ClixSence

Thursday, October 20, 2011

Moammar Gadhafi's dead. Now what for Libya?


With the death Thursday of Moammar Gadhafi, Libya's de facto leaders now face the challenge of preserving the fragile unity they enjoyed while the deposed dictator was on the run as they begin transforming their war-battered nation into a democracy after 42 years of tyrannical one-man rule.
The task is daunting. The National Transitional Council, the top revolutionary authority, confronts a vast array of problems: bringing the rag-tag militias that ousted Gadhafi under control; recovering looted arms; halting revenge attacks on Gadhafi loyalists; caring for thousands of casualties; restoring oil production; repairing war damage; and keeping a lid on regional tensions and radical Islam.
At the same time, the self-appointed group of former officials, academics, military officers and others, who are riven by personal and ideological differences, must proceed with an ambitious democratization plan. It includes holding Libya's first free elections within eight months of what is expected to be a declaration Saturday of "liberation" from Gadhafi's rule.
"The Libyan people now have a great responsibility: to build an inclusive and tolerant and democratic Libya that stands as the ultimate rebuke to Gadhafi's dictatorship," President Barack Obama declared hours after a wounded Gadhafi was captured and likely killed by opposition forces after a nearly six-week siege of his hometown of Sirte. http://www.miamiherald.com/2011/10/20/2464232/moammar-gadhafis-dead-now-what.html


SINGA AFRIKA TEWAS
Kalau diawal penentangan terhadap Muammar Gaddafi dulu, saya yakin Muammar akan dapat menangani pemberontakan rakyatnya dan dapat menjadi pemimpin Libya hingga ke akhir hayat http://temalong.blogspot.com/2011/02/k-olonel-muammar-al-gaddafi-mendakwa.html tetapi keyakinan itu semakin sukar bila tentera Libya di serang oleh NATO ketika dalam perjalanan menghapus kebangkitan rakyatnya di Benghazi yang terlalu jauh dari Tripoli. Serangan bertalu- talu daripada NATO melalui udara dan serangan dari pelbagai pihak dari darat semakin hari melemahkan tentera kerajaan Libya hinggalah kuasa Muammar Gaddafi hanya tingga di Kota Kelahirannya di Sirte.

Sebenarnya kita mengagumi keberanian dan kedegilan Muammar Gaddafi seperti mana kita menghormati pendirian Saddam Hussin suatu masa dulu. Tiada apa yang harus dihadapi oleh Singa Afrika itu kecuali memilih melawan dan rela mati, itulah yang berlaku kepada Muammar Gaddafi cuma kali ini dunia menyaksikan kematian Muammar di medan perang dan tidak berpeluang membela diri dan memberi ucapan terakhir sebagaimana Saddam Hussin. Setelah kematian Osama Laden dan Muammar Gaddafi, Amerika kini boleh bernafas lega sedikit kerana pemimpin yang lantang dan anti barat yang masih hidup dari negara Islam adalah Mahmud Ahmadinejad dari Iran sahaja sementara Hugo Chavez dari Venezuela berdepan dengan masalah kesihatannya.
Muammar Gaddafi mempunyai cita- cita besar untuk menyatukan seluruh Afrika dan kebanyakan negara Afrika menghormati beliau, hanya campurtangan barat yang boleh menjatuhkannya dari tampuk kuasa. Percaya kepada satu- satunya pilihan akhir untuk mengekalkan kedegilannya adalah dengan cara melawan walaupun tenteranya sudah berpaling tadah dan terpaksa mengupah tentera dari pelbagai negara jiran. Gaddafi masih menaruh harapan seperti apa yang dilakukan untuk berkuasa mula dahulu. Muammar Gaddafi telah mati dihujung pistol semasa bergelut untuk melepaskan diri dari diheret oleh lawannya. Muammar Gaddafi telah menghembus nyawa hanya kerana kedegilan, keberanian dan kepercayaanya sendiri.. satu tauladan kepada pemimpin yang masih degil dan menolak suara rakyat, mungkin jika pengunduran dari kuasa lebih awal rakyat masih boleh bertolak ansur tetapi apabila sudah terlewat kebiasaanya hanya nyawa yang harus dibayar, kita agak selepas ini giliran pemimpin Syria pula akan menghadapi hukuman rakyat. Apa pun Al-Fatihan harus disedekahkan kepada Muammar Gaddafi.. Al Fatihah..



No comments:

Post a Comment