Timur, membelakangkan undi rakyat kepada parti demi kelangsungan politik pendokong- pendokong parti.
Dari satu sisi lain Umno sebenarnya sedang dipaksa oleh masa untuk melalui proses pengukuhan parti, perkembangan kini memerlukan tindakan pantas dan tepat oleh kepimpinan Umno di Menara Dato Onn PWTC. 
Kepimpinan Umno perlu pantas merebut peluang untuk segera mengumumkan kemasukan Umno ke Sarawak, jangan lagi teragak -agak dengan peluang dan ruang yang seolah di buka sendiri oleh rakan yang tidak setia. Kesemua 19 daripada 31 kerusi Parlimen dan 72 daripada 82 kerusi Dun yang di menangi atas tiket BN mesti membuka pejabat pengurusan parti dan setersunya melebarkan cawangan ke semua Bahagian di Sarawak pada fasa berikut, penajaan Jawatankuasa UMNO Bahagian perlu disegerakan bagi membolehkan kesemua Ketua Bahagian penaja UMNO di Sarawak hadir sebagai pemerhati di Perhimpunan Agung Umno (PAU18).
Langkah ini adalah langkah strategik setelah mengambil kira pengalaman bagaimana Umno mula mula bertapak di Sabah 21 Febuari 1991 dan ia tidak boleh dinafikan memberi kebaikan kepada Umno. InsyAllah akan ada kerusi Dun dan Parlimen yang akan menyumbang kepada penambahan kerusi Umno di masa hadapan kalaupun ia mungkin akan menjadi kejayaan awal sekitar 10- 20% untuk pilihanraya di Sarawak itu lebih baik daripada tiada langsung.

UMNO SARAWAK Selamat Nemuai

No comments:

Post a Comment