ClixSence

Sunday, September 2, 2012

10 individu yang menpengaruhi pemikiran rakyat Malaysia

Senarai 10 tokoh terpilih ini adalah dipetik dari pelbagai sumber, yang mana mereka dari pelbagai bidang, tetapi tokoh politik dilihat masih menguasai pemikiran dan hala tuju penduduk Malaysia ketika ini, mereka yang dipetik maklumat diri dari sumber http://www.wikipedia.org/ adalah..

No. 10 : Tony Fernandes
Anthony Francis Fernandes (dilahirkan: 1964; nama pendeknya: Tony Fernandes) ialah pengasas "Tune Air Sdn Bhd", dan usahawan yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri MalaysiaTun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain

No. 9   : Lee Chong Wei 

Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas李宗伟Cina Tradisional李宗偉pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan SeraiPerak[2]) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[3] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 [4], maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[5]Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.[6] Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim(semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.


No. 8 :  Siti Nurhaliza 

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP (lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa[1], beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlisMTV Asia Awards 2005 di BangkokThailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri.[2] Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.[3]Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun[4]apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa.[5] Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.[6]Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia[7]. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.[8]


No 7  : Ibrahim Ali 

Datuk Paduka Ibrahim Ali[1] adalah seorang ahli politik Melayu Malaysia, berasal dari jajahan Pasir MasKelantan. Beliau terkenal sebagai pengasas dan presiden pertubuhan hak Melayu Perkasa.[2][3] Datuk Ibrahim Ali dilahirkan pada 25 Jan 1951 di Kampung Pasir PekanTumpatKelantan. Beliau anak kelima dan anak tertua dari 13 anak. Bapanya ketua kampung di situ. Ada ramai keturunan Siam di sekitar kampungnya. Menurut sejarah, Pattani , Songkhla , dan Narathiwat dimiliki oleh kerajaan Kelantan sebelum diberikan kepada Thailand selepas perang. Bapanya pernah ditahan di bawah Akta 1958 kerana menjadi penyokong PAS. Bapanya pernah menjadi penganjur pertunjukan wayang kulit dan pertandingan tomoi siam. Reputasi dan kredibiliti Ibrahim Ali terjejas selepas gagal menghadiri Perhimpunan Bersih 2011 pada 9 Julai 2011 walaupun sebelum itu telah mengugut untuk membawa rombongan seramai 15 ribu ahli Perkasa untuk melawan peserta perhimpunan Bersih. Beliau juga telah menasihat kaum Cina supaya menyimpan bekalan makanan dengan berkata "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara, jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan".[4] Mysinchew.com kemudian melaporkan bahawa beliau mengancam orang-orang Cina. Setelah ucapan demi ucapan berapi-api yang diberikan beliau, beliau tidak pula muncul pada hari yang dijanjikan. Setelah dihubungi media, beliau mendakwa yang beliau tidak sihat serta sebelum itu, tidak mendapat kebenaran isterinya.[5][6]


No. 6 : Raja Petra Kamaruddin 

Raja Petra Kamaruddin (lahir 1950 , dikenali sebagai Peter atau RPK) adalah seorang penulis blog Malaysia berbangsa Melayu, membangunkan laman Malaysia Today berbahasa Inggeris yang mana di dalam laman tersebut beliau menerbitkan satu siri rencana berbentuk komentar terhadap politik Malaysia. Beliau telah ditahan mengikut [[Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) buat kali kedua pada 1.10 petang 12 September 2008.[1] Beliau telah ditahan selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping.[1]


No. 5 : Lim Guang Eng
YAB Lim Guan Eng (Cina : 林冠英; pinyin: Lín Guānyīng) merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat, Ahli Dewan Undangan NegeriAir Puteh, Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) semasa Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 di mana DAP berjaya menyapu bersih kesemua 19 kerusi DUN Pulau Pinang.




No. 4 : Anwar Ibrahim 

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.
Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat.[1]. Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUNSeberang JayaArif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia. Beliau telah menyatakan perlunya liberalisasi, termasuklah satu kehakiman dan media, untuk melawan rasuah endemik yang beliau mendakwa ia menjadi sebab penolakan negara menjadi status sebuah negara yang gagal.[2] Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.[3][4]


No. 3 : Nik Aziz Nik Mat

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Tulisan Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1] Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".[2]




No. 2 : Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 10 Julai 1925[1]). Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[2]. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'[3]. Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil[4] dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir[5] dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak[6]. Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal[7] sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire)[8]. Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya[9]) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah)[10]. Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhankronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia. Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang,Menara Berkembar PetronasLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat PentadbiranPutrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang. Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.


No. 1 : Najib Razak
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen PekanPahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteriMalaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di GowaSulawesi Selatan.[2]

No comments:

Post a Comment