Monday, July 30, 2012

10 negara terkaya dan termiskin di dunia

10. Terkaya : AUSTRIA : Pendapatan perkapita US$ 39,711
                                         Penduduk 8.41 juta
      Termiskin : YAMAN : Pendapatan perkapita US$ 900
                                         Penduduk 22.23 juta

09. Terkaya :               IRELAND   : Pendapatan perkapita US$ 39,999
                                                         Penduduk 4.58 juta
       Termiskin : AFGHANISTAN   : Pendapatan perkapita US$ 800
                                                         Penduduk 31.88 juta

08. Terkaya :       BELANDA : Pendapatan perkapita US$ 42.447
                                                Penduduk 16.68 juta
       Termiskin : TANZANIA :  Pendapatan perkapita US$ 800
                                                Penduduk 39.38 juta

07. Terkaya : SWITZERLAND : Pendapatan perkapita US$ 46,424
                                                   Penduduk 7.86 juta
       Termiskin : TIMORLESTE : Pendapatan Perkapita US$ 800
                                                   Penduduk 1.08 juta

06. Terkaya : AMERIKA SYARIKAT : Pendapatan perkapita US$ 47,084
                                                               Penduduk 310 juta
       Termiskin :                   BURUNDI : Pendapatan perkapita US$ 700
                                                               Penduduk 8.39 juta

05. Terkaya : SINGAPURA : Pendapatan perkapita US$ 56,797
                                               Penduduk 5.07 juta
       Termiskin :     CONGO  : Pendapatan perkapita US$ 700
                                               Penduduk 65.75 juta

04. Terkaya :      NORWAY : Pendapatan perkapita US$ 56,920
                                               Penduduk 4.97 juta
       Termiskin : SOLOMON : Pendapatan perkapita US$ 600
                                               Penduduk 0.56juta

03. Terkaya : EMIRIAH ARAB : Pendapatan perkapita US$ 57,774    
                                                    Penduduk 8.26 juta
       Termiskin :     COMOROS : Pendapatan perkapita US$ 600
                                                   Penduduk 0.7 juta

02. Terkaya : LUXEMBERG : Pendapatan perkapita US$ 89,562
                                               Penduduk 0.51 juta
       Termiskin :   SOMALIA : Pendapatan perkapita US$ 600
                                               Penduduk 9.2 juta

01. Terkaya :       QATAR : Pendapatan perkapita US$ 91,379
                                           Penduduk 1.69 juta
      Termiskin : MALAWI : Pendapatan perkapita US$ 600
                                           Penduduk 13.6 juta    


Walaupun angka- angka diatas dikutip dari rekod yang lepas tetapi kedudukan negara kaya dan miskin diatas tidak banyak berubah sehingga kini. kita boleh buat perbandingan antara pendapatan dan juga penduduk, mungkin faktor penduduk dikatakan mempengaruhi pengagihan kekayaan sesebuah negara tetapi ia juga boleh dipersoalkan kerana negara yang paling banyak penduduk bukanlah miskin dan yang berpenduduk sedikit tidak pula menjadi kaya..

Monday, July 16, 2012

10 Bandar terindah di dunia

Pernahkan kita impikan untuk melihat bandar tercantik didunia.. Selain Mekah dan tanah suci Islam yang mengkagumkan manusia. 10 bandar tercantik yang mungkin menjadi idaman untuk dilawati, tetapi sembilan darinya adalah di Eropah dan hanya satu di benua lain iaitu Amerika Selatan tempat yang mengasyikkan itu seperti di bawah dimulai dari kedudukan ke sepuluh... penerangannya dikutip dari WIKIPEDIA.

10. BRUGES
 Bruges
Bruges adalah sebuah bandar yang hebat, cantik, romantis dengan suasana santai. Bruges, Belgium paling dikenali untuk coklat kupang, dan bir. 

Ini, digabungkan dengan persekitaran yang hebat menjadikan ia benar-benar baik untuk melawat Bruges. 

9. BUDAPEST
Budapest

Budapest merupakan ibu negara Hungary. Bandar seluas 525.16 km² ini berpenduduk 1,695,000 orang pada tahun 2005. Bandar ini dibahagi kepada 23 daerah.
Bandar ini didirikan pada akhir abad ke-19 berdasarkan dua bandar bersebelahan; Buda (sisi barat) dan Pest (sisi timur) yang dipisah oleh sungai Donau.
Bandar raya Budapest adalah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dilindungi oleh UNESCO mulai tahun 1987.

