Monday, March 9, 2015

Kepimpinan 'Abe Ase'

Datuk Hassan Harun, satu nama yang barangkali memerlukan ruang yang panjang untuk diceritakan usaha dan pencapaiannya. Apa yang dipaparkan disini hanyalah apa yang dicerita dan dibualkan sendiri bersamanya dalam majlis anjuran Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA) di Hotel Habib Kota Bharu pada jam 8.30 malam 8/3/2015 yang lalu.
Barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendapat manfaat atau perkaitan dengan usaha dan produk Datuk Hassan Harun sebut sahaja jenama makanan dan pendidikan Adabi, seragam sekolah Canggih, Universiti maya pertama di dunia Unitar, KUB, TPTN itu antara cetusan dan dipelopori oleh beliau termasuklah juga menjadi orang yang mula- mula memperkenalkan komunikasi tanpa wayar (wayarless) di negeri Kelantan yang mana antenanya di dirikan di bangunan Billion sebelum diberi kata dua oleh TELEKOM kerana TM hendak membangunkan produk Streamyx.

Datuk Hassan Harun membuka bicara dengan menceritakan alam persekolahan dan kegagalannya di Universiti, beliau menceritakan bagaimana amanah adalah perkara yang paling penting untuk menjadi seorang pemimpin, beliau menceritakan penglibatannya di kawasan Dabong diawal pembabitannya dengan parti politik dan pemimpin tertinggi negera waktu itu iaitu Tun Dr Mahathir, Datuk Hassan Harun juga dengan bangga menceritakan kisah dengan Isteri berbangsa Cina yang mana perkahwinannya yang kedua adalah atas dasar agama, kerana kejujurannya beliau boleh hidup bersama dengan dua isteri disamping mertua dan ipar- ipar yang menganut pelbagai agama. 
Hassan Harun sangat tegas dalam mencari ilmu pengetahuan, rumahnya bagaikan sebuah perpustakaan lengkap dan usaha mewujudkan pusat pengajian "Wadi Sofia" yang amat bermakna yang mana ibunya yang bernama Sofia menjadi inspirasinya walaupun ibu itu tidak tahu membaca walau sepatah perkataan.
Datuk Hassan Harun menceritakan dalam usia 18 tahun beliau sudah berucap di Padang Merdeka, Kota Bharu mewakili Tun Abdul Razak kerana kesepakan berpendapat PM itu tidak boleh berucap dengan ucapan yang meyakinkan kepada rakyat Kelantan dalam situasi politik Kelantan yang amat genting waktu itu. Dalam perjuangan asal beliau yang mempertahankan bahasa Melayu, beliau terkilan kerana tidak dengan tegas memartabatkan Bahasa Inggris, dakwa Datuk Hassan Harun yang pendidikannya adalah berkisar dalam negara tetapi beliau dengan "Gila- Gila" belajar dan menggunakan bahasa Inggris dengan baik kerana matlamat dan kepercayaanya bahawa zaman ini bahasa Inggrislah bahasa ilmu. Pun begitu beliau boleh berucap dengan baik dalam bahasa Melayu tanpa dicemari oleh bahasa slanga dan rojak sebagaimana dalam tulisan anak- anak muda sekarang.
Datuk Hassan Harun yang mesra dipanggil "Abe Ase" sudah menunjukkan idea kepimpinan dan penyelesaian masalah sejak zaman sekolah dan Universiti, hingga kini dalam usia 70an beliau masih lagi diberi tanggungjawab oleh Kerajaan terutama dalam pendidikan, beliau sangat- sangat menginginkan anak muda yang berani, tegas dan tidak takut disamping mengakui kegagalan untuk menjadi hebat, Intergriti paling diutamakan.

Dalam pertemuan yang hampir jam 12:00  tengah malam itu sesi soal jawab dan pertanyaan ternyata amat berkesan dalam diskusi bertajuk 'Kepimpinan' itu.. pelbagai ilmu dan pedoman boleh dijadikan panduan dari Institusi bergerak itu, kerana nama besar itulah saya tidak melepaskan peluang untuk bersama dalam majlis, diakhir perbualan itu saya tertarik bila beliau memberitahu beliau hanya menggunakan CR-V model lama yang berusia belasan tahun pemberian rakan dan sesekali memandu Kancil, satu cabaran dan harus difikirkan oleh pemimpin muda yang hanya melihat penyertaan dalam politik itu semata- mata bertujuan mencari kekayaan dan pangkat semata... 

No comments:

Post a Comment