Monday, March 5, 2012

Iran boleh berperang dengan Israel tapi bukan memimpin negara Islam

Dalam ketegangan semakin memuncak antara Iran – Israel, parti pemimpin tertinggi Iran Khameini pula menguasai pilihanraya parlimen mengatasi parti Presiden Ahmadinejad. Pilihanraya parlimen Iran ini hanyalah persaingan populariti antara ketua negara dengan ketua kerajaan. Walaupun mungkin ada yang beranggapan Israel berlapang dada dengan suasana pilihanraya Iran. Tetapi percayalah bahawa Nathenyahu dari Israel memahami juga bahawa hal yang sama berlaku di AS yang mana parti Republikan dipimpin oleh Obama tidak menghadapi masalah dengan parlimen yang didominasi oleh Demokrat.
Sebagai sebuah negara yang sentiasa mengawasi  pelbagai kepentingan di seluruh dunia, Israel tentunya menyedari bahawa Ahmadinejad tidak tewas tetapi akan kalah hanya kepada pemimpin Iran yang lebih agresif dan lebih keras terhadap Israel. Jika diberi pilihan sudah tentu Khaimeini sebenarnya adalah lebih tegas dan keras dalam hubungan dengan Israel dan Barat, bermakna ancaman lebih besar sekiranya kepimpinan memihak pihak Khamainei kembali menguasai Iran sebagaimana dizaman Ayatullah Ruhullah Khaimeini satu ketika dulu.
Dalam pertelingkahan dengan Iran, Israel akan lebih sukar untuk membentuk persefahaman dengan lain- lain negara Arab kerana rekod kekejaman berterusannya kepada rakyat palestin tidak akan dapat dimaafkan oleh dunia arab dan dunia  Islam sampai bila- bila pun.
Sebenarnya kuasa Iran tidak pernah hilang dari peta dunia kerana kekuatannya sudah diperkatakan sejak berzaman lagi, kesungguhan Saddam Hussin untuk menjadi empayar Parsi baru adalah bukti kesinambungan pewaris empayar lembangan sungai Furat dan Dajlah itu. Persengketaan antara Israel dan Iran tidak akan mencetus perang menyeluruh kerana yakin dunia tidak akan terikut dan menggugurkan bom di bumi Arab mengambilkira hubungan antarabangsa dan bekalan minyak dunia akan lumpuh, lagipun  situasi Iran tidak sama dengan Libya, Mesir atau Syria ia lebih kepada kes seperti tuduhan pegkayaan uranium untuk senjata kepada Iraq satu masa dulu. Islam dan Arab tidak mahu terjerat dengan Israel dan Amerika sekali lagi.
Sebenarnya negara Islam tidak mahu mengiktiraf Iran sebagai kekuatan dan Inspirasi mereka disebabkan negara Iran adalah sebuah negara berfahaman syiah yang terpesong daripada ajaran nabi Muhammad saw tetapi kerana kalaupun bukan Iran yang berkelahi dengan Israel, umat  Islam akan tetap menyokong sesiapa sahaja yang berani menyerang Israel tidak kira apa agama atau bangsa sekalipun, dengan kata lain Iran boleh menjadi wira Islam tetapi bukan memimpin dunia Islam. 

No comments:

Post a Comment