8. ROME
Rome
Rom (disebut /roʊm/Bahasa ItaliRomadisebut [ˈroma]LatinRoma) merupakan ibu negara Itali dan bandar raya terbesar dan paling ramai penduduk negara itu, dengan lebih 2.7 juta penduduk dalam sebuah perbandaran lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi), manakala penduduk kawasan bandar adalah dianggarkan 3.46 juta oleh Eurostat.[2] OECD menganggarkan Kawasan metropolitan Rom mempunyai 3.7 juta penduduk.[3] Bandar ini terletak di bahagian barat-tengah Semenanjung Itali, di sungai Tiber.
Rom juga sering dikaitkan dengan Gereja Roman Katolik dan ketua uskupnya, Paus. Satu enklaf Rom ialah Kerajaan Kota Vatican,wilayah berdaulat Holy See dan negara paling kecil di dunia.
Sebagai satu daripada beberapa bandar utama Eropah yang terselamat dari Perang Dunia Kedua, Rom tengah pada dasarnya kekal dengan ciri Renaissance dan Baroque seperti biasa. Rom adalah destinasi pelancong ketiga paling dilawati dalam Kesatuan Eropah,[4]dan pusat sejarah disenaraikan UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia [5]. Seperti satu bandar moden ia menjadi ibu negara Itali semenjak 1870, dan bertumbuh terutamanya dalam dua jangka masa salah satu sisi Perang Dunia II.

7. FLORENCE
Florence
Florence (bahasa ItaliFirenze /fiˈrɛnʦe/, Itali LamaFiorenzaLatinFlorentia) merupakan sebuah ibu kota bagi wilayah Florence dandaerah Tuscany di Itali. Ia merupakan bandar paling ramai penduduk di Tuscany dengan penduduk seramai 364,779 (696,767 di kawasan bandar[2]).
Bandar ini terletak di Sungai Arno dan dikenali dengan sejarah dan kepentingannya semasa Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan, terutamanya karya-karya seni dan seni bina. Sebagai sebuah pusat perdagangan dan kewangan zaman pertengahan Eropah, bandar ini sering kali dianggap sebagai tempat lahir Renaissance Itali; secara faktanya, ia telah dipanggil sebagai Athens dariZaman Pertengahan.[3] Florence berada lama di bawah pemerintahan de facto dari keluarga Medici. Bermula pada 1865 sehingga 1870, bandar ini juga menjadi ibu negara bagi kerajaan Itali.
Pusat bersejarah Florence terus menarik minat jutaan para pelancong pada setiap tahun dan diistiharkan sebagai Tapak Warisan Duniaoleh UNESCO pada tahun 1982.

6. AMSTERDAM

Amsterdam, (audio ) ibu negara Belanda, terletak di perairan Teluk IJ dan sungai Amstel. Dijumpai pada akhir abad ke-12 sebagai satu perkampungan nelayan di muara sungai Amstel, dewasa ini ia menjadi bandar terbesar di negara berkenaan dan ia menjadi pusat kewangan dan kebudayaan. Pada 2005, jumlah penduduk bandar raya ini adalah 742,951[7]; populasi keluasan lebih kurang 1.5 juta.
Amsterdam mempunyai salah satu pusat bersejarah terbesar di dalam Eropah, tetapi kebanyakkannya bertarikh daripada abad ke-17, the Tahun Keemasan bagi Belanda, yang merupakan titik fokusnya. Pasa masa ini, satu siri sepusat, semibulatan terusan telah dibina di sekeliling pusat bandar raya lama, yang masih dikekalkan susun atur dan wajahnya. Banyak rumah cantik dan pangapuri diletakkan di sepanjang terusan, kebanyakan orang tinggal di dalamnya, yang lainnya menjadi pejabat dan beberapa bahagian menjadi bangunan-bangunan awam. Beberapa daripada rumah batu-bata tersebut semakin tenggelam disbabkan mereka dibina di atas kepingan kayu untuk menghadapi dan menatasi tanah-tanih yang berpaya.
Walaupun Amsterdam merupakan ibu kota Belanda, ia bukannya ibu kota negara atau negeri dalam wilayah di mana ia terletak,Belanda Utara (Haarlem), bukan juga kerusi dalam kerajaan Belanda atau (iaitu The Hague).

