Wednesday, August 7, 2013

Malam akhir menjelang hari raya....

Malam akhir ramadhan syukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah swt untuk mendirikan solat sunat terawih berjemaah di masjid Ar- Rahman, tahun hadapan belum tentu berpeluang solat terawih sekali lagi.. dan seperti malam- malam sebelumnya, di malam ini ustaz Othman membacakan kisah di pagi Aidil Fitri yang mana beliau berseru agar semua orang kampung keluar beramai- ramai untuk solat sunat hari raya puasa. Salah satu sunah nabi adalah madi sunat di pagi hari, Ustaz Othman juga bercerita bahawa arwah ayahnya dulu akan bawa semua anak- anak mandi sungai waktu dini hari di pagi raya, beliau juga menyeru agar amalan itu diteruskan kerana di pagi tersebut para malaikat turun ke bumi dan berana di seluruh jalan jalan menuju masjid sambil menyeru dan mengatakan bahawa pagi itu Allah akan memberi ganjaran atas apa yang telah dikerjakan pada bulan ramadhan. Seruan malaikat yang berbaris sepanjang jalan ke tempat sembahyang hari raya ini boleh didengari oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin.
Di zaman Rasulullah saw dahulu, sembahyang hari raya dilakukan di tengah padang yang luas kerana ramainya orang Islam yang keluar untuk solat sunat tersebut dan sunah- sunah nabi inilah yang mesti dihidupkan kembali agar ia menjadi amalan setiap orang yang mencintai agama dan rasulnya.