Saturday, August 16, 2014

Sambutan Hari Raya PPD Bachok

Sambutan hari raya yang dianjurkan oleh PPD Bachok pada hari ini boleh dikatakan paling berjaya dan paling meriah, apa yang dimaklumkan semua sekolah terlibat dan menyertai pameran gerai yang mana selain memperlihatkan kreativiti sekolah dalam menghias gerai mereka, peserta juga menyediakan juadah sehabis enak dan secantik pameran. Guru- guru wanita berpakaian raya paling glamor sementara guru lelaki lengkap berpakaian melayu tidak kira sama ada berlainan bangsa. Disamping bergembira dan bertemu sesama warga guru dalam Daerah Bachok, Tabung untuk mangsa perang Gaza juga dilancarkan. Antara yang memberi ucapan adalah Pegawai PPD Bachok Tn Hj Faizul, Timbalan Pengarah Pelajaran Hj Aziz dan kemuncak kepada acara adalah perasmian dan lawatan ke gerai bersama Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bachok Dato' Dr Ilias Hussin.

Program ini berjaya dan alangkah baiknya ia menjadi acara tahunan dengan menjemput juga pihak luar untuk bersama berkongsi apa yang dihasilkan dan mungkin juga boleh dipanjangkan sebagai kalendar untuk pelancong luar melihat segala juadah dan kreativiti dihari lebaran, barangkali kita terfikir juga segala juadah enak dan persembahan yang cantik itu tidak dapat dikongsi oleh orang lain.. mungkin kerana masing- masing sudah taksub kepada gerai sendiri akhirnya apa yang dipersembahkan akan pulang ke rumah masing- masing... dan ia berjayalah sebagai pameran Hari Raya Eidul Fitri 2014 sesama peserta sahaja.

No comments:

Post a Comment