5. RIO DE JANEIRO
Rio de Janeiro
Rio de Janeiro (IPAPortugis[ˈʁi.u dʒi ʒaˈnejɾu], "Sungai Januari") merupakan bandar raya utama di tenggara Brazil dan ibu negeri Rio de Janeiro. Bandar ini pernah menjadi ibu negara Brazil (1763–1960) sebelum dipindahkan ke Brasilia. "Rio" juga pernah menjadi ibu kota Empayar Portugal (1808–1821).
Rio de Janeiro terkenal kerana perayaan Carnival, samba, pantai seperti Copacabana dan Ipanema dan juga jurang sosial yang besar. Di kawasan kejiranan orang miskin, jenayah keganasan dan pengedaran dadah sering berlaku. Di atas bukit Corcovado terdapat patung gergasi Jesus (Cristo Redentor). Di Gunung Pão de Açúcar pula terdapat kereta kabel. Rio juga mempunyai stadium terkenal di Maracanã. Hutan Tijuca yang terletak di dalam bandar raya ini merupakan hutan bandar yang terbesar di dunia.
Rio de Janeiro terletak pada 22 darjah, 54 minit latitud selatan, 43 darjah 14 minit longitud barat (22°54′S, 43°14′W). Jumlah penduduk bandar ini ialah 6,094,183 [3] (anggaran IBGE 2005), di kawasan seluas 1,182.3 kilometer persegi (456.5 batu²[4], manakala jumlah penduduk metropolitan ialah 11 juta orang. Rio de Janeiro ialah bandar kedua terbesar di Brazil.

4. LISBON
Lisbon
Lisbon (bahasa PortugisLisboa) merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Portugal. Bandar ini terletak di 38°43' utara , 9°8' barat.
Lisbon mempunyai seramai 564,657 orang, manakala kawasan metropolitannya mencecah 2,665,000 orang penduduk. Kepadatan bandarnya ialah 6,658 orang sekilometer persegi dengan keluasan seluruhan bandar ini ialah 84.8 kilometer persegi.
Datuk Bandarnya ialah Pedro Santana Lopez.

3. PRAGUE
Prague
Praha (IPA: [ˈpraɦa]), juga dikenali sebagai Prague (IPA/ˈprɑːɡ/, ialah ibu negara dan bandar terbesar Republik Czech. Nama rasminya ialah Hlavní město Praha, bererti Praha, Ibu Negara. Bandar ini mempunyai penduduk sekitar 1.5 juta orang. Bandar Praha dibelah sungaiVltava di tengah Bohemia. Beberapa bangunan terkenal di bandar ini antara lain adalah Jambatan Charles atau Karluvmost dalam bahasa setempat, Istana Praha, Jam Astronomi di Balai Bandar dan Menara Televisyen Žižkov.

2. PARIS
Paris
Paris adalah ibu negara Perancis dan juga negeri Île-de-France. Bersama dengan bandar satelit dan kawasan luar bandar, Paris mempunyai anggaran penduduk sebanyak 11.5 juta penduduk (2004). Paris adalah kawasan bandar yang mempunyai penduduk paling tinggi di dalam Kesatuan Eropah dan metropolitan kedua terbesar diEropah iaitu sama dengan penduduk London dan hampir menyamai penduduk Moscow, dan juga dianggar mempunyai penduduk metropolitan ke-20 teramai di dunia.
Paris dikenali dengan gelaran la Ville Lumière (Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya) dan adalah destinasi pelancong utama di dunia.
Keunikannya ialah setiap malam, Paris selalu akan bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang, maka dengan itulah digelari La Ville Lumiére ole pelancong asing ( dalam Bahasa Perancis )

1. VENICE
Venice
Venice (Itali: Venezia, Venice: Venezsia) adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto, dan mempunyai penduduk berjumlah 271,251 (anggaran banci 1 Januari 2004). Bersama-sama dengan Padua, bandar raya ini termasuk dalam kawasan metropolitan Padua-Venice (penduduk 1,600,000). Venice dikenali sebagai "La Dominante", "Serenissima", "Ratu Adriatik", "Bandar Raya Air", "Bandar Raya Jambatan-jambatan", dan "Bandar Raya Cahaya".
Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Bangunan-bangunan di Venice adalah sangat tua dan menarik, dan pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge's Palace.

