ClixSence

Monday, January 24, 2011

Sistem Pilih Kasih

Berbagai cara telah diusahakan oleh kerajaan untuk mengenal pasti dan menyenaraikan status ekonomi rakyat dan cara terkini yang mengundang kekalutan adalah sistem e-kasih. Sistem yang dijangka akan menjadi rujukan setiap apa saja urusan bantuan kerajaan ini sejak dari mula dilancarkan lagi sudah menjadi keributan dan bebanan mereka yang diberi tanggungjawab untuk menggerakkannya. Gembar-gembur yang mengatakan hanya nama yang tersenarai dalam sistem ini sahaja diambil kira oleh kerajaan untuk menyalurkan kebajikan dan kemudahan lantas menjadi satu harapan bagi mereka yang ada dalam senarai juga kekecewaan pula untuk yang tidak mendaftar. Bermula dengan ketidakseragaman arahan dan pihak yang mengeluarkan borang menyebabkan penyenaraiannya menjadi menyeluruh hingga membayangkan majoriti rakyat adalah layak disenaraikan, disatu pihak lain pula yang bukan dikalangan individu yang dikira layak, mereka diabaikan malahan mungkin tidak tahu apa itu e- kasih keadaan inilah yang mengakibatkan orang yang layak tiada dalam senarai. Rungutan terawal kesan dari penyenaraian dalam e-kasih adalah murid sekolah yang layak mendapat makanan tambahan sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar, jika difikir ia menjadi satu angka yang melucukan bila mana banyak sekolah hanya menyediakan makanan tambahan kepada kurang 10 murid sahaja lebih malang lagi murid tesebut sebenarnya tidak layak, setelah mendapat rungutan dari banyak pihak tiba-tiba sistem itu diabaikan lalu lebih banyak pula murid-murid diberi makanan tambahan melebihi jumlah sebelumnya. Kini semakin jelas suara- suara yang tidak berpuas hati dengan sistem e- kasih ia di dakwa tidak menepati situasi sebenar keadaan rakyat sistem e-kasih menjadi terlalu banyak kelemahan berbanding sistem bancian biasa yang dibuat oleh Jabatan perangkaan, Jabatan kebajikan, kemas, atau badan- badan amal yang tiada agenda tertentu. kita mengandaikan e-kasih adalah sistem yang hanya palsu dan kepuraan dan sukar untuk menjadi telus, biarpun kemungkinan sistem inilah yang dijadikan tanda aras untuk status Malaysia menjadi negara maju dan miskin sifar.   

No comments:

Post a Comment