Tuesday, October 4, 2011

"Columbus Day" 10 Oktober 2011

Columbus Day, which is annually on the second Monday of October, remembers Christopher Columbus' arrival to the Americas on October 12, 1492. This holiday is controversial because the European settlement in the Americas led to the demise of the history and culture of the indigenous peoples. http://www.timeanddate.com/holidays/us/columbus-day 
Hari Columbus adalah hari memperingati pendaratan penjelajah @ peniaga dari Sepanyol Christopher Columbus yang menjumpai benua Amerika secara tidak sengaja. Penjelajah kelahiran Itali dan menjadi ahli pelayaran sepanyol itu percaya bahawa jalan mnuju ke timur untuk mendapatkan rempah ratus dapat ditemui jika melalui lautan arah barat berdasarkan keyakinannya bahawa bumi adalah bulat. Walaupun hari ini telah diakui bahawa benua Amerika utara sebenarnya sudah lama ditemui oleh orang Viking dari Eropah Utara dan pernah membuka penempatan tetapi Columbus tetap dianggap paling utama dalam penjelajahan ke benua baru Amerika dan "Columbus Day" disambut setiap hari isnin minggu kedua bulan Oktober, pada tahun 2011 jatuh pada tarikh 10 oktober. 

Disamping penyelidikan berjaya menafikan Columbus adalah orang barat yang pertama menjejakkan kaki ke tanah baru yang belum dieksploitasi sumbernya itu. Orang Indonesia juga mendakwa bahawa Amerika terbina kerana Indonesia. Dakwaan mereka sedikit sebanyak boleh diterima sebagai pencetus awal kepada penubuhan koloni baru di Amerika, ini kerana Christoper Columbus sebenarnya amat berhasrat untuk mendapatkan rempah di kepulauan Indonesia yang pada ketika itu Kepulauan Indonesia serig di sebut sebagai India @ Indie, panggilan India kepada kepulauan pengeluar rempah terutama Maluku terus digunakan sehinggalah Indonesia merdeka pada 1945 dan tanah besar India berkemungkinan hanya sebagai gerbang untuk ke India yang sebenarnya iaitu Indonesia hari ini. Keterujaan Sepanyol untuk berdagang telah membuatkan kerajaannya mencari jalan baru untuk mengelakkan dari bertembung dengan Portugal yang sudah menjumpai jalan ke Kepulauan rempah, Kerajaan Sepanyol mencuba mengelak dari berlaku pertelingkahan dan mempertanggungjawab kepada Christopher Columbus untuk membawa pulang rempah ratus yang amat bernilai di Eropah.  

Hari Columbus juga sebenarnya adalah detik malang dan tarikh bermulanya malapetaka kepada kaum peribumi Amerika iaitu suku yang digelar "red Indian". Asal usul red Indian adalah berpunca dari kepercayaan Columbus bahawa mereka sudah berjaya sampai ke Indies tetapi setelah menyedari bahawa mereka belum lagi sampai ke Indies yang dicari maka orang dayak tersebut digelar sebagai red Indian kerana kulit mereka yang kemerahan dan bukannya gelap seperti India di Timur. Bermula pendaratan tersebut kaum red Indian sudah beratus kali berperang dan memerangi peneroka- peneroka dari Eropah dan akhirnya kekalahan yang berlarutan selama beratus tahun menyebabkan red Indian hari ini telah kehilangan tanah airnya sendiri disamping terus tersisih daripada kemodenan Amerika Syarikat. Red Indian sebenarnya lebih malang daripada kaum peribumi di kepulauan Melayu dalam menuntut hak mereka.

No comments:

Post a Comment