Monday, July 2, 2012

10 Pemimpin paling berpengaruh sepanjang zaman

1.Adolf Hitler


Dilahirkan pada 20 april 1889, Hitler adalah anak luar nikah antara ayahnya Alois Hitler dan Maria Anna Schickgruber. Sewaktu dilahirkan hitler tidak didaftar oleh orang tuanya kerana kelahirannya tidak mengikut kelaziman orang beragama.









2.Mao Tse tung


Mao Tse Tung atau juga disebut Mao Zedong lahir dari keluarga petani miskin pada 26 Desember 1893. Awal hidupnya dipenuhi dengan pendidikan dari ayahnya di sekolah tempatan. Dia sangat lantang melawan demokrasi barat, Dia adalah salah seorang pemimpin yang paling berpengaruh di Cina yang kemudiannya menjadi republik Cina dan menjadi salah satu negara yang paling kuat di dunia abad 21








3.Fidel Castro


Ia dilahirkan pada 13 Ogos 1926, Fidel Castro dianggap sebagai penyelamat rakyat Cuba daripada pemimpin yang mementingkan diri dan merompak hasil negara. Walaupun masih berideologi komunis tetapi beliau adalah pemimpin komunis baik yang menjadi musuh ketat kepada pemimpin kapitalis barat dan Amerika.




4.Kim Jong Il


Kim Jong Il dilahirkan pada tanggal 16 Februari 1941 dan ayahnya adalah seorang pemimpin Korea terkenal iaitu panglima Kim Il-sung. Sebagai pemimpin yang juga befahaman komunis Kim Jong Il meneruskan dasar tutup pintu seperti ayahnya. kematiannya digantikan oleh anaknya Kim Il Song.







5.Robert Mugabe


Robert Mugabe lahir pada 21 Februari 1924. Dia adalah seorang pemimpin politik yang kontroversi di Zimbabwe yang memimpin negeri ini pada masa 1980-1987. Dia menahan, menculik termasuk menyiksa pemimpin dan aktivis yang tidak sealiran dengannya pada  Oktober 2008





6.Osama Bin Laden


Paling dikehendaki oleh AS di dunia Arab. Kepalanya bernilai jutaan dolar, tetapi Osama tidak pernah menyerah kalah begitu mudah. Ia dilahirkan 10 Mac 1957 dan ia menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan kaya sebelum menjerumuskan diri dalam gerakan melawan kuasa barat dan AS. Sebagai orang yang dikatakan penjahat paling pintar di dunia Osama dapat mengelakkan diri daripada ditangkap lebih satu dekat sebelum terbunuh di Abbotabad Pakistan.




7.Josef Stalin


Josef Stalin, bekas pemimpin komunis negara Kesatuan Soviet, atau juga disebut Joseph Stalin Vissarionovich lahir pada 18 Desember 1878, ia dianggap sebagai musuh terkuat pasukan Hitler. Pada 1930, ia menggerakkan kekejaman dinegaranya hingga namanya tercatat sebagai pemimpin paling kejam di dunia.








8.Silvio Berlusconi


Silvio Berlusconi dilahirkan pada 29 September 1936 dan ia adalah perdana menteri Itali. Dia adalah seorang pemilik perniagaan yang berjaya hingga sekarang, Berlusconi menggunakan pengalamannya untuk memimpin Itali. Banyak pemimpin Itali menyanyanginya kerana sumbangan terutama dalam sukan bolasepak namun ia juga dipersalahkan sewaktu pemerintahannya kerana berbagai skandal dengan wanita terkenal. 







9.George W. Bush


Ia dilahirkan pada 6 Julai 1946, sebagai Presiden AS ke 43, ia telah membuat sejarah besar  dunia dan juga merubah politik beberapa negara di Timur Tengah bush juga bertanggungjawab membunuh ratusan kanak-kanak dan orang yang tidak bersalah ketika melancarkan beberapa siri serangan ke negara lain.






10.Vladimir Putin


Vladimir Putin atau juga disebut Vladimir Vladimirovich Putin lahir pada 7 Oktober 1952 di Leningrad. Menurut WikiLeaks, dia adalah salah satu pemimpin yang paling dihormati di dunia oleh pemerintah AS dan ia memimpin Rusia untuk kekayaan besar sejak tahun 2000. Dia layak dimasukkan sebagai pemimpin yang paling berjaya di dunia di abad 21