Monday, April 18, 2011

Cina malang lagi di Sarawak..

Keputusan Pilihanraya Sarawak 2006
Parti
Tanding
Menang
Barisan Nasional
71
62
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
35
35
Parti Rakyat Sarawak (PRS)
9
8
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
8
8
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
19                           
11
Pakatan Rakyat
66
8
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
25
1
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
28
1
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
12
6
Parti Islam Semalaysia (PAS)
21
0
Bebas
21
1
Total
Tidak berkenaan
71

Keputusan Pilihanraya Sarawak 2011                    

Parti                                                  Tanding          Menang

Barisan Nasional                                             71                     62
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)         35                     35
Parti Rakyat Sarawak (PRS)                              9                       8
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)   8                       6
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)            19                       6
Pakatan Rakyat                                               69                     15
Parti Keadilan Rakyat (PKR)                           49                       3
Parti Tindakan Demokratik (DAP)                  15                     12
Parti Islam Semalaysia (PAS)                           5                        0
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)            26                       0
Parti Cinta Malaysia (PCM)                           6                        0
Bebas                                                                 41                       1

Total                                           Tidak berkenaan 71

Melihat kepada keputusan dua pilihanraya negeri Sarawak diatas, berbagai andaian dan analisa yang boleh diperkatakan untuk menyedapkan hati dan penyokong parti masing- masing. Pada penilaian kita yang separuh masak tentang perkembangan parti politik ini, ada baiknya kita melihat disudut yang jarang diperkatakan apatah lagi untuk menyetujui satu pandangan yang kurang selesa untuk digemar gemburkan.
Pada pilihanraya tahun 2006, iaitu dua tahun sebelum tsunami politik melanda Semenanjung, Barisan Nasional menang dengan jumlah undi yang tertinggi di Malaysia iaitu 62 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan atau bersamaan dengan 87.% namun pada pilihanraya tahun 2011 Barisan Nasional terpaksa berhempas pulas untuk memenangi 55 kerusi, pencapaian terburuk BN selepas 9 pilihanraya negeri iaitu sebanyak 77% peratus masih tinggi tetapi cukup memberi tamparan baru kepada BN Sarawak. Pakatan Rakyat pula yang bertarung bersama empat parti pada 2006 hanya memenangi 8 kerusi tetapi melonjak kepada 15 kerusi iaitu hampir sekali ganda daripada pru negeri yang lalu.
Apa yang menarik dipihak Barisan Nasional adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjadi liabiliti yang besar dan perkasa kerana kesemua calonnya tidak ada yang tewas dalam dua pilihanraya tersebut berbanding DAP yang menjadi pembangkang terbesar tetapi mereka terpaksa melihat calon mereka tumbang seramai 6 orang pada 2006 dan berkurang kepada 3 orang pada 2011. PAS pula seperti sudah tahu bahawa partinya sukar bernafas di Sarawak kerana terpaksa akur bila semua calonnya seramai 21 orang tidak ada yang menang dan masih tidak diterima walaupun hanya menumpukan kepada 5 Dun pada 2011.
Tidak mahu mengulas panjang untuk keseluruhan parti bertanding yang sememangnya sudah diketahui umum, kita suka untuk mengatakan Melayu dan Bumiputera di Sarawak tetap teguh di belakang BN biarpun 2 kerusi majoriti kaum Bumiputera bertanggungjawab memenangkan calon DAP.
Undi cina sentiasa berpecah sejak 2006, mereka berbelah bagi dalam sokongan untuk parti cina tertua SUPP dan juga parti asal semenanjung DAP. Sebenarnya kaum cina bukanlah pemain politik yang boleh merebut kuasa orang Melayu / Bumi. Cina Sarawak bersedia untuk menukar kerajaan di sarawak tetapi mereka telah masuk ke jerat yang memakan diri dan merugikan mereka. Suara orang Cina tidak lagi boleh lantang mempengaruhi kerajaan negeri, tetapi Melayu dan bumiputera Islam mendapat untung dan semakin kuat mencengkam kerajaan Sarawak, mungkinkah bertepatan dengan apa yang sering kita percaya bahawa perancangan Allah tetap akan menang biarpun tipu daya musuh itu amat licik dan mengelirukan... Wallahhualambissawab.







No comments:

Post a Comment