Monday, June 11, 2012

Hari Guru 2012 meneruskan tradisi UMNO dan Guru

Setelah kita membaca dan dihujani pelbagai kata- kata beremosi rentetan sambutan Hari Guru peringkat negeri Kelantan 2011 yang lalu, pada 10 jun 2012 Hari Guru peringkat negeri diadakan pula di SM Bukit Bunga, Jeli. Seperti tahun yang sudah, tahun ini juga masih dengan tema merah iaitu warna sinonim dengan perjuangan parti UMNO. Guru dan UMNO tidak dapat dipisahkan sejak dari awal penubuhan UMNO lagi, gurulah pendokongnya. kalau dulu kekuatan UMNO boleh diukur dengan sokongan guru- guru Melayu, lemah sokongan guru maka lemahlah UMNO.. Tetapi dalam zaman ini guru sudah tidak lagi boleh menjadi tanda aras kepada kekuatan BN.. guru tidak ada masalah untuk menjadi ahli UMNO dan bersama dengan pemimpin UMNO tetapi harus diingat guru tidak semestinya akan undi BN pada pilihanraya itulah yang sebenar berlaku dikalangan warga guru dewasa ini. 
Sambutan Hari Guru yang dirasmikan oleh pemimpin seperti Dato' Sri Mustapa Mohamed sebahagian besarnya lebih diterima oleh warga pendidik biarpun dikalangan guru yang mengundi PR, mereka sepakat dalam diam mengakui ketokohan dan akademik Pengerusi Perhubungan UMNO itu yang paling layak berucap dan merasmikan hari guru dan beliaulah yang paling sesuai berada di pentas walaupun jika dibandingkan dengan MB Kelantan sendiri.. Dato Sri Pa tidak banyak menimbulkan bantahan walaupun beliau dipihak Kerajaan BN.
Kalau dah nama Hari Guru jenama BN dan UMNO akan turut bersama daripada perasmi, penerima anugerah dan pihak terlibat mesti status UMNO diutamakan. Pada tahun ini salah seorang tokoh guru diberikan kepada seorang pesara guru yang memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian. Kita tak payah membandingkan sumbangan atau peranannya kepada pelajar maupun perkembangan pelajaran di negeri Kelantan, kita tidak boleh bermimpi untuk mendapat anugerah itu sekiranya kita memisahkan diri daripada UMNO tidak sekadar menjadi ahli dan aktif tetapi mestilah berjawatan yang tinggi dalam organisasi orang Melayu dan Bumiputera itu.
Pada tahun ini spekulasi pengganti Pengarah Pelajaran negeri sudah beransur reda dan semua pihak sudah bersedia sekiranya Timbalan Pengarah sekarang akan mengisi tempat bosnya nanti pun begitu sudah ada suara yang dulunya mempertahankan Hj Zahari Daud, tetapi kini akan bersedia untuk menerima calon yang lain yang difikir lebih baik. inilah yang kita inginkan. Kita bersedia menerima sesiapa sahaja sebagai Pengarah tetapi jika bukan Timbalan sekarang kita ingin pastikan Pengarah nanti adalah orang yang terbaik dalam Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan kita tidak mahu menerima orang yang terbaik dalam UMNO tetapi memalukan warga Guru, Kita ingin sayangkan UMNO bukan kerana UMNO itu memihak kepada guru tetapi kerana guru itu tidak menggunakan nama UMNO untuk kepentingan guru..

No comments:

Post a